Showing posts with label Cuti. Show all posts
Showing posts with label Cuti. Show all posts
Monday, December 3, 2012 11 jeJari meNulis By: kasih ibu jua

KITA CERITA SATU PERSATU YE? Siri-4


Dari SP,  kami bergerak balik untuk menghala ke CH t/hari
 selepas menghadirkan diri 
di kenduri perkahwinan saudara mara  sebelah MIL  

Sya memang berhajat trip cuti ni nak bawak mak mertua sekali 
dan kebetulan anak saudara sya sorang duk teman tok masa cuti sekolah, 
dapatlah Ku Lin ikut keluarga kami berjalan jalan sekali

Sampai di CH bebetul dah petang dengan hujan nya,
hrrmmm...bohsan sungguh kesejukan di dalam kereta masa tu
anak anak dan tidur bangun, tidur bangun dah
kesian diorang Itu pun nasib baik kami ikut dari jalan simpang pulai 


bila ada papan tanda arah ke CH tu sya suruh 
 anak anak  baca seronoklah sungguhlah diorang
.
Bila dah sampai tu, lagilah seronok  anak anak 
suka melihat keseronokan di wajah masing masing
Tapi agenda yang penting adalah merehat rehatkan diri
sebab esok hari adalah hari untuk menjelajah CH
dan yang tak bestnya adalah sya domam masa trip di CH
 sebab terkena hujan pun ia jugak 
.
sebahagian gambar gambar yang ada di dalam simpanan sya, 
gambar yang best best semua dalam glaxy enpakwe

kami masuk di  taman rama rama
masuk di taman bunga ros
masuk di ladang sobery
dan last sekali di ladang teh
serta di pasar berinchang tu


anak anak kata
ibu..dah tak best lah CH sebab tak sejuk sangat 

Memang betul dah tak sejuk sangat sangat di sana
 jadinya tidaklah berapa teruja sangat berada di CH itu.

                                 Selesai sudah agenda bercuti cutian
                                       di sebelah Utara....(,")


                                         Sebelum itu sya nak memenuhi hajat pakngah 
                                         yang pernah minta sya berikan dia bunga larvender
komen dari entry INI...

                                    ha....yang ini dalah untuk pakngah ye..
                                selamat menyimpan bunga ini di blog pakngah
                                         ambik..jangan tak sudi pulak ye? (,")



Sya baca entry pak ngah yang INI...lah
menyebabkan sya nak merajinkan juga diri untuk menulis di blog ni, 
walau pun nama sya tak tersenarai pun dalam entry pak ngah tu (,")

Ok lah..nanti kita sambung...sambung lagi yep(,")

KITA CERITA SATU PERSATU YE... SIRI-3 (,")


Selepas subuh hehehe..
sesudah subuhlah konon padahal gerak dari Jenjarom adalah jam 9.00 pagi gitu (,")
 sabtu tu sya mulakan perjalanan ke Utara 

untuk bercuti cutian sempena cuti sekolah dan juga sebagai 
 hadian dan sokongan penghargaan kepada anak anak 

Sebelum tu kami singgah bersarapan pagi di kantin HTAR Klang
Ha...kau...tak pasal pasal bersarapan di kantin hospital Klang pagi tu (,")
Ini semua pasal kes malas nak bertempiaran dengan karenah anak anak kecik
 kalau bersarapan dekat tempat yang di tepi tepi jalan takut tak terkawal 

cantik kan? menakjubkan kuasa Allah sebelah hujan gelap ,
 sebelah lagi terang benderang 

Sampai di Utara dalam jam lebih kurang 3 petang++ macam tu,
 mula mula singgah dulu ke rumah kenduri kahwin rakan sekerja   
gambar tu dalam galaxy enpakwe, sbb telefon sya dah habis bateri kaedahnya

Lepas tu kami bergerak ke Pulau Pinang untuk bawak anak anak 
berjalan jalan  dan naik ferri kononnya
tapi di sebabkan hujan sepanjang perjalanan  tak jadilah  hasrat sya untuk menaiki ferry
sebab ombak di laut sangat menakutkan...huhuhu... tak sanggup 
nak dapat pening kepala free dan bimbang keselamatan jugak  

sessi menjamu selera(,")

menghala balik ke SP tu kami singgah  makan di Sg Dua
 mula mula cadang  nak makan mee udang
lepas tu tak jadi kami singgah di restoren apa entah lah sya tak perasan
tapi di antara stesyen petronas Esso tak silap
memang berbaloi baloi makan di situ
sedap dan nampak macam mewah tapi sebenarnya tidak lah mahal sangat
 dan berbaloi baloi

Dalam perjalanan kami bersaing dengan exora angry bird nih..
seronok anak anak dan tentulah kecoh jadinya heheheheh..(,")
sampaikan pemilik dan penumpang kereta tu senyum dan melambai2 pd budak budak nih


si kecik berdua leka mandi 
di anak sungai depan rumah toknek diorang (,")

Sampai di rumah tok di Sg Petani lebih kurang jam 9.00 malam ++ macam tu
anak anak   masing masing  dah penat penat dan dah terlena dengan jayamya
Makanya lepas drop segala barang berborak borak dengan saudara mara yang ada 
Barulah sya tidur lolap lolap sebab kepenatan sepanjang hari di atas jalanraya kaedahnya.

Bangun pagi selepas sarapan semua ,
mulalah aktiviti si kecik berdua ni berendam di anak sungai depan rumah toknek diorang
jenuh suruh naik sebab lama betul diorang main mandi manda di sungai tu, 
diorang naik sebab apa tau, tu ada pokok keladi tu kan?

abang ariq main main daun keladi tu
 lepas tu diorang berdua dah gatal gatal badan
hahahaha.....rasakan ye anak anak 
nak sangat jadi lasak di kampung rasakan semua tu (,")

Ok..lah nanti kita sambung semula yep..(,")
Friday, November 30, 2012 5 jeJari meNulis By: kasih ibu jua

KITA CERITA SATU PERSATU YE... SIRI -2

Ini aktiviti aktiviti yang anak anak dara sya bertiga tu buat di hari akhir persekolahan
Di sebabkan selepas hari kecemerlangan SK Petasih tu
sya dah boleh bawa balik anak anak dara berdua tu balik ke rumah,
jadinya hari jumaat adalah hari rehat mereka

Pagi  jumaat tu sya bawa si KC ke pertandingan mewarna
dan sebelah petang pulak acara untuk kakak kakak diorang ke acara melukis

di antara aksi aksi sepanjang berlangsungnya acara mewarna 
         sempena hari penternak peladang negari selangor   di pekan Banting

Di bawah ni lukisan anak anak dara sya tema buah buahan,
sayangnya masa diorang melukis sya tak dapat menghadirkan diri,
mereka cuma di temani oleh mama yang mengasuh anak anak kecik sya saja.

Alhamdulillah dapat tempat ke-3
Lukisan yang di buat oleh sepupu mereka sebelah gambar KC mewarna tu.
lukisan sebelah kiri - ayong, kanan Ika, 
bawah-sepupu mereka dan last tu KC mewarna (,")

bersama hamper yang di menangi oleh Ku Lin
 buat bekal pulak dlm perjalanan (,")

Disebabkan hari sabtu kami dah nak bergerak ke arah utara, 
makanya selepas selesai acara hari jumaat tu 
anak anak semua kena siap sediakan 
kemas segala mala barang barang peribadi untuk mula bercuti ke esokan harinya

Oklah...cukup untuk hari ni..nanti di sambung lagi yep..(,")
Wednesday, September 12, 2012 22 jeJari meNulis By: kasihibu

AKHIRNYA LAH......sebelum habis syawal ye(,")


Sambung cerita yang ini 
malas sungguh sya nak menghabiskan cerita sebenarnya 

Dari Bertam kami terus balik ke arah selatan, tapi sampai di teluk intan dalam jam 1 pagi lelebih,
konon nak tidur di teluk intan tapi boleh pulak sesat barat, 

penat dah dok pusing pusing boleh tak jumpa rumah adik ipar enpakwe,
diorang pun tak angkat telefon dah penat sangat beraya di siang hari
sampai tak dengar bunyi telefon,

lepas tu memula kami nak tidur di hotel saja,
tapi sya kata tak apa sya boleh lagi memandu 
Bincang bincang dengan enpakwe jadi nya kami terus nak balik ke Jarom saja

Sementara nak sampai di Jarom, entah berapa kali sya berhenti di tepi jalan sebab mengantuk sesangat, sya bawak kereta 20kmj macam kura kura dah gayanya(,")

hehehehe..bila di ingatkan balik memang kerja gila betul, kereta auto bawak selaju itu (,")

Disebabkan berpagi pagian dan tak banyak kereta lain dalam perjalanan kan macam tu lah gayanya.

Akhirnya selepas berhenti solat subuh di masjid jalan kapar , barulah enpakwe menyambung perjalanan untuk balik ke Jarom

Sampai di kedai sya beli makanan banyak banyak untuk anak anak alas perut sementara kami nak tidur seselesa mungkin   sebelum meneruskan perjalanan untuk balik ke kampung sya pulak.

Sementara lalu kawasan seremban tu sya pun teringin nak ke rumah acik erna di TTJ, dah lama kami nak singgah dan berjumpa asyiklah tak sempat

selembut wajahnya acik erna ni tau(,")

Tapi hari tu sya dapatlah menyinggah dan bertemu dengan kak erna sekeluarga.Terima kasih sangat menerima kunjungan sya dan keluarga dan   melayan kebisingan suara abang ariq mengamuk 

Seterusnya barulah meneruskan perjalanan untuk ke kampug halaman yang terchinta


Sampai di kampung dalam jam 11++ malam masa tu , 
ada beberapa orang saja adik beradik yang belum tidur,
sya menyingkap tudung saji  mencari makan menu yang tak ada di utara

nak tahu apa ? nasi impit kuah kacang dan sayur lodeh
tapi................

hampa lah juga sebab tak ado dah habis!!! dan sampai sekarang sya belum berkesempatan untuk makan menu yang sya cari tu
Gayanya dah nak habis syawal pun masih tak ketemuan, kena masak sendirilah gamaknya

Esoknya sessi mengacau penganan / dodol 
haji ayah dan hajjah emak kata
perancangan mereka raya korban nanti nak mengacau wajik lah pulak
Hrmm...boleh lah saja, asal ada kerahan tenaga dari orang lelaki gagah perkasa 
di dalam keluarga kita yep..(,")

part ni yang best dan di tunggu tunggu (,")




 ada sessi mengacau penganan lah pulak (,")

akhir kata
buat semua rakan rakan di alam maya ini


salam syawal yang terindah 
daripada anak anak anak dan anak kami berdua

maaf zahir dan batin

eh!!!! raya lagi kan? (,")

Thursday, August 23, 2012 5 jeJari meNulis By: kasihibu

CERITERA HARI RAYA DAN ULANGTAHUN PERKAHWINAN KAEDAHNYA....(,") Siri 2

Sya terus memandu sebab enpakwe memang betul betul dah lena, 
dan sya belum rasa mengantuk lagi 
tapi sangat bosan sebab kenderaan adalah laju sedikit daripada siput sedut
sangatlah bosan nak sampai 1km pun dah makan masa berminit minit 
bila dah bosan barulah datang mengantuk tu

Sya cuba cari tempat untuk parking tapi tersangatlah kecewa sebab semua hentian
dan bahu jalan yang berhampiran dengan hentian adalah penuh... memang tak ada  ruang untuk menyelit

Sya sampai di hentian apa tah, tak perasan namanya,  dalam jam 3++ sya berhenti basuh muka , nak sahur tu rasa macam awal sangat lagi jadinya teruskan lah perjalanan.


Di sebabkan kami nak saing dengan adik ipar sya yang menunggu di Teluk Intan, makanya sya kena susur masuk ke Bidor, masalahnya bila kereta bergerak selaju siput gandong 
rasa macam jauh dan lama sangat nak sampai di simpang masuk ke Bidor tu.

di sebabkan semua hentian adalah penuh jam 5 pagi kami terpaksa bersahur
di dalam kenderaan yang bergerak. sebab tak ada tempat nak menyelit untuk berhentikan kenderaan, 
sya suruh enpakwe tolak kerusi ke belakang untuk  kami bertukar tempat duduk 

Lepas enpakwe bersahur barulah sya bersahur dan sya sambung tidur sampai di Teluk Intan 
jam 6++ barulah kami dapat solat dan meluruskan badan yang penat di rumah biras sya.

Kami mulakan perjalanan jam 8.00 pagi dan bergilir gilir jugak memandu 
hingga sampai di rumah tok di Sg Petani jam 1++
Penat dan letihnya memang tak terkata.
Selepas solat kami  terus baring dan lena untuk mendapatkan rehat yang bebetul rehat punya.

pasangan perantin rayalah kaedahnya...(,")

si KC pun sesibuk nak bergambar masa ni ;p

ok lah lepas ni sya sambung ceritera di pagi raya pulak ye....


CERITERA HARI RAYA DAN ULANGTAHUN PERKAHWINAN KAEDAHNYA....(,") Siri lah pulak

Sepanjang perjalanan balik dari  Sg Petani ke Seremban raya ke-2 tu  enpakwe borak dengan sya perancangan sebenar dia sempena hari ulangtahun perkahwinan kami

Perancangan dan kejutan dia adalah, 19hb selepas sambutan hari raya, beliau bercadang nak pergi bawa mak mertua dan keluarga adik berhari raya di sekitar Seremban dan Port Dickson dan malamnya dia bercadang hendak meraikan ulangtahun kami di Cameron Highland hanya sya berdua dan anak anak di tinggalkan di Seremban
hahahahahahha....tak agak agak betul perancangan beliau ye (,")

Tapi dia kata bila fikir fikir macam tak sesuai pulak sya dan dia beromantika diamor di tanah tinggi tu, sedangkan mak bersusah payah menjaga anak anak anak dan anak kami

Jadinya dengan perancangan yang tidak di rancang pun untuk balik ke Sg Petani. enpakwe kata akan bergerak balik selepas tarawih akhir Jumaat 17hb tu, kalau ikutkan perancangan sya nak gerak balik selepas bersahur aje sebab tak sanggup nak menahan ngantuk meneman enpakwe memandu

Kami bergerak dari Seremban tetepat jam 12.00 malam hari jumaat tu dan dah tentu enpakwe yang memandu dulu, sebelum bergerak tu sya dan mak mertua dah siap siapkan bekal untuk bersahur nasi, sayur dan rendang ayam.

Masa perjalanan dari Seremban ke arah utara kami seronoklah  sebab perjalanan tersangat lancar tak banyak kereta
Selepas tol Lata enpakwe kata dia dah mengantuk minta sya pulak memandu.Masa tu mata ok lagi sebab dah tidur petang hari tu.
Sya pun memandulah ke arah Utara dan enpakwe merehatkan mata.Anak anak dah lama tidur lena di belakang, Mil pun dah lena masa tu.

Selepas keluar tol yang pertama tu tetiba sya nampak berderet deretan kereta
haiyaaaaaaa..............sangat sesak ,sangat jam yang berpanjangan
huhuhu...rasa nak nagis bila tengok suasana jalan macam tu, kekonon balik tengah malam kenderaan dah surut, rupa rupanya tenat lah sangat...

gambar adalah kabur sebab guna henpon saja

Ok lah nanti sya sambung lagi ye...

Saturday, June 2, 2012 1 jeJari meNulis By: kasihibu

GAMBAR SAHAJA YANG BERKATA KATA...........







bersama pengantin baru anak saudara sepupu
masa sya belajar di Sbn dulu, duduk rumah pak teh , kecik lagi si Dilla ni
sekarang dia kerja di LHDN N.Sembilan




si KC menikmati gula gula kapas..sedap cair di mulut tp manis tak hinggat!!!!


Semuanya masa cuti cuti minggu lepas
perasan tak si KC kalau bergambar je nak bergaya
asal bergaya je nak bergambar kan?







Thursday, January 26, 2012 16 jeJari meNulis By: kasihibu

DARI SUNGAI KE PULAU, DARI PULAU KE SUNGAI LAGI....siri akhir(,")

Balik dari Sg besar, dalam jam 10++ kot baru gerak,
lepas tu berhenti lagi di sini...

Sebelum sampai di sini lalu kedai nasi ambeng ibu tu,
tp perut kenyang lagi, jadi taklah berhenti makan atau membungkus,
sbb membungkuskan hilang ke sedapan makanan tu kan?

pergghhhhh...sangatlah menyegarkan sesiapa yang lalu di Tanjung Karang
wajiblah singgah di sini ye....

masa ni panaslah sangat,
 malas nak turun kereta dan nak berlawan dengan karenah anak anak
 jadi nya enpakwe membungkuslah si cendol durian nih...

segar,nyaman,sedap, berbaloi sebungkus ni RM 3.00 saje..

enpakwe kata selain dari cendol ni, ada juga laksa,soto pun ada
lain kali kalau kami lalu lagi disini,
wajib untuk di singgah sebagai pembasah tekak dan
 tempat mengenyangkan perut yang lapar


Dalam perjalanan dah mrerangka rangka untuk belanja anak anak makan di MC'D
sebab semua dah adakan
jadi nya masa yang sesuai untuk makan bersama sekeluarga

elok je sampai di Bukit Tinggi dalam jam 1++ terus
 kami menyinggah mengenyangkan perut di situ
fuhh...ramai sangatlah manusia , penuh MC'D tu, baju kaler merah merah saja
masa tu kan hari CNY



tangan tangan si KC dan kak ngah

 enpakwe dan abang ariq

makan tengah hari kita nampaknya...

Lepas makan kitaorang teruslah balik ke rumah,
 penat dan letih dan mengantuk...
kira memang pekej menariklah hari tu...

Lepas solat baru kitorang anak beranak tidur
penat berjalan 2 hari tu...\

sekian episod akhir jalan jalan dan makan makan kami
dari sungai ke pulau, dari pulau balik ke sg lagi..

DARI SUNGAI KE PULAU, DARI PULAU KE SUNGAI LAGI....siri 3

Pagi pagi di Sg Besar dah jam 7 pagi pun macam bukan jam 7,
 gelap je lagi, sejuk pun ia jugak,

lepas solat subuh kami adik beradik dah menglap pinggan mangkuk kenduri malam tu,
bukan apa keluarga besan mak ayah ni semua 4 adik beradik adalah lelaki,
kami adik beradik dah ada di situ,

menolong apa yang patut dgn seorang anak menantu keluarga besan ayah,
abang long dan juga along pulak part buat sarapan pagi,
jadinya macam kami di rumah sendiri pulak rasanya masa tu... ;p
bak kata ayah mertua kak teh dapur tu dah penuh dgn keluarga kami je..
hehehehe...mak mertua mak teh kata
kalau kami tak bantu tu 2 -3 hari baru siap mengemas kaedahnya(,")

kue kue dan kepala kamben masak palembang tp tak sorang pun usik (,")

ini sebahagian menu sarapan pagi kami masa tu, nasi goreng ,
kue dan kek lapis teh o dan jugak air teh

daging kambing masak pelembang sedap ye, tak ada bau kambing pun
enpakwe tegur sya makan daging kambing banyak sangat katanya
dia kata tak mahu dengar sya mengadu sakit kepala ;p
bukan selalu pun makan daging kambing kan?

Selepas sarapan dah siap siap kemas masa untuk balik ke Sg Jarom lah pulak agendanya,
yang lain along ayah dan angah dan pak ndak masih berkampung di sana
sya sekeluarga saja yang bergerak balik
tak larat nak kejar abang ariq yang sangat aktif dan macam macam agenda dia buat penat...

Memang kena pantau si abang ni, macam macam dia boleh buat,
 yang buat jantung sya kencang masa dia dah berlari menuju ke jalan besar tu
ya Allah...abang abang....sangat menakutkan

atok memang melayan je abang ni
pantang dia nampak motosikal dan topi keledar pekej terus




sekarang tak payah guna tarik upih dah kan anak anak..
.kita guna cara baru tolak kerusi gitu..
kreatif anak anak nih.



Memang seronok abang di sana, dengan aktiviti dia sendiri, dah tak peduli orang lain pun dia
ada bapa saudara adik ipar bawak abang naik motor keliling kampung tengok sawah,
atok tu kata abang seronok dia riuh mulut cakap dengan atok tu cantik katanya
sebab masa tu padi sedang menguning
Eh...napa sya tak ajak enpakwe meronda ronda ke dalam masa nak balik tu ye? aduhai boleh lupa lah pulak...

kalau tidak mesti ada gambar sawah padi sedang menguning
errppp... terlupa lah pulak!!!!!!