Showing posts with label Hari Lahir. Show all posts
Showing posts with label Hari Lahir. Show all posts
Thursday, June 7, 2012 8 jeJari meNulis By: kasihibu

KEJUTAN DARI ANAK & MENANTU SERTA CUCU CUCU TOK...

Tok dan KC
Balik kerja petang  ni perancangan dengan anak anak dara adalah untuk membuat kek hari jadi tok
iaitu mak mertua sya.
perancangan kami anak beranak nak buat kek warna warni dan juga kek coklat

Pagi tadi anak anak sya dah telefon dan ucap hari lahir untuk tok, seronoklah tok dengar suara anak anak cucu nyanyikan selamat hari lahir tok...selamat hari lahir tok... (,")

Sekarang mak mertua sya ada di rumah adik ipar di subang sebab minggu lepas diorang balik Kedah, malam ni baru diorang balik ke Seremban di taman jujur
Esok lepas balik kerja petang tu baru gerak balik ke seremban dan dah bincang dgn adik ipar untuk raikan hari lahir mak mertua yang ke 60

Kalau hari tu tok masak masak untuk hari lahir ayong di sekolah, sekarang giliran ayong dan sya pulak buat masak masak dan kek untuk raikan tok
mesti meriah malam esok di rumah tok
Sya pulak yang tak sabar rasanya (,")
Saturday, November 12, 2011 19 jeJari meNulis By: kasihibu

SELEPAS 3 DAN 7, 3 DAN 8 PULAK YE? (,")


jadi nya tahun ni 3 dan 8 lah pulak...
hehehehehehe...

tapi kan..
kebanyakan kengkawan mesti tak percaya
sebab............

  adakalanya perangai gila gila ceria tu
diorang kata eh betul ke akak dah masuk umur tu
macam tak percaya je

jenuh dah bagi tahu ia dik...
akak lahir 12 nov 1973
siap tunjuk Ic lagik.. (,")



nota: pandai enpakwe suprise sya pagi ni ye?
ptng semalam dia kata nak balik, tapi sampai tengah malam tak sampai rumah sms pun tak jawab
alih alih pagi ni suprise katanya isss...tak jadi nak merajuk..(,")
Saturday, August 20, 2011 11 jeJari meNulis By: kasihibu

KELAHIRAN NUR ATIKA.........

Cerita  ibu khas untuk Nur Atika
Adik…ibu masih ingat masa memula ibu di sahkan mengandungkan adik,

Ibu tidak bersedia menerima kehadiran adik
Maafkan ibu sayang

Bukan ibu sengaja, tp mungkin ibu tertekan
Sebab masa tu ayong baru berusia 11 bulan, belum pun masuk setahun lagi

Adik macam macam yang ibu buat untuk menghilangkan adik dari dalam rahim ibu
Tanyalah apa yang ibu tak pernah lakukan kerana cuba menidakan kehadiran adik
Makan nenas muda?
Minum air tebu?
Minum air bergas?

Dan yang paling teruk pernah ibu buat ialah
Masa ibu bawak kenderaan pergi kerja,
Ibu sengaja lalu di bonggol bonggol jalan tu tanpa perlahankan kenderaan yang ibu bawa…

Teruk betul perangai ibu kan…
Kejam betul ibu kan….

Adik…
Walaupun begitu Allah tidak sekali kali mengizinkan ibu menghilangkan adik di dalam rahim ibu

Maafkan ibu adik…
Maafkan ibu……
Adik…

Semasa ibu menulis luahan hati ibu ini
Hati ibu sedih, pedih..dada ibu terasa tertekan
Mengenagkan kembali betapa jahil dan teruknya sikap ibu
Adik…..
Setelah ayah menasihati ibu, kawan kawan menasihati ibu
Barulah ibu menerima kehadiran adik dan
ibu sesungguhnya sangat sangat menyesal dengan segala tindakan ibu terhadap adik…..

Adik, ibu masih ingat lagi
Semasa ayah bertukar di Selangor,
beberapa bulan ibu tinggal di Langkawi bersama adik di dalam kandungan ibu

Masa tu ayah dan ayong sudah berpisah jauh dari ibu dan adik
Hanya tinggal kita berdua saja
Adik, betapa sedihnya hati ibu ketika itu
Balik dari kerja ibu hanya berborak dengan adik
Ibu usap usap perut ibu seperti ibu sedang membelai adik

Ibu menangis..
Ibu ketawa..
Semuanya dari gerak geri adik di dalam rahim ibu
bila ibu berbual dengan adik
adiklah penghibur duka lara ibu ketika itu...

Adik……
Ingat tak sebelum ibu dapat berpindah mengikut ayah di selangor,
Sarat sarat ibu
Walaupun ayah sudah berpesan ..
ibu jangan berkemas apa pun untuk berpindah dari Langkawi ke Selangor masa tu

Tp ibu ni degil
Bila malam, ibu tak dapat tidur
Ibu mulakan operasi mengemas sedikit demi sedikit

Ibu tolak barang barang , ibu tolak perabut2 bawak ke ruang tamu
supaya kalau berpindah senang orang nak mengangkat barang pindah kita tu.

Sedaya upaya ibu gunakan kudrat berkemas tu
Nasib baik tak ada apa apa masalah pada ibu dan juga adik
Sebulan sebelum adik lahir
Ibu dah bercuti sebab ayah tak berapa yakin ibu duduk di pulau tu seorang diri
Mana tahu kalau kalau ibu terbersalin awal dari jangkaan…

Ibu ikut ayah balik ke tanah besar
Lain pulak cerita bila berpindah
Ibu dah tak buat pemeriksaan ulangan
sebab bila ibu pergi ke klinik diorang suruh ibu terus rujuk ke hospital

Lagi lah ibu mengelat nak pergi kan…
Tapi pada suatu hari ibu terasa adik seperti kurang bergerak di dalam perut ibu

Ibu cemas….
Tp ibu masih berdiam tanpa memberitahu pada sesiapa…..
Hati ibu takut…..

Bila ibu takut sangat barulah ibu maklumkan pada ayah tentang perkara tersebut

Tidak berlengah, ayah membawa ibu ke HKL
Bila ibu di periksa selanjutnya,
Denyutan jantung adik adalah sangat lemah

Dan bermakna ibu terus di tahan wad pada hari itu jugak
Adik…..

19hb Ogos 2002 betul betul hampir jam 12malam adik lahir
tp doctor yang menyambut adik mengatakan dia menulis tarikh lahir adik 20hb Ogos

selang sehari dari tarikh hari pernikahan ibu dan ayah


Ibu masih ingat lagi keadaan adik ketika ibu menerima adik ketika itu,
Ayah ada di sisi ibu
Dan kelahiran adik di saksikan sendiri oleh ayah



Adik..

Semasa pertama kali ibu memeluk erat adik

Hati ibu hiba…

Hati ibu sebak



Maafkan ibu adik

Kerana kelalaian ibu

Nyaris nyaris ibu kehilangan adik

Di sebabkan adik terlalu lama ibu biarkan disebabkan ketakutan ibu untuk ke hospital
Muka adik telah biru kerana dililit oleh tali pusat
Ya Allah……….
Maafkan ibu sayang…..

Maafkan ibu………


Adik

ketika itu hati ibu juga berdetik
Ohh……inilah anak yang ibu cuba menidakkan kehadirannya dulu

Betapa bersalahnya ibu terhadap adik…….

Adik ..

Cukuplah cerita kehadiran adik setakat ini dulu

Ada banyak lagi kelemahan ibu
dalam menerima adik sebagai harta yang di amanahkan oleh Allah terhadap ibu


Apa yang ibu harapkan dari luahan ini
Hanyalah
Janganlah ada lagi
Orang lain mengulangi kesilapan yang ibu telah lakukan

Sebab itu,
Ibu selalu menasihati

Ibu ibu yang lain supaya tidak mengulangi kesilapan ibu

Cukuplah untuk catatan ini

Sekadar memberi pengajaran dan sekadar untuk meluahkan

Adik

Betapa naifnya ibu……….

Selamat ulangtahun kelahiran yang ke- 9 semoga adik menjadi anak yang baik
Yang di berkati dan di rahmati olehNya selalu

Ketahuilah bahawa ibu tetap sayang dan kasih pada adik.
Wednesday, May 25, 2011 21 jeJari meNulis By: kasihibu

BULAN MEI MEMANG BULAN UNTUK KELUARGA KITA.....


25hb Mei 2007

sumber pakcik google


Kakak.........

kami semua sayang kakak
sangat sangat sayang
kakak bijak, keletah
kakak chantik....

kadang bila bercakap
macam di ajar ajar je

Kakak...
 ayah kata
Athirah perwatakan dia adalah
Dia tak mahu kurang daripada adik beradik yang lain
maknanya kakak adalah seorang yang tak boleh orang lain lebih dari  adik beradik yang lain
kakak adalah tetap nak jadi yang pertama
kakak seakan mahu menjadi KAKAK kepada semua adik beradik kakak
tp kaka masih boleh di pujuk dan kena berlembut dengan kakak.

Kakak...banyak perkataan atau ayat yang keluar dari mulut kakak memang ibu tak lupa terutama........

setiap kali kalau kakak rasa macam dah lama sangat ibu tak hantar kakak di rumah mama
kakak mesti kata
ibu bila nak hantar kakak rumah mama...?
jangan lupa bawak surat beranak kakak sekali ye

ibu tahu kakak mesti ingat apa yang ibu cakap
bila kakak tak mahu balik dari rumah mama
ibu kata kalau kakak tak mahu balik, nanti ibu hantar surat beranak kakak dekat mama.

ermmmm...banyak sangat yang nak di tulis pasal kakak
tak tahu bila  ibu nak tulis je...

plllllllllllllllliiiiiiiinggggg................
tetiba hilang dari fikiran ibu
hehehehe..agaknya banyak sangat si semut mandi dlm air minuman ibu kot?

Bulan mie ni jugak sangat istimewa sebab kelahiran kakak adalah sama tarikh dengan atuk..(,")
sangat manis kan? sbb kakak dan atuk boleh rai sesama seperti tahun tahun yang sudah
tahun ni...errmmm mungkin lewat sikit kita raikan sbb atuk dan uwa akan datang rumah kita awal jun nanti.

Atuk sangat bertuah sebab dapat berkongsi tarikh lahir bersama 2 orang cucu, adik hakim  pun berkongsi tarikh lahir yang sama dengan kakak dan atok..


 Bulan mei jugak...........................

si kecik yang encem ni lahir

cuma selang 4 hari je tarikh  daripada mereka bertiga
selamat hari lahir jugak buat mirur...........
jangan melekap je dekat ibu ye..
sampai ibu kena ulit mirur je sorang!!! (",)

Kalau sampai  rezeki maklang hadiahkan kek
 yang sama macam ayong hari tu ye?


opssss.............pandai kakak pilih tarikh lahir
 betul betul tarikh ibu dan ayah dapat gaji ye...(,")
Wednesday, May 18, 2011 17 jeJari meNulis By: kasihibu

BULAN MEI BULAN KHAS UNTUK ANAK ANAK JUGA....





Ayong…




Hari ni umur ayong genap ke -10 tahun



Ayong dah besar……





Ayong…

Ibu pernah bermimpi

Ayong telah ada “kawan baik”



Dalam mimpi tu, bila ayong kata dengan ibu pasal ayong dah ada kawan baik tu,

ibu jadi sedih tau ayong

Ibu sedih sbb ibu dah hilang seorang anak kecik……



Ayong tahu kan kawan baik tu apa


Nak tahu kenapa ibu bermimpi macam tu?

Sebab hari tu, ibu tak solat



Lepas tu ayong tanya ibu pasal kawan baik tu.



Sekarang ni pun ibu masih lagi macam belum bersedia untuk terima

Kenyataan tu….walaupun itu adalah kitaran hidup sebagai seorang manusia

Dari janin menjadi bayi

Dari bayi menjadi anak kecil,

Dari anak kecil menjadi remaja

Ayong…….



Selamat hari lahir

Hari ni ayong periksa

Semoga ayong berjaya dan jangan sedih kalau ayong

tak dapat markah seperti yang ayong harapkan ye…

Apa yang penting ayong telah berusaha



Selamat hari lahir semoga ayong menjadi anak yang baik

dan menjadi insan yang berguna….

Ayah Ibu kak ngah, KC dan ariq sayang sangat  ayong


Monday, February 21, 2011 20 jeJari meNulis By: kasihibu

PULUT KUNING SAJE…..


Ibu: Sayang kita nak beli kek apa ye ?
Ayah:  tak semestinya ada kek, apa kata buat pulut kuning je
 Kalau nak tiup lilin letak je pastu ariq tiup

Itu yang ayah kata dan cadang  pada ibu ye ariq….

Jadinya operasi balik kerja ni adalah

Kukus pulut yang ibu rendam tadi

Lepas tu masak rendang ayam

Tp ariq jangan risau, ibu tetap akan buatkan kek coklat basah  yang senang tu
Semua bahan memang dah ada

Tinggal lagi rajin tak rajin dan semangat tak semangat je
Tp ibu yakin akan usahakan untuk buat semua tu




 selamat hari lahir ariq... ; )


 cakk......  semuaaa (,")
Selamat hari lahir yang ke-2 ye sayang…….
Chinta hati ibuayah, hero nan sorang.....

Friday, November 12, 2010 14 jeJari meNulis By: kasihibu

ERRPPP.... T.I.G.O. 7 DAH........





                                                                  


Masa tu umur ayong 28, kak ngah 27 , KC 22 dan enariq 20 tahun
Agak agak masa tu ayong dah ada 2 orang anak, k.ngan  2 gakkembar…wahhh!!!!!!



Sya dah ada cucu
Welll….nak panggil  I apa ye?
Kalau ikut sya uwan lah, enpakwe atok

Tp kalau belah enpakwe sya tok
Enpakwe tok wan
Hahahahaaa…melaut melalut pulak petang rembang nih. ; )

Syok gak eh……….

Apo motif melalut nih ye?

Ha.........sebonar eh hari ni adalah hari lahir sya yang ke 37

Suka…suka..sesangat suka
Maknanya lagi 21 tahun lagi sya nak bersara

Masa tu sya duk rumah dengan enpakwe sajolah
Anak anak dah besarkan, dah bawa diri. : (


Kalau sempatlah, kalau di izinkan oleh Allah

Sah sah…maso tu sya dan enpakwe terasa macam perantin baru errppp…lamo ; )


ppppsstt... YB...manolah tahu sya dapat nombor siri  77777 tu .. ; )


tq enpakwe suprise bday cake  rahsia resepi
mahal gak kek tu..tp berrrrrbaloilah sodap.... ;p
Friday, November 5, 2010 8 jeJari meNulis By: kasihibu

DEPAVALI KE HARI LAHIR?

 makcik @ rozana a.kadir


5hb Nov setiap tahun adalah hari lahir makcik

makcik adalah adik perempuan sya anak yang ke-5
  
mak cik
semoga panjang umur murah rezeki
bersabarlah setiap umat manusia ciptaan dariNya yang Esa
ada suratan hidupnya
ada takdirnya

ada rezekinya
ada jodohnya

yang penting hidup perlu diteruskan
keluarga makcik 
adik beradik
anak anak saudara
dan yang penting ibu dan ayah sentiasa disisi makcik


Alang sayang makcik
nanti petang kitaorang sampai bawak kek ye...... ;p

Selamat hari lahir
semoga dipermudahkan urusan makcik untuk mendapat jodoh yang baik dan yang penting di restui oleh ayah dan ibu.........

love...lovee...love...love... u soooooooooooo muchhhhhhhh......... (,") 
Friday, August 20, 2010 11 jeJari meNulis By: kasihibu

SELAMAT HARI LAHIR KAK NGAH.............. ; )




 Aksi yang di ulang malam tadi...
nak tidur dia buat susu milo dalam botol susu si KC dan terus menyusu dalam botol.


Hari ni adalah hari lahir Nur Atika @ kak ngah.....
Anak bertuah sya ni, sentiasa buat perkara perkara yang menguji kesabaran,
sampai kadang kadang naik malas nak melayan ....mogok tak mahu bercakap dengan dia sbb geram tu
Kadang boleh bergaduh lagi dengan dia ni...

Kelahiran kak ngah...
tragis jugak, sebab minggu minggu akhir kelahiran ika, sya dalam proses pindah dari Langkawi ke Selangor
Jadi pemeriksaan ulangan akhir akhir tu macam terabai kan..
Tp 19hb 08.2002 tu  dari pagi sampai ke tengahari pergerakan baby adalah sangat kurang, sya risau tp boleh buat senyap alasan sebab  takut nak ke hospital 
Tengahari tu, enpakwe hantar sya ke HKL naik motor nasib tak bersalin dijalanraya.

Bila dah ke hospital sah sah kena tahan ward terus kan...
Itu yang maleh tu, siap semua petang doktor  bagi ubat untuk buka jalan sbb jantung baby adalah tidak berapa memberangsangkan.

Sebenarnya hari lahir Ika adalah sama tarikh dengan ulangtahun sya dan enpakwe, tp sebabkan jam lahir 11.59 malam,  diorang dah ubah waktu kelahiran tu menjadi jam untuk 20hb Ogos.

Kesian  ika, di sebabkan ketakutan untuk pergi ke hospital, dia dah terbelit dengan tali pusat dan berjalur biru muka Ika
sangat sedih masa tengok tu, dan rasa menyesal disebabkan kelalaian diri sendiri.

Ika ni sikap dia agak kasar sikit, maknanya dia macam memberontak, jd cara nak mengasuh dia nak mengajar dia kena berlembut, tak boleh nak kasar kasar tp ibu ni kasar jugak sbb tahap kesabaran tu sentiasa di tahap yg sangat tepis.,  bila tiba tang angin anak beranak nih.

gambar tahun lepas 
bercuti cuti di muzium negara
 

dia ni nak kena lambung lambung, puji, kira kena buat hati dia berbunga dan dia rasa di hargai, masa tu kita mintak tolong apa pun dia akan buat.
Ishhh banyak lagi pasal ika nih, bak kata orang anak ke-2 memang ragam dia macam tu.
Semoga ika menjadi anak yang baik dan mendapat yang terbaik dalam hidup...
pesanan buat kak ngah....

Kalau ibu ayah marah marah tu, tandanya marah sayang, bukan marah benci
faham.............
oh ya nak tahu kenapa kadang kadang kami panggil ika ni puteri?
sbb bila dia pakai tudung yg ada awning tu, muka dia cantik macam nora danish cerita puteri bunian tu heheheh perasaan....... ;p
Tuesday, May 25, 2010 16 jeJari meNulis By: kasihibu

ISTIMEWA UNTUK.....

Nur Athirah binti Mohamad Munir





Atok dan KC

Muhammad Faris Al-Hakim  Bin Mohd Azmi

Ayahnda A.Kadir Bin Kalam   25hb Mei 1943
Nur Athirah binti Mohamad Munir 25hb Mei 2007
Muhammad Faris Al-Hakim  Bin Mohd Azmi 25hb Mei 2009

Selamat hari lahir juga buat   semua insan insan yang memang menjadi kesayangan kami semua

Tarikh ini pada setiap tahun adalah
sangat sangat istimewa juga buat kami semua keluarga sebelah sya

Nur Athirah lahir di HTAR, masa tu sya  duduk di Shah Alam
Mengandung si  kakak chantik sya terlalu berdikari, berbeza semasa mengandung si Ayong

Sya walaupun sedang sarat tapi sebabkan malas nak bawak kereta di Shah Alam tu, selalu jem jalan hendak ke tempat kerja, sya lebih rela bawak motor sampai minggu minggu akhir kerja.

Berulang alik ke hospital tu, tak terkiralah, sbb ada kompilasi, biasalahkan masalah ibu mengandung

Enpakwe masa tu dah bertugas di K.Langat ni, jadi setiap urusan semua kena berdikari
Berulang dari HTAR ke Shah Alam setiap 2x seminggu

Bayangkan memandu di dalam keadaan jalan yang jem, pernah sya menangis bawak kereta selepas balik dari pemeriksaan pakar di HTAR
Bukan enpakwe tak mahu menghantar setiap kali ulangan pemeriksaan, tp sya yang tak bagi dia menemani atau menghantar sebab kesian enpakwe kena berulang alik dari K.Langat ke Shah Alam dan HTAR

Sangat sangat berdikari.
Nampaknya si kakak chantik pun mempunyai perangai yang sama macam tu, boleh urus diri sendiri, mendengar kata dan adakala sya tengok dia adalah seperti seorang ketua pada adik beradiknya

Kalau sya bercakap dengan kakak kakak dia, dan ada pertanyaan faham ke tidak
Nak tahu siapa yang menjawab?
KC..dia yang jawab Faham Ibu, kalau kakak kakak bergaduh si KC yang cakap, ayong kakngah…jangan bergaduh
Ayong..kakngah jangan menangis

Bab pujuk adik, sakat adik..apa sajalah…
Walaupun umur dia baru masuk 3 tahun
Tp bila bercakap dengan si KC,sangat keletah, sangat petah berkata kata
Setiap perkara ada soalan dari mulut KC,kadang tak terjangka umur seperti itu akan bertanya bermacam perkara
Kadang sampai dia menangis sebab sya dah tak tahu nak jawab apa dengan pertanyaan dia
Maksudnya setiap apa yang dia tanya wajib ada jawapan sekali..

Pada tarikh ini juga sya ingin mengucapkan selamat ulangtahun ke-3 perkahwinan adik ipar iaitu adik kepada enpakwe Musyarifah Binti Abdul Kadir

Tragis betul hari kelahiran si KC..
Enpakwe terpaksa tekejar kejar  antara majlis perkahwinan adik ipar di Sunway Kayangan dan isteri yang melahirkan anaknya di Hospital…. : (

 Maksu dan paksu



Tuesday, May 18, 2010 13 jeJari meNulis By: kasihibu

ISTIMEWA UNTUK.....

                                   Nur Aisyah @ Ayong.......

Ayong.......

Selamat menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-9 Tahun

Dah besar anak ibu nih..

Kadang sangat boleh diharapkan untuk tolong masak di dapur
Bertuah juga dapat anak sulung perempuan ni..

Masa sya mengandungkan ayong,
Sya duk asing dengan enpakwe, sya di Dungun dan enpakwe di Langkawi

Mula mula disahkan mengandung, sangat sangat gembira sya balik dari hospital terus buat sujud syukur

Tp mengandung dengan suami jauh dimata dekat dijiwa..

Asyik sodih je, sikit sikit menangis, sikit sikit meleleh air hidung air mata ni, yalah dah berjauhan kan..
mengada lebih

Hehehehe.....sekarang .....jangan marah ayong ye, sbb masa ibu mengandung perangai ibu gitu, jadinya ayong pun jadi g2lah..sikit sikit sedih.....sikit sikit merajuk.... ;o (pesanan untuk diri sendiri)

Masa mengandung ayong jugak sya asyik2 pengsan..asyik2 pengsan
tak sedar betul, tetiba je gelap mata dan rebah sangat bahayakan...
sebab tekanan darah adalah sangat rendah

Ayong lahir di Hospital Selayang pada 18hb Mei 2001 jam 1606hrs hari Jumaat penghulu segala hari.
Sedangkan sya dah tak boleh travel dari Langkawi masa last jumpa doktor hari rabu tu, dah kena masuk ward pun, tp sya tak mahu bersalin di sana sbb tak ada siapakan nak jaga
ialah anak sulung mana nak tahu apa apa pun, jadi petang tu juga kami gerak .
Nasib baik ayong tak bersalin dalam perjalanan... ;o


Ini kad hari lahir yang Atika buat untuk ayong.