nak selit jugak gambar abang ariq
masa peha gebu gebu di usia 5bulan++(,")
Baca cerita pasal pengalaman ibu ibu memisahkan anak anak menggunakan lampin pakai buang
adalah sangat menyeronokan
Sebab memang mecabar kesabaran ibu ibu sementara menunggu anak kecil menjadi mesra tandas
Sya ada 4 orang anak, 3 perempuan dan seorang lelaki buat masa ini lah,
sementalah umur tahun ini adalah 39 tahun, untuk menambah lagi bilangan anak anak adalah satu kemungkinan yang sangat sedikit peratusanya
Seronok dan mencabar mengasuh anak anak menjadi mesra tandas
adalah pada awal awal kita mengatur mereka
Ayong dan Ika mesra tandas pada usia 2 tahun,
sebab mereka berdua selain daripada membesar dengan sya dan enpakwe ,
siang hari mereka membesar di Taska Juwitaku di Seksyen 20 Shah Alam
Dan yang paling bagusnya antara peraturan di taska tersebut
anak anak berusia 2 tahun akan di latih menjadi mesra tandas
Sya sangat tidak menyangka seawal itu sya sudah boleh kurangkan perbelanjaan
penggunaan lampin pakai buang
Mereka kata sebelum tidur bawa ke bilik air, dan bangun tidur terus bawa ke bilik air
Jadi semasa ayong dan ika berada di rumah sya atur mereka
untuk menjadikan satu kebiasaan dan mesra tandas
Tidak mudah mengatur mesra tandas untuk si Kakak chantik dan abang ariq,
sebabnya
Mereka berdua membesar di siang hari bersama pengasuh ,
kakak yang sudi menjaga dan mengasuh mereka berdua
jadi sya pun tidak mahu menyusahkan dan mengharapkan mama yang mengajar si kecik tu
Usaha sya dan enpakwe serta bantuan daripada si ayong dan ika
untuk melatih mereka menjadi pengguna mesra tandas .
Makanya KC dan abang ariq menjadi mesra tandas di usia 3 tahun++
Membawa mereka setiap ½ jam sekali ke bilik air dan meminta mereka hajat kecil jugak
walaupun si kecik tu memberontak tidak mahu ke tandas.
Walaupun adakalanya terlepas juga di dapur, di ruang tamu,
tapi sebaiknya jangan marah mereka.
Cara sya ialah kata kesian anak ibu, tak sempat ye, lupa ye
Tak apa nanti lain kali nak kencing pergi masuk bili air ye..
Diaorang seronok dan tidak tertekan bila kita tidak marah itu yang penting
Lepas mandi masa solek solek diaorang sya kata lah
dah besarkan, dah pandai, bukan baby lagi, baby je yang pakai pempers
Itu saja yang di ulang ulang pada si kecik
Jadi bila kita tanya diaorang akan jawab ikut apa yang kita kata pada diorang
Kiranya macam satu nyayian merdu setiap kali untuk buat mereka ingat .
Abang ariq setiap kali masuk tandas, sya kan tepuk tangan kata dia pandai, bijak
pujilah berbakul bakul memang dia seronok
Ada sekali tu sya terlupa nak tepuk tangan , dia terus kata ibu..tepuklah tangan
Memang seronok bila di ingat ingatkan semula semua tu
Sekarang ni dah tak ada aksi menyorok nyorok di sebalik langsir,
di bawah meja , tepi katil, sebalik pintu sebab sedang hajat besar (,”)
Siapa lagi kalau tak si Kc dan abang ariq,
kalau tiba tiba je hilang dan menyorok diam tu tandanya ada projeklah tu
Kalau kita kacau diaorang ajak berbual ke masa diorang menyorok tu
Minta maaflah diaorang siap suruh kita diam sebab nak projek baik..
Hehehehehhehe.....kenangan yang sangat manis kan?