Showing posts with label BGK. Show all posts
Showing posts with label BGK. Show all posts
Monday, August 8, 2011 14 jeJari meNulis By: kasihibu

PATUTLAH BUNYI KEPEH..KEPEH.....

Petang khamis tu balik dari ambik anak anak dara di sekolah, sampai di rumah ada bunyi kepeh..kepeh...
tp masa tu tayar tak lah terus pancit, cuma bunyi tu tak tahu dari bahagian mana
pagi pagi  nak keluar rumah baru sedar tayar dah pancit...
alahaaaiiiii..........

tak perasan lagi sebab apa, bila hantar bengkel baru nampak rupanya
skru yang terpacak dekat tayar  laaa........patut pun.........
nasib baik rm 5 henggit je, sbb kereta ni baru je masuk bengkel sbb minyak hitam bocor
hangus rm 350.00 sebab kena bukak enjin
tp tak apalah asal dah elok dan selamat di pandu  ambik dan hantar anak anak di sekolah itu yang penting kan?
~ KESELAMATAN LEBIH DI UTAMAKAN~

 

Thursday, April 8, 2010 9 jeJari meNulis By: kasihibu

Hanggit.................

Lalainya aku, sebab dah lama betul tak periksa air kereta..

jadi sepanjang perjalanan aku ada terbau hanggit, dah sampai haruslah takutkan mana tahu terbakar ke apa ke, tiba tiba teringgat nak periksa air, hambik.........
^
^
^
^
^
tahap kering kontang

bahaya betul

jadinya kawan kawan, jangan lupa periksa keadaan kereta anda, jangan jadi seperti aku ni ye....


ada satu kisah lagi, tetiba aje kereta tak boleh hidup bebetul di lampu isyarat TPG /NEC ni, kiranya YB tahu lokasi dimana tu,

aku terpanik jugaklah, yelah masa tu petang orang balik kerja, mahu jem sebab kereta adalah di tengah tengah

nak tahu sebab apa berenti..

sebab..............................

^
^
^
^


minyak tarakkk.................

adehhh kehulu hilir, tapi tak tengok meter, nasib baik ada orang tolong alihkan ketepi kalau dak... tak tahulah mahu jem sampai tak cukup roti ;p. 
BGK punya tamparan.

notas: jangan jadi seperti kisah ini ye......
Thursday, November 12, 2009 0 jeJari meNulis By: kasihibu

Ngeri,ngilu,takut,seriau......

selalu ada besi buruk dalam trellar gini, yg ada besi mold gedabak tu.


tepi belah gini yang kereta aku terperosok tu..
adehh...ngeri..sib baik anak2 tak berapa cedera ada apa2...


Selepas acdnt dengan trellar dulu, kalau selisih je memang rasa gerun sesangat
en3 kali ni nak tunjukkan trellar yang besar gedabak
sememangnya banyak di jalan raya daerah Kuala Langat nih.

Harap tiada lagi kejadian yang begini akan menimpa.
Thursday, October 8, 2009 0 jeJari meNulis By: kasihibu

Melampau Betul..............

Adeh.....

ini bulan aku parak!!!!!

banyak tinggi BGK demand sama aku

memula kereta keluar lepas accdnt kena tukar beteri RM 1++

Seminggu lepas tu servis RM 1++

dan hari ini Radiator bocor atau pecah tak pasti lagi tp anggaran kalau bocor RM 50.00

adehh......selalu sementara tunggu gaji aku boleh tinggal baki lagi sebelah tangan, tp sekarang...setengah sebelah tangan pun x dapat 2 jari jek!!!!

gaji lambat lagi nih......
Wednesday, August 12, 2009 0 jeJari meNulis By: kasihibu

NGERI TENGOK KERETA NI

kaca berterabur dekat tempat duduk depan

bahagian belakang sampai ke tempat isi minyak terkopak.



dekat bahagian bumbung kereta yang diseret trellar

keadaan dibahagian sebelah pemandu, enariq chinta hati ibu dlm car seat
luka di kepala tp tidak lah teruk sangat,
tp kaca penuh dimuka, nasib baik enariq tidur masa tu.




inilah keadaan kereta ibu pada petang isnin lepas..............
Tuesday, August 11, 2009 2 jeJari meNulis By: kasihibu

Kereta ibu diserat trellar ...............................

Ya Allah...aku sendiri tidak menyedari bagaimana berlakunya kejadian tersebut,memang langsung tidak dapat recall kejadian petang semalam.Sesungguhnya tiada apa yang boleh aku gambarkan hanya SYUKUR KEHADRAT ILAHI kerana masih memberi peluang untuk aku menjaga dan membesarkan anak-anak ku itu.

hingga saat ini ibu masih sedih dan terkejut dengan kejadian semalam.

Maafkan ibu anak-anak....kelalaian ibu atau sememangnya sudah takdir yang tersurat...

Kalau dilihat pada keadaan kereta ...................
tidak tergambar oleh ibu..tidak terucap dengan kata-kata

ada masa ibu akan uplod gambar kemalangan semalam.
Tuesday, June 30, 2009 0 jeJari meNulis By: kasihibu

Kemalangan..........


jadinya petang tu aku bawak diorang keluar berjalan jalan sambil membeli belah apa yang patut di JJ Bukitt Tinggi, sebelum tu dah minta izin daripada enpakwe pasal  nak keluar berjalan jalan dengan  anak anak.

Nak dijadikan cerita masa balik dari JJ tu, sampai di lampu isyarat berhampiran JPJ, aku dah tertekan minyak,akhirnya BGK pun mencium belakang persona, adehhh
nasib baik anak anak duduk di belakang masa tu, jadi Alhamdulillah tiada apa apa kecederaan.
Gelabah aku telefon enpakwe untuk maklumkan dengan dia.

keadaan bumper BGK 
lepas tercium kereta pesona tu..adeehhh berapa pulak nak baiki nih 

Pemandu dan penumpang persona

Itulah pesona yg aku tercium dan yg aku geram kata nak setel 
bila aku dah bayar dia pergi buat laporan pulak...

bukan teruk sangat pun kerosakan kereta dia tu...cuma bumper bawah tu pecah aje..
tp dia sudah pow aku RM 400.00 hengget..

.nasib baik dia dah b-in boleh aku bayar saman..
hangin aku sebadan.....
ciss..cis....cisss........................................