Showing posts with label Ayong. Show all posts
Showing posts with label Ayong. Show all posts
Thursday, May 31, 2012 12 jeJari meNulis By: kasihibu

SEPI SEBAB CUTI DAN MALAS PUN IA JUGAK (,")




siapa yang teruja ni abang ke ayong? (,")






Sya bersama rakan rakan se dorm ayong dan ika


 muka orang yang di raikan...







BIARLAH GAMBAR SAHAJA YANG BERKATA KATA.... ; )


TENTANG KEJUTAN BUAT AYONG...

Friday, May 18, 2012 28 jeJari meNulis By: kasihibu

IBU ADA BUAT KEJUTAN AYONG...


Hari ni adalah hari lahir ayong yang ke 11
Kalau ikutkan 18/5/2001 adalah hari Jumaat juga masanya

Sya ingat lagi sepatut nya hari rabu 16/5 sya dah kena tahan ke wad di Hospital Langkawi masa tu
Tapi sya mohon sangat sangat kebenaran doctor untuk travel balik ke tanah besar untuk bersalin si ayong, sebab due sya adalah 18hb , dah nak bersalin pun masih kerja lagi tak bercuti untuk persiapan pun. Sepatut anak sulung lagi hebat persiapan untuk menyambutnya kan?(,”)

Doktor tu tak benarkan sya keluar sebab dia tak mahu ada sebarang kemungkinan macam tu.
Tapi dah sya ni memenag degil bega kato orang Negeri Sembilan, masih lagi merayu pada doctor supaya sya di benarkan untuk keluar dari tanah besar

Doktor tu mengalah jugak tapi dia remark guna pen dakwat merah dekat buku merah sya tu
Hehehehehe…patut lah ayong keras hati, ikut perangai ibu ghupanya ye

Maka dengan keterpaksa izin doctor tu petang rabu tu bergerak lah sya naik ferri bersama enpakwe untuk balik ke tanah besar.

Masa sepanjang panjang perjalanan dari Alor Star ke Kuala Lumpur, sya tak boleh tidur lena pun sebab sakit di bahagian pinggang dan kesakitan tanda awal bersalin

Sampai di Selayang, masa tu mak cik bertugas di hospital selayang, sya dan enpakwe turun di Greenwood Gombak dan terus ke Hospital Selayang pagi khamis tu.


Bila buat pemeriksaan bukaan adalah 2 cm, tapi di sebabkan wad penuh sya di beri kelepasan dan di suruh masuk wad petang jam 2 hari khamis tu
Balik ke rumah makcik dan sya rehat rehatkan diri, tapi sebab sakit kan, gelisah sajalah

Tiba jam 2.00 petang, bukan sya dan enpakwe ke hospital lagi, tapi pergi berjalan jalan dan shooping terakhir di pasaraya bintang sebelah hospital tu

Teruk betul perangai boleh lagi beriang ria lagi dalam sakit sakit pinggang tu
Dalam jam 4.00 petang baru sya pergi ke hospital itu pun selepas di ceramah dek keluarga (,”)

Sya masuk wad petang tu, dan belum ada lagi tanda tanda untuk bersalin, pagi jumaat doctor masuk ubat untuk buka jalan, enpakwe yang setia menanti di hospital kesian sya tengok dia serba tak kena , sedangkan sya masa tu tak ada rasa apa apa pun cuma rasa sakit tu saja lah

Ingatkan sya bersalin sebelum Jumaat, rupanya sya bersalin jam 4++
Nasib baik ayong tak lahir di lebuhraya utara selatan tu kan?

Ayong masih tak tahu ibu, ayah dan tok ada kejutan untuk ayong ni
Sya kata dengan dia , ibu tak dapat nak jengok ayong minggu ni, ibu ada majlis qiamulai
ayong kata: tak apalah ibu, nanti cuti sekolah kita jumpa ye..( alah…kesian anak ibu )

Pagi esok kami semua akan ke asrama bawak kek yang sya ambik semalam
dan malam tadi sya dah buat agar agar oreo dan brownies untuk menjamu kawan kawan diorang
petang ni nak beli kerepek kerepek sikit di Banting

Esok pagi tok akan tolong ibu buat goreng mee hoon , kuetiaw dan juga buat nasi lemak
Sepatutnya petang ni sya dah gerak balik ke Seremban, tapi

Sebab petang ni hingga pagi esok sya ada program qiamulai,
jadi nya esok selepas habis program qiamulai baru sya gerak ke Seremban
dan kami semua akan gerak ke sekolah anak anak dara

Itu lah di namakan kejutan kan?

Friday, February 24, 2012 11 jeJari meNulis By: kasihibu

ROJAK, CACA MARBA

Ayong: ibu rojak tu apa?

Rojak? eh ayong tak tahu ke rojak yang kita biasa makan tu.


lama sikit tetiba dia tanya lagi.

Ayong: Ibu Caca marba tu apa?

hrmmmmm........ayong ni cakaplah dengan ibu
ayong baca pasal tajuk guna bahasa rojak dan caca marba (,")

KERATAN AKHBAR DISINI.....
Friday, November 18, 2011 14 jeJari meNulis By: kasihibu

BERBELAH BAGI...


Baru tadi jemput  anak anak dara dari sekolah
yang jadi berbelah bagi hati ni

si ayong dapat tawaran untuk
 menjawat jawatan pengawas untuk sessi tahun depan

pertukaran sya tak pasti kelulusanya lagi
berbelah bagi sama ada nak terima atau tidak

sebab kalau di terima, tetiba awal awal tahun dapat arahan pertukaran
tak ke dah terbazir  terbiar sepasang baju pengawas tu
ke macamana ye?
Friday, April 29, 2011 8 jeJari meNulis By: kasihibu

SEBAK HATI IBU......

Malam semalam selepas baca yassin
ayong cakap dengan ibu

ibu..ayong nak sembahyang sunat tahjud
macamana cara sembahyang tu bu

Macam biasalah ayong, sembahyang sunat mesti 2 rakaat

--------------------------------------------------------------

jam 0500 hrs ayong dah bangun

ayong kata nak sembahyang sunat, ayong tak pernah buat lagi

Ibu kata ok...
---------------------------------------------------------------
balik sekolah tadi ayong kata dengan ibu

ibu, td ayong lepas sembahyang sunat ayong doa
ayong dan kak ngah tak buat ibu marah
ayong dan kak ngah berjaya dalam peperiksaan

ayong dan kak ngah nak ibu dan ayah hidup bahagia

ayong dan kak ngah tak bergaduh dengan atrah dan ariq

-----------------------------------------------------------------
Ayong...sebak hati ibu ...

moga sampai ke akhir hayat ayong akan sentiasa  menyenangkan hati ibu dan ayah ye....

sayang dan kasih selalu  dari ibu buat ayong......
Wednesday, November 3, 2010 10 jeJari meNulis By: kasihibu

SYA NAK TAYANG MUKO... ;p

 anak omak..... ;p
 mana satu mak...mano satu anak?


Si ayong ni, anak sulung

umur 9 tahun
saiz kasut 35
saiz dewasa 6 untuk sandal
saiz baju 35
 dewasa :ss
berat: 21 kg
Tinggi :dekat bahu ibu ..mungkin umur 12 tahun tinggi ayong dari ibu kot? ;p
nak jadi cerita
ada masa.... kalau  sya panggil anak anak, diorang ni macam liat sikit nak datang nak nya kalau diorang ada didalam bilik.

suatu hari sya dah geram sangat, cakap dengan anak anak
lain kali, kalau ibu panggil tolong lah datang terus,
berlari lari datang jumpa ibu lepas tu peluk ibu, tanya ibu nak apa...

tak payah ibu tertunggu tunggu
terlaung laung..ibu tak suka nak bising bising ni, malu.....

Nak jadi cerita suatu hari sya panggil ayong
lepas tu dia berlari lari datang terus peluk sya

pastu kami pun pecah gelak lah berderai, 
ayong kata
ibu..ayong ingat pesan ibu, sebab tu ayong datang terus peluk ibu..

tp lepas tu lupa balik...selagi tak keluar suara tarzan ibu ni, selagi tu tak jengok muka
anak anak.............

Thursday, April 22, 2010 7 jeJari meNulis By: kasihibu

Jawapan jangan main api .......




 Ini adalah ayong Nur Aisyah anak sulung yang dapat menjawab uji minda jangan main api tu semasa hari keluarga di Wet Word S.Alam  .
Hadiah yang dia dapat adalah set krayon oklah jugak tu ye.


Memang mula mula tu tak percayalah sebab ayong dapat jawab uji minda tu,
kita pun tak tahu jawapan untuk soklan tu.
Lepas tu tanya dengan ayong

Ibu: Ayong betul ke ayong jawab soklan tu tadi
Ayong: Betul bu
Ibu:Issshhhh... tak percayalah ibu, sbb ibu pun tak boleh jawab

Ayong: Betul bu, sebabkan memula tu ayong memang tak boleh nak jawab,
tapi ayong fokus ayong fikirkan pasal mancis tu

Ibu: Apa jawapanya?
Ayong: BAKAR, ABU DAN BUANG

Ibu: Kenapa pulak jawapanya itu
Ayong: Ibu tengok ye, mula mula mancis tu, kita BAKAR kan, lepas tu jadilah ABU, bila dah jadi ABU, kita BUANG lah..betul tak bu
Ibu: OOoOOoOOOoooooooo............

heheheheee.....adehhh kenapa  pulak sya tak terfikir pasal jawapan tu ye
Jadi kesimpulannya adalah, janganlah kita pandang rendah dengan pemikiran anak anak ye... ;p

 
Inilah sebahagian daripada hadiah cenderahati yang kami dapat  masa hari keluarga  hujung bulan Mac tu, peper bag yang cantik tu si kakak chantik punya.



--------------------------------------------------------------------------------------------------

Oh...sya dapat panggilan dari pada SIL, dia kata Tok Wan  sakit teruk, lihat gambar di bawah
Tok Wan umur dia dah 95++ macam tulah, masa kami balik melawat hujung bulan Dis tahun lepas, beliau pun dah macam anak anak kecil, kencing merata, cakap pun tak berapa nak faham.......tp kopiah dia tak pernah tanggal, ada yang cuba tanggalkan, dia pakai balik.Kalau tak silap beliau adalah bekas guru.Masa sya mula mula kawin dengan enpakwe, tahun 2000 tu beliau masih boleh memandu lagi dari Sg.Petani ke Baling seorang diri. 
Jadi mungkin esok lepas balik kerja kami akan balik ke Sg Petani. Insya 'Allah 

si Kakak chantik dan enariq bersama dengan tok n'yan di Baling Kedah.



Wednesday, April 14, 2010 8 jeJari meNulis By: kasihibu

Shahdunya dan sweet ;0

 syahdu aku tengok gambar nih.....
 
E3 nih  untuk anak sulung ibu Nur Aisyah Binti Mohamad Munir

Aku mintak tolong dengan ayong, picitkan kaki sebab lenguh

ayong ambik minyak baby tu pastu dia pun picit picitkanlah

lepas tu dia kata

Ayong: Ibu, ayong suka sangat kaki ibu, ayong sayang sangat kaki ibu
Aku: kenapa?

Ayong: Ustazah kata syurga tu dibawah tapak kaki ibu, ayong sayang kaki ibu

dan terus terusan aje aku menjadi shahdu weyyyy.....alahai ayong....:(

Ibu: Ayong ibu ni kan garang, marah marah ayong ,ayong sayang jugak ke ibu?
Ayong: Ibu marah sebab ibu sayang anak anak betul tak?

Alahaiiiiiiii............ :(  :(


Oh ye, baru saja dapat keputusan periksa ayong...Alhamdulillah ;)
nampaknya ada peningkatan dan dia dapat 5A, keputusan periksa agama pun meningkat , cumanya peratusan tu belum dapat secemerlang seperti semasa dia bersekolah di SKKB BT 10 dulu.

Ayong kata, ibu ayong berjanji akan hadiahkan ibu kejayaan masa hari lahir ibu bulan Nov nanti
Ayong ingat apa yang ibu pesan ;)
  
Ayong dah pun siapkan kad hari ibu untuk aku ;)

Ayong dia bersukan pun  cemerlang ikut gaya aku...... ;p

 ayong , enariq dan ika



as: Ayong , ibu sayang ayong dan semua anak anak ibu, jangan kata ibu tak sayang ayong ye.... sedih hati ibu :(
Sunday, May 24, 2009 0 jeJari meNulis By: kasihibu

ANAK KU SAYANG

Selamat hari lahir ayong...

Ini pulak cerita pasal ayong..
anak sulung kemanjaan,serba serbi manja..
anak..anak....
ayong ni yang aku perasan,jiwanya halus..tp dia memberontak dalam diam jugak tu
mmm..kenapa x percaya
aku tahu semuanya salah aku jugak,sbb dia rasa dirinya x diberi perhatian yang sewajarnya
aku masih ingat semasa umur ayong 7 bulan aku baru sahaja dsahkan mengandung Nur Atika
masa tu kami duduk di Langkawi, kesukaran aku dengan alahan2,pastu pakwe ku bekerja x tentu masa,maklumlah mengatur/menyelia peserta kusus di IPP Langkawi tu dari pengarah sampailah ke anak2 buah pengarah,entahlah yg aku tahu kekadang dia x balik langsung sebab mengemaskinikan komputer2 yg memang banyakkkk..sangat dlm lab room tu,aku dah malas nak ikut dah sebab x sanggup nak tunggu dia habis kerja yg x pernah habis.

berbalik pada ayong,dia banyak habiskan usia membesar di bawah jagaan ibualong (my sister) kebetulan kakakku x mempunyai anak perempuan.Semasa umur ayong 6 tahun dia duduk bersama ibualong selama setahun dan bersekolah disana.

Ayong ni kadang2 cara dia menarik perhatian ku ialah
dia merajuk dan mengeluh kesah..risau aku dengan caranya tu,macamana aku nak ubah sikap ayong ni ye?
oklah..pada 18hb MEI 2009 AYONG MENYAMBUT HARI LAHIRNYA YANG KE 8
SELAMAT HARI LAHIR AYONG..........
semoga anak ibu n ayah ini akan menjadi anak yang Soleh,diberkati,dRedhai oleh Allah
oh anakku...sudah besar ye..ibu sayanggggggggggg ayong.