Showing posts with label Si Kakak chantik. Show all posts
Showing posts with label Si Kakak chantik. Show all posts
Monday, February 4, 2013 11 jeJari meNulis By: kasih ibu jua

BERGADUHLAH PUAS PUAS YE ANAK!!!!!!!

Macam dah penat dan bosan sangat layan karenah anak bunyi tajuk tu kan?
E3 yang tidak bergambar
cuma bayangkan sajalah ye
watak utama si hero Muhammad Ariq dan Kakak Chantik Nur Athirah
watak sampingan ibulah..siapa lagi

Lokasi dalam perjalanan balik ke Jarom
Dah menjadi rutin sya dan enpakwe sejak setahun nan lalu,
kalau hujung minggu memang kena bergerak
kalau tidak kami berkumpul di jarom, sya balik di rumah MIL tak pun kami berkumpul di desa puteri
ceritanya macam ni
Masa tu  sya dalam perjalanan balik ke jarom dari rumah MIL

hari ahad lepas isyak sya mula bergerak balik
bila memandu dalam keadaan anak anak bergaduh ,menangis,mengadu
weeeiiiii...terbakar kesabaran mak nih

memula ok lagi cakap dengan diorang
tolonglah anak anak janganlah bergaduh, menangis, mengadu
ibu sedang memandu ni, tolonglah

Diam kejab, lepas tu bergaduh lagi, mengadu lagi, menangis lagi
dah tak tahan dah ni
ibu dah marah dah ni

Last last ibu jadi bini tarzan
Diammmmmm!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Lagi sekali kakak dan abang bergaduh bising, ibu turunkan dekat tempat gelap tu
biarlah ,ibu tak peduli geram dah nih
ibu nak bawak kereta, janganlah bergaduh faham tak?



Diam lah sekejab beberapa minit
lepas tu bergaduh lah lagi, berbunyi lah lagi, menangis dan mengadulah lagi

Masa ni ibu dah malas nak layan
ibu diiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaammmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm.......
saja, ibu buat tak dengar, ibu buat tak tahu


KC bercakap ibu buat tak tahu
Abang ariq bercakap, ibu buat tak tahu jugak

dua beradik ni berusahalah memujuk ibu  sedaya upaya
nak dengar jugak  mulut  ibu bersuara


yang ibu ni buat tak tahu saja, buat tak dengar saja
last last si KC cakap gini

KC: Abang...ibu marah dengan kita
Ibu tak nak bercakap dengan kita
Ibu tak sayang kita

Nak tahu apa si bujang ni buat?

tetiba sya dengar suara abang ariq .......

Assalamualaikummmm....ibu?

ibu diam lagi

Assalamualaikum........ibu.?

Ibu diam lagi tapi dalam hati dah gelak guling guling dah
rasa nak peluk cium dah diorang tu
tapi ego kan?

Assalamualaikum ibu?

Aduhai...last last ibu lomah dongar eh..............
pandai betul anak syurga ni memujuk ibu
habis camno?

Bila ingatkan balik perangai anak anak ni
boleh senyum sorang jadinya kan?





Thursday, January 17, 2013 11 jeJari meNulis By: kasih ibu jua

SANTAI SANTAI SAJELAH YEK!!!!



KC:- Ibu..kakak dapat telur hangus

Erkkkk..................



INI NAMANYA TELUR PINDANG YE ANAK
BUKAN TELUR HANGUS (,")


Tuesday, September 11, 2012 8 jeJari meNulis By: kasihibu

JALUR GEMILANG KEBANGAAAN NEGARA

yang cantik dan kemas ni adalah 
kawan kawan sekelas  KC usia 6 tahun

-


-


-


yang ni kawan kawan sekelas KC
 yang umur 4 dan sebaya KC 5 tahun

-


-


-



taraaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!

yang ni KC lah yang empunya (,")

kekecip ni boleh lah di maafkan
 nak ubah warna ikut suka ye dik
tapi dah besar nanti
dah jadi "orang" nanti
jangan pulak memandai nak ubah sesuka hati ye


sekian pesanan patriotik dari ibubondamu....
Tuesday, August 7, 2012 18 jeJari meNulis By: kasihibu

P.E.N.G.K.A..... TAHU TAK MAKNANYA? ;p

Siapa tahu makna pengka?

Kalau mengikut istilah negori Sembilan makno eh kekok kalau bahasa melayu

Sya pun terpaksa merujuk di SINI

Sya nak cerita kisah si yang pengka nampaknya adalah si KC
Bila dia berjalan kaki dia macam selisih / masuk ke dalam

Ada yang kata jalan kaut rezeki
Hehehehehe...macam macam

Persoalan nya adalah apa puncanya kaki boleh jadi macam tu yek?
Tuesday, June 19, 2012 16 jeJari meNulis By: kasihibu

"ANAK" DAN "MAK.."


Agaknya si KC penat sangat bermain, sampai terlena di sisi anaknya(,")

lokasi belakang pintu bilik
hai............lah anak..............(,")
Saturday, June 2, 2012 4 jeJari meNulis By: kasihibu

TAK HABIS LAGI CERITA BULAN MEI (,")

BULAN MEI MEMANG BULAN KEK BAGI KELUARGA HJ ATOK...;P



asyik cerita pasal hari lahir si ayong
sedangkan seminggu selepas tu adalah hari lahir Haji Atok, Kakak Chantik dan juga Akim pada 25hb
dan  minggu tu jugak hari lahir si Amirul 29hb

Maknanya sambutan hari lahir hj atok adalah sangat meriah pada bulan Mei bersama 4 orang cucunya





semoga semua kesayangan sya dan keluarga di rahmati di berkati dan di redhai oleh 
Yang Esa dunia dan akhirat jua... Amin..
Sunday, April 22, 2012 24 jeJari meNulis By: kasihibu

PERMINTAAN KC BUAT IBU TERKEDU....

Tengahari tadi masa sibuk sibuk  di rumah tok
Tetiba si KC boleh buat permintaan yang ni

Permintaan yang tak pernah di duga
dan sya sampai sekarang terfikir
macamana permintaan yang macam tu boleh keluar dari mulut comel si KC


tolong sediakan tisu sebelum baca
sebab masa sya nak taip ni pun sya sebak semula

permintaan yang KC  keluarkan tiba tiba
hanya beberapa minit lagi masuk waktu Zohor

Ibu...kalau kakak meninggal, ibu kebumikan kakak dekat sebelah ibu ye..........

sya terkejut sangat terus kata issshh...apa yang kakak cakap ni
enpakwe pandang sya, sya pandang enpakwe

tapi bila akal sya dah tenang, sya kata dengan KC
Insya'Allah...kalau di izinkan Allah ye...

Lepas tu sya dah risau nak balik memandu, takut terjadi perkara yang tak di duga
Alhamdulillah...sebelum Asar sya selamat sampai di sini 
dan enpakwe pun dah selamat sampai hantar anak anak  balik asrama
dan enpakwe dah selamat sampai di Bahau.

Hanya Allah yang tahu apa yang tersurat dan tersirat kan?
Friday, April 20, 2012 14 jeJari meNulis By: kasihibu

MARI BELAJAR MENGIRA BERSAMA SI KAKAK CHANTIK....

 Semalam KC ada kerja sekolah, sains dan matematik,
 kerja anak kecil 5 tahun apa sangatlah bersungguhnya,
 tumpuan kerja sekolah campur main main,
 jadinya kerja sekolah adalah tidak siap

Petang tu sebelum keluar ke taman,
sya dah suruh dia buat kerja sekolah tp KC tak buat juga
dia melayan abang ariq main dan bergaduh tentunyalah juga

 Soalan ada 60 di beri masa selama 2 minit (,")
siapnya 40 soalan dalam msa 1jam++
main lebih dengan si abang ariq

 ibu...kakak dah mengantuk nak tidur..
katanya, jadi tak lah habis 60 soalan tu dia buat, cumanya 40 saja
dah pujuk buat sikit lagi tp KC tak nak, sabar yo lah...

Ibu suruh buat kerja sekolah dekat meja, tapi tak mahu,
 menonggeng lah buat kerja sekolah sambil main main.

bila tiba nombor besar ,dah tak cukup jari KC  buat macam ni,
dia susun segala macam benda yg ada di depan mata lepas tu kira
hehehehehe....banyak akal sungguh si KC ni
berjasa jugak part ultromen abang ariq kan?

si abang pun nak masuk muka buku blog ibu jugak...(,")


Kakak Chantik.......
Friday, March 9, 2012 16 jeJari meNulis By: kasihibu

SEMUANYA TENTANG GURU.................

Sya suka sangat pergi ke kelas si Kakak Cantik
di akhir akhir waktu persekolahan
sebab apa tau.....
sebab yang ni........
sumber pakcik google

TERIMA KASIH CIKGU...............
CURAHKAN ILMU CIKGU.......

MAAFKAN SAYA CIKGU...............

SAYANGKAN SAYA CIKGU...................
DOAKAN SAYA CIKGU................

SELAMAT PULANG CIKGU

alaaaaaaa.......................sanggat manis.... (,")

 
Friday, January 13, 2012 8 jeJari meNulis By: kasihibu

HARI NI TERKANTOI


hari ni pergi intai si KC...

Cikgu: MUHARAM – S.A.T.U.................
murid: MUHARAM – S.A.T.U.................

Cikgu: SAFAR–  D.U.A...........
murid:- SAFAR– D.U.A...........

Cikgu: ATHIRAH MASUK..............
murid: ATHIRAH MASUK..............


 dia dah terkejut terus masuk balik
  tak jadi KC  terpa sya...(,")





Hehehehe.... ....sya tergelak sebab 
semua kawan kawan sekelas KC ikut apa yang cikgu ajar  ;p
Monday, January 9, 2012 9 jeJari meNulis By: kasihibu

KAKAK CHANTIK DAN SEKOLAH

KC  dan kawan kawan sessi kenal kenal kawan
cikgu panggil sorang sorang
masa ni KC  tak perasan sya meninjau dia

dari hari pertama, baru hari ni sya berkesempatan meninjau KC (,")


tengok muka dia, memang perhatian  betul dia dengar cikgu tu bercakap, 
dari mula sampai ke sudah KC tak perasan ibu dia datang menjenguk

Yang buat gelak bila ingat kan pasal KC ialah,
hari Jumaat dia dah ada kerja sekolah

muka surat pertama dia buat nombor 1
senangkan tarik je dari atas bawak ke bawah dan siap.

tiba muka surat 2,3, dan 4
cikgu lukis gambar api, bola dan cili suruh warna
dia warna ikut cara dia lah 

tiba muka surat 5 cikgu tulis huruf A dan a , 
 lukis gambar api untuk warnakan

mama cerita
anak dara kamu, tiba masa nak tulis huruf A,a tu
terus aje pensilnya hilang
masa tu kak ke dapur
tiba tiba Atira kata
mama......pencil kakak hilang (,")

bila mama kemas baru dia jumpa pencil tu
 KC dah sorok pencil tu dekat bawah 
bantal sofa

yang tak tahan dia kata kakak dapat 5A
tapi kerja sekolah tak siap, boleh suruh ibu tolong buat lagi


banyak akal ye....
KC ..KC... lepas ni jangan buat akal macam tu lagi ye!!!!


Thursday, January 5, 2012 8 jeJari meNulis By: kasihibu

MARI BELAJAR MENGIRA

SATU....
DUA..... 
 TIGA...
EMPAT....
LIMA....
ENAM...

TUJUH.....
LAPAN...
SEMBILAN..
SEPULUH...
SEBELAS

DUABELAS..
TIGA BELAS...
EMPAT BELAS..
LIMA BELAS...
ENAM BELAS

TUJUH BELAS..
LAPAN BELAS..
SEMBILAN BELAS..
DUA PULUH SEPULUH....(,")


HEHEHEHEEHE...COMEL JE KAKAK CHANTIK SEBUT 

kakak chantik dah mula sekolah hari ni.. 
Wednesday, July 13, 2011 26 jeJari meNulis By: kasihibu

CITA CITA KC....


KC kata dah besar nanti kakak nak jadi doktor (,")


Thursday, July 7, 2011 26 jeJari meNulis By: kasihibu

GADIS BUNGA

tajuk en3 hari ni adalah seperti tuan punya blog INI....
sila masuk blog ni untuk jamu mata dan minda...

petang semalam kakak chantik masuk mandi
nak cerita sebelum tu di taman minah bunga tu dah petik petik bunga
masuk dalam bekas

petang tu si kakak chantik mandi
sya tak sedar dia dah bawa bekas tu masuk sekali dalam bilik air

Agak lama jugak dia mandi
sampai sya suruh masuk berkali kali

lama sikit baru dia masuk
siap siapkan diri sendiri

Sya masuk bilik air
Ya Allah..berterabur bunga, dalam bekas mandi pun ada bunga

Sya pun tanya
kakak chantik kenapa ibu tengok bunga bersepah sepah dalam bilik air tu?

Nak tahu jawapan dia?
Kakak tengok dalam tv
orang mandi ada letak bunga

hahahahah...ibu gelak sambil cakap
bijaklah kakak ni
ooo.... kakak nak mandi bungalah ye

                                                          ibu curi aksi kakak chantik...

                                                                                                             
KC dan bunga

ialah ibu...kakak kan nak chantik *sambil senyum*

oh..anak dara ibu, kalau gini gayanya
tak hairanlah nanti boleh  jadi pengunjung setia SPA tak pun tokey SPA
boleh lah ibu dan ayah tumpang tumpang   merawat rawat & rehat rehat kan diri...(,")


Thursday, March 31, 2011 5 jeJari meNulis By: kasihibu

KC SUDAH BERTAMBAH VIJAK......

KC kan........ dia dah semakin vijak bijak

sangat sangat bijak

ingat tak ajar pasal jari?

ada di entry nih.....

suatu hari enpakwe tanya KC
kakak ini jari apa?

jari kakak lah.....


ibu: kakak.. cuba bagitahu  ibu nama nama jari tu
KC: ini semua jari Athirah.......

---------------------------------------------
suatu hari
KC:  ibu ni tangan apa ( sambil tunjuk tangan kanan )

Ibu : tangan kanan...
KC: bukan lah tangan salam

ooooo... ok

KC: yang ni ( sambil tunjuk tangan kiri )
ibu: tangan kiri
KC: bukan lah tangan tandas
ibu: ooooooooooooOOOOooo..... siapa yang ajar kakak nih
pandainya

KC: mama............
----------------------------------------------------------
Sunday, February 27, 2011 11 jeJari meNulis By: kasihibu

MARI BELAJAR KENAL J.A.R.I.................

KC: Ayah tengok jari kakak….

Ayah: cantik…
Mama pakai inai dekat jari kakak…

lepas tu ayah pegang tangan KC dan ajar kenal jari

Enpakwe: Ini ibu jari
KC: bukan jari ibu lah… ini jari kakak

Ayah: ialah, namanya ibu jari, yang ni jari telunjuk, 
yang ni jari Athirah, yang ni jari manis, yang ni jari kelingking….

Jumaat petang:

Ibu: Kakak meh ibu potongkan kuku

Lepas tu sambil  potong kuku ibu ajar KC kenal jari

Sampai di jari hantu, ibu kata ini jari hantu
KC:bukanlah bu.. ini jari kakak.

Enpakwe: I yang ajar jari tu jari Athirah
Ibu: mmmmmm…ok gak tu kan...
dari kita ajar jari hantu kan?

Heheheheeee……… 
bolehlah saja yo…. (,”)
Tuesday, January 25, 2011 9 jeJari meNulis By: kasihibu

ANGKAT & KANDUNG....

sumber pakcik google



Lokas di dapur

Watak utama : enpakwe dan Kakak Chantik
sedang bersantai santai makan makan

tetiba sya terdengar 

KC: Ayah dan ibu kandung
Ayah Shaari dan mama angkat


Lokasi di ruang tamu

Ibu *senyum*

Sya terus ke dapur , tanya KC
Kakak cakap apa tadi? Ibu nak dengar

Ayah dan ibu kandung
Ayah Shaari dan mama angkat..

Ibu: ooOOoOooO….siapa yang kata gitu?
KC: ayah Shaari lah…..

Dalam hati, tahu ke si KC ni  makna yg dia cakap tu?

Sebab apa dia selalu kata nama KC
Nur Athirah binti Shaari
Bukan Mohamad Munir

Habis camno?


nota:  Mama adalah kakak yang tolong sya mengasuh enariq dan kakak chantik 
ayah shaari, mama dan anak tunggal diorang sayangggg...sesangat dengan diorang ber2 ni....  
Monday, November 8, 2010 14 jeJari meNulis By: kasihibu

1,2,3,4, TEKAN TEKAN TEKAN BUNYI ........

aksi si KC , aksi lobih... ;p

 semua nak menekan ;o 


yang penting ado gayo...


KC dah besar nak jadi apa?
kakak nak jadi doktor

wah...bagus....nanti boleh tolong orang sakit ye

KC: Ibu ...kakak nak pergi sekolah
kakak nak belajar
kakak nak pandai pandai
Kakak nak pandai macam ayong dengan kak ngah

Ia ke?....seronok ibu dengar
nanti tahun depan  kakak tak payah pergi rumah mama ye..
kakak duk di sekolah,
lepas habis sekolah ibu ambik bawak kakak g tempat kerja ok?
KC: ok...... ;p


Semangat betul KC nak sekolah
harap harap dia sukalah pergi sekolah
dah banyak kali dia mintak hantaar ke sekolah
tahun depan walaupun umur dia baru masuk 4 tahun
sya cadang nak hantar di taska yg ada tadika sekali, biar dia belajar

enariq?
mestilah duk rumah mama
kesian pulak mama nanti sunyi tak ada siapa yg meneman
terlanjur ada lagi disini

mana tahu  tahun depan jugak enpakwe di tukarkan kemana mana
sebab katanya akhir tahun ni ada pertukaran besar2an
sbb ada kekosongan jawatan

makanya
harus wajiblah sya ikut anak beranak.....
tak rela nak berjauhan
mana nak urus anak lagi
nak urus kerja lagi
fengsan woooooo......






Wednesday, September 1, 2010 7 jeJari meNulis By: kasihibu

MAAF BU...............

Kakak mintak maaf bu, kakak mintak maaf bu...
kakak janji.....kakak tak buat lagi....
ibu sayang kakak kan?
ibu, ibu..jawablah...............

ibu sayang kakak kan?
------------------------------------------------------------------------
hehehehehe...
seronok jugak membuli anak ni....
tp syahdunya, mendayu dayu si KC mintak maaf dan tanya sayang dia ke tidak

Kisahnya macam ni, si KC ni kadang kadang dia suka buli enariq, terutama masa enariq tidur,
dia mungkin balas dendam kot.
sbb enariq dah mula membuli kakak kakak dia terutama si KC

Enariq sedang tidur, baru tidur pun, tetiba si KC dah duduk atas adik dia, lepas tu kejut bangun
kawan tu belum puas tidur, apa lagi menangis melalak lah

lepas tu sya marah si KC, marah sikit je pun, tp drama si KC dengan ibu,
macam ibu memang tak sayangkan dia
-----------------------------------------------------------------

KC 1
-----
Sya sedang kemas kemas baju baju yang nak di asingkan, memana yg dah tak mahu pakai lagi tu
si KC dah menyelongkar habis  yg kita asing jadi bercampur, sya dah geram sangatkan
lepas tu suruh dia ambik kerusi

KC: nanti kakak ambik ye
Ibu: cepat sikit, nanti ibu nak rotan tangan sikitttttttttt saje
KC: sikit aje ye bu
ibu: ok.sikitttt saja.

Kc pun ambik kerusi nak ambil rotan dan serah pada sya sambil hulur tangan kata
sikit aje ye bu...
sya pun pegang tangan dia , bukan pukul sangat pun, cuma letak dan tarik je rotan tu, tp dia punya raung

ibu...sakit..berdarah tangan kakak
sakit bu......

nampak tak ayat dia ? berdarah tangan kakak
aduhai...lelebih betul anak  dara ni.

Lepas tu sya katalah, berdarah ye, jom kita pergi hospital biar doktor jahit.

KC 2
------
KC main air dalam bilik air, siap ada cawan sekali tu,
lepas tu enpakwe kata
Atrah...............tolong ayah ambik kerusi ye?
KC:Nak ambik rotan ye ayah?
enpakwe: ia, tolong ambik rotan ye, ayah nak rotan sikit
KC:sikit saje ye
enpakwe: ok..............

KC ambik rotan dan terus hulur pada enpakwe
sambil hulur tangan,
enpakwe pun buatlah macam sya buat tu
nak tahu reaksi dia?

Lepas enpakwe rotan sambil cakap jangan main air dan serah rotan untuk di simpan
KC terus sambung main air lagi
-----------------------------------------------------------------------
kenapa reaksi dia tak sama kalau sya rotan dengan ayah merotan?
sampai sekarang tak ada idea kenapa

mungkin sbb dia manja dengan sya kot
ialah kalau nak susu, dia mintak sya buatkan
kalau nak tidur, celah keti ketiak tp kc kata keti  ibu
kalau usik telinge sambil minum susu , cari telinge ibu

-----------------------------------------------------------------------

KC 3
------
masa tu dalam kereta ibu dah marah kc sbb kejab duk depan,
kejab duk belakang, ibu dah rimas kan
sya marahkan dia, lepas tu nak tahu dia cakap apa?
ibu comellllllllll....
ibu cantik.............
ibu baik.............
dia duk ulang ulang sambil usap pp sya
habis nak marah camno?

KC 4
------
KC sedang main main sendiri di ruang tamu
lepas tu enariq dah kacau si kc

memula enariq rebut barang, kc pujuk enariq janganlah ambik mainan kakak
enariq tak puas hati, tarik barang lepas tu tangan pukul kc

kc cakap, janganlah pukul kakak, nanti  kakak sakit, nanti berdarah nanti
enariq tarik rambut kc, kc cakap janganlah tarik rambut kakak,
nanti rambut kakak jadi macam rambut ariq (rambut pendek pacak)

tp dia tak lawan pun, ada kala dia melawan juga bila enariq buat tu, adakala dia mengalah jugak


KC5
----
anak dara berdua (ayong ika)  tu marahkan enariq kacau diorang,
lepas tu si kc cakap dengan kakak kakaknya

janganlah buat adik kita
nanti adik kita mati
kakak tak ada adik nanti........

alahai sangat terkedu dengan ayat dia
 
tp itulah si KC yang banyak mulut,banyak tanya
segalanya.

ayat yg keluar dari mulut tu,
kita terfikir dia ni macam diajar je bercakap
walupun sebenarnya tidak.......

the endnya adalah
adakah semua anak anak yang sebaya si KC banyak mulut dan begitu karenahnya?
Sunday, June 27, 2010 10 jeJari meNulis By: kasihibu

Si kakak Chantik

Kakak Chantik
erpp..golap pulak gambar ;p
--------------------------------------------------------------------

Pantang lalu dekat Bangsar south tu, mesti suruh ambil gambar,
kebetulan trafic merah bolehlah layan permintaan si KC..

---------------------------------------------------------
Apa yang KC  buat diusia sekarang?

~ Selesai baca doa naik kenderaan  si KC akan sambung, " bawak keretaaa.....duduk diam..diam...."

~Selesai baca doa makan si KC sambung ." makan ayah, makan ibu..
makan ayong, makan k.ngah..makan semua..."

~Selesai baca doa tidur si Kc akan sambung " tidoooo...... "

~Kalau lalu dekat kubur dia bagi salam, ingat masa memula dulu, 
Bila lalu di Sg Sedu tu lepas kubur Islam ada Jirat Hindu dan Kris 
dia boleh bagi salam, lepas bagitahu dia barulah tak bagi salam dah.

~Masa nak sembahyang dia sibuk suruh pakaikan telekong, 
mula mula elok mengikut lepas tu dia kacau adik atau ayong dan k.ngah
bila dia dengar ayah bagi salam pertama dia terus duk di sejadah ikut bagi salam
isshh.....geram tui!!! akal dia tu...;p

~Bila dah buat kita marah, dia ambik tangan kita sebab nak salam
dan mintak maaf siap cium tangan lagi
sambil cakap, maaf bu...kakak minta maaf....

~Bila kita buat buat tak layan, dia merajuk kata 
Ibu tak sayang kakak..ibu tak sayang kakak lagi
Ibu.....sambil peluk kita kuat kuat. 

~Bila nak susu dia tetap suruh sya buat, tak mahu ayah buat 
tp yang best sekarang sya dah ada perjanjian dengan KC, 
Ibu buat susu
tp bila minum susu adik usik telinga ayah, jangan usik telinga ibu...
hehehehe...selamat!!! 

~Kalau nak tido,dia nak tido celah keti ibu, tak mou keti ayah, sbb tak best katanya....
~Selalu jugak tak mou balik, nak tidur ghumah mama.... ; p 

Oh banyak lagi kalau nak disenaraikan karenah dan telatah dia ..lufer pulak dah
nantilah bila teringat yo ;o