Kisah 1
--------
Sya sekarang dah masuk 19+ jadinya dah kena minum air gula unuk periksa kadar gula dalam darah
nak tahu ada kencing manis ke tidak sebab mak sya ada kencing manis
Pagi tadi jam 8 dah terpacak di klinik tp giliran minum gula jam 9.05 minit sebelum tu dah ambik darah
dan di arahkan puasa lagi sampai jam 1105hrs untuk ambik darah lagi
Pagi tadi sebelum hantar abang Ariq ke sekolah sya bagi tahu dia, hari ni ibu nak ke klinik sebab ambik darah.
Ariq kata ha? ambik darah lagi? janganlah ibu hari tu dah ambik
Eh sya tak sangka abang ariq ingat lagi minggu lepas sya kena amik darah
Masa tu dia teman sya sebab sekolah tutup jerebu kan
masa ambik darah tu dia cakap dengan nurse janganlah ambik darah ibu abang
nanti sakit ibu abang katanya
Alaaaaaaaa........sayang abang dekat ibu yep (",)
Kisah 2
--------
Abang ariq dan kakak chantik kalau tidur kan, bila salah sorang mengigau
yang sorang akan menyahut igauan tu
contohkan
KC: adik..basuh dulu tangan tu kotor
Ariq: Dah lah abang dah basuh
Ariq: abang tak nak bagi kakak, kakak tak sayang abang
KC: kakak tak sayanglah abang buat akal.....
Ariq: ibu sayang abang tak sayang kakak hahahahahha...
KC: ibu sayang kakak...kan ibu
hahahhahahahaaa.... tu yang buat sya golak tu
sebab diorang mengigau mesti bersahut sahut
kelakar betui...
banyak lagi sebenarnya tapi memang lawak lah
asal apa jadi gitu ek? hairan juga
Kisah 3
-------
Di rumah mak ayah sya ada bela kucing di rumah Mil pun ada jugak bela kucing
tapi kan sejak si putih meninggal dunia tu, sya memang tak mau sayang sayang sangat kucing
sebab sya tak mau rasa ralat bila kita balik ke kampung sesekali tu dapat tahu kucing kucing tu dah tak ada hilang ke arwah ke kan?
Tapi minggu lepas mak ayah sya datang ke rumah sekadar melawat dan hantar pisang yang anak cucunya suka makan
Masa borak borak malam tu sya cakap dengan ayah apalah khabarnya si endek,G dan Ibu di rumah tu? mesti dia mencari cari manalah atok nih...
Lepas tu ayah sya kata endek dah tak ada
agak eh endek dah mati
sya pun terkejutlah sebab selama 1 minggu lebih cuti sekolah dulu sya duk layan baik si kucing kucing tu carikan kutulah borak boraklah
hmmmmmm....sodih : (
Ayah lagi sedih sebab ayah cakap si endek tu kalau ayah pergi rumah jiran dekat depan rumah tu dia suka mengikut teman ayah
ayah balik sia sambut
Kucing rumah Mil pulak si putih, Kakak dan comel je yang tinggalnya
kucing yng hitam chomel tu dah arwah sya terlanggar sebab tido dekat tayar kereta , lagi satu di ambik orang
Jadi lebih baiklah lepas ni sya tak mahu dah sayang sayang sangat kucing
tapi tak boleh lah sebab kucing kan chomel,manja kan
habis camno?
oklah dah habis cerita
wah panjang jugak cerita kosong sya hari ni ye
Showing posts with label Cerita aku. Show all posts
Showing posts with label Cerita aku. Show all posts
GAMBAR BELIAU PUN SYA TAK SIMPAN DALAM BEG DUIT
sya tak ada pun simpan gambar enpkwe,melainkan gambar di kad nikah je
tapi enpkwe ada simpan gambar sya masa baru kenal kenal dia.
sebab simpan gambar isteri dalam beg duitlah pernah menang hamper hari keluarga LPP Selangor tahun 2008
hehehe....isteri pembawa rezeki lah namanya tu ye (",)
AKTIVITI DAN MENU INI HARI.
Sementara ruang parking satu ni kosong sbb kereta accident di bengkel lagi
hrmmm...makan masa lah nak siap tu..
pagi tadi sya meringankan tulang basuh dan cuci grill sekali habuk debu
sambil tu simbah simbah badan BLB bg buang debu je pun
nak basuh tak larat bumbung tinggi baik hantar kedai car wash
dah siap operasi woiihhhh....penat ...penat ....penat ... penatlah sangat!!!
jadinya t.hari tak masak
pagi dah ada sarapan nasi goreng je merangkap makan t.hari lah tu
lepas tu untuk malam ni kita makan mee gorenglah saje ye...
rezeki asal kenyang kan?
jemput makan......
BALIK TERKEJUT..JADI MARI KITA MAKAN MENU TERKEJUT..
Sya pun terkejutlah,alamak nak masak apa nih?
Sya korek peti sejuk yang ada cuma kobis,santan , cili api ,ikan pekasam yang boleh hidup balik kalau ikan tu nak hidup, sebab dah setahun++ kawan bagi pada sya
hahahaha....akhirnya ikan itu jugak jadi penyelamat sya malam tadi.
Tapi best jugak menu terkejut tak sedar 2 pinggan mak buyung makan
cuma sbb ikan pekasam!!!
Sent from Samsung Mobile
Sent from Samsung Mobile
WALAU PUN DIKAU TELAH TIADA WAHAI PUTIH.....NAMUN TETAP KAN ABADI SELAMANYA......
----------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------
Sampaikan keluarga kami dah tak sanggup nak bela kucing lagi:-(
Huhuhuhu...sangat sedih...walaupun sekadar seekor haiwan peliharaan... :'( :'( :'(
MARI KITA CERITA PASAL GELARAN
Banyak sangat nama gelaran dan panggilan atau nama manja atau nick name kata orang negori sombilan
hahahahahaha... tolong jangan percaya (,")
yang selalu kita dengar dan sya sampai sekarang tertanya tanya kaedahnya
siapakah yang mencipta gelaran gelaran tersebut
Sebenarnya sya bukan lah nak cerita pasal gelaran gelaran yang hebat
ataupun setaraf taraf tan sri/ datuk semua tu
mereka adalah ayong kak ngah
hahahahahaha... tolong jangan percaya (,")
yang selalu kita dengar dan sya sampai sekarang tertanya tanya kaedahnya
siapakah yang mencipta gelaran gelaran tersebut
Sebenarnya sya bukan lah nak cerita pasal gelaran gelaran yang hebat
ataupun setaraf taraf tan sri/ datuk semua tu
Sya nak cerita pasal gelaran atau nama panggil dalam keluarga 69 orang Negeri Sembilan
Macam sya adik beradik adalah 7 orang
Yang sulung along, yang 2nd angah,
yang no 3 alang, no 4 andak,
no 5 acik, no 6 ateh dan bungsu acu
Tapi kalau panggil manja manja adalah along, angah alang,andak, afik apeh dan afu
Tu panggilan anje anje sengal sengal kami adikberadik yang 3 hujung tu (,”)
Hrmmmmm rindu kat diorang semua masa tulis entry ini : (
Kalau anak beranak sya pulak ayong, kak ngah, kakak dan abang
Hahahahaha… sesuko yo kan?
Sbb apa masa kakak chantik tu dah mama dia yang memanggil gelaran kakak pada si KC
jadinya melekatlah gelaran tu
tapi si Muhammad Ariq pulak dia sendiri yang bahasakan dirinya abang
Banyak lagi gelaran dalam keluarga 69 orang Negeri Sembilan ni
dan mungkin juga di negeri negeri lain pun sama kot
ntahlah sya pun tak pasti sangat contohnya
Embong tu satu gelaran jugak, bukan lah singkatan dari ikan kembong (,”)
tu untuk panggilan pada yang sulung
Amuk tu satu gelaran jugak, bukan lah singkatan dari perkataan mengamuk (,”)
Tak ada kena mengena langsung ye …tapi satu gelaran bagi si bungsu
Uda pun gelaran jugak dan bukan ada kena mengena dengan kuda
tapi salah satu gelaran bagi yang ke-4
dan sepatutnya sya nak panggil si KC adalah dengan gelaran kak Uda..alolololo…chomelllll je kan?
Apa pulak nick name manja manja dari kengkawan yang lain yep?
mereka adalah ayong kak ngah kuda erkkk kakak dan abang (,")
TAG LINE SI GADIS BUNGA SAMA TAK DENGAN YANG NIH?
Sikit punya panjang tajuk daaaa....
Ini kaki Muhammad Ariq
sama kan dengan tag line adik manis kita nih?
tapi abang ariq sebelah kaki je ada tahi lalat
agak agak kuat mengembara tak macam GB?
tapi abang ariq sebelah kaki je ada tahi lalat
agak agak kuat mengembara tak macam GB?
hehehehehehehe.....
siap satu entry
aci tak? (,")
SEGALA GALANYA TENTANG MAK DAN AYAH ADALAH TERBAIK DALAM HIDUP SETIAP ANAK ANAK KAN?
ayah dan mak tersayang
Masa kekecik dulu sya suka sangat dapat mandi dengan mak,
paling sya suka bila mak jirus badan dia, sya akan tadah badan mandi dengan
mak,
seronoknya….
Tidur dekat mak, peluk badan mak….
Best kan?
jumaat lepas sya balik kampong, kebetulan ayah pergi bercuti
cuti ke Langkawi,
makanya dapatlah sya tidur peluk peluk mak seronok sangat sambil kami berbual bual sampai ke pagi
Sya tidur dengan KC dan mak , abang ariq sya hantar tidur dekat
enpakwe hehehehehee…
bukan selalu kan?
Sya dah lama berhajat untuk mencoretkan cerita tentang emak
sya tersayang
Emak sya umurnya sekarang adalah 63 tahun,
di usia emas macam ni
hati seorang ibu memang mudah tersentuh,
mudah mengalirkan airmatanya
Sya sedih bila tengok air mata mak keluar
Biasakan kalau mak ayah kita ni bila anak anak cucu balik
riuh rendah meriah lah rumah mereka, tapi bila lepas sekeluarga sekeluarga
beransur balik,
bermula lah episode airmata
Kesian dan sangatlah tidak sampai hati sya melihat begitu.
Emak sya di usia sekarang kesihatan adalah turun dan naik,
sekejapan sihat sekejapan tu sakit menimpa
Tambahan lagi mak adalah pengidap kencing manis tahap
insulin
Alhamdulillah walaupun begitu mak masih mampu untuk berpuasa
di bulan Ramadhan
Masih mampu bersolat walaupun terpaksa duduk di atas kerusi
Sebab itulah sya dah lama teringin untuk memanggil aunty nani dengan panggilan mama
Bila mama update status di fb, tentang keadaan kesihatan
beliau,
sya memang akan teringat pada keadaan mak
Sya tidak lah selalu atau kerap sangat balik ke kampong
dalam
sebulan adalah 2 kali sya melawat mak dan ayah
Bila dah gerak dari sini petang makanya wajiblah sampai di kampong
mak dah tidur
Bila dah sampai sya akan jengok mak dulu,
sya periksa tapak
kaki mak ke dua dua belah,
memastikan tiada luka atau pun keadaan kaki mak
bersih tiada habuk atau pun sebarang kotoran
Dalam keadaan sekarang deria rasa sakit mak adalah tidak sensitive,
kadang mak tak sedar pun ada luka pada tapak kaki mak
Sangat bahaya, ada sekali dah lama tahun lepas
Mak tak sedar ada nanah di tapak kaki mak,
Itu pun sebab sya balik dan periksa kaki mak,
Sya akan cium dan hidu bau tapak kaki walau pun tidak ada
luka
sebab sya nak pastikan tiada bau yang mungkin ada nanah di tapak kaki mak
Bila sampai tahap insulin mata pun jadi kurang nampak,
jalan jauh, duduk lama
lama buat kerja sikit pun dah mula
terasa penat
Kesian mak…… : (
Sya teringin nak jaga mak ayah dan tolong uruskan kehidupan mereka,
tapi sya tidak mampu
sepenuh masa sebab kengkangan masa dan tugas terhadap kerjaya
Apa pun sya cuma mampu
mendoakan kesejahteraan mereka berdua ayah dan mak sya
Semoga mereka berdua di beri kesihatan yang baik
untuk memudahkan mereka
berilmu dan beramal soleh
serta di ampunkan kesalahan kesalahan mereka
Sya sangat…sangat…sangat…sangat…sayangkan mereka berdua
Mak dan ayah kita tidak akan ada galang gantinya ,
mereka tetap satu ,mereka
tetap utama , mereka tetap paling
penting dalam kehidupan setiap anak
Mak dan ayah adalah penawar
Kalau kita kekusutan/ ada masalah atau apa saja tekanan
cubalah telefon hubungi mereka,
Dapat mendengar suara
pun dah menjadi penawar pada kita
Tapi yang paling tidak best adalah
Bila kita tanya tentang kesihatan mereka
mana pernah mereka akan menjawab sebetulnya keadaan mereka
Jawapan yang kita terima bila di tanya mestilah sihat..walafiat walaupun sebaliknya
Sya bertuah kerana mendapat suami seperti enpakwe
yang selalu mengingatkan sya supaya
tidak skip berkongsi rezeki setiap bulan pada mereka berdua
Alhamdulillah
sejumlah rezeki yang sya dapat sya boleh
kongsikan pada mak dan ayah.
Walupun begitu jasa dan bakti mereka memang tidak boleh di
nilai dengan wang ringgit
Marilah kita hargai
mereka , marilah kita gembirakan mereka ,marilah kita kasihkan mereka
Di samping kita menghargai ibu dan ayah sendiri jangan di
lupa juga pada ibu dan ayah mertua kerana martabat mereka berdua adalah sama
tarafnya
*peringatanuntuksemua dan juga dirisendirijuga*
SEGMEN BLOGLIST POKOK MANGGIS DEPAN RUMAH
sebenarnya selain nak cerita pasal buah manggis
sya nak cerita jugak pasal jemputan dari .NIH...
Terima kasih dik menjemput akak dan maaflah lambat sesangat sebab
sekarang ini akak di landa penyakit kemalasan nak berblog
NAK SERTAI KEMERIAHAN SEGMEN NI
SEPERTI LEBATNYA BUAH MANGGIS DALAM SATU POKOK?
HAAA......RAJIN RAJINKAN LAH KLIK DI SINI
UNTUK BUTIRAN SELANJUTNYA YE..(,")
SELINGAN.......
salah satu buah buahan kegemaran sya dan KC adalah buah manggis
HITAM HITAM SI TAMPUK MANGGIS
WALAU PUN HITAM ISINYA MANIS (,")
si KC tak pandai kupas dan tak kenal nama buah ini ialah manggis
kalau dia nak makan, dia cakap gini
HITAM HITAM SI TAMPUK MANGGIS
WALAU PUN HITAM ISINYA MANIS (,")
si KC tak pandai kupas dan tak kenal nama buah ini ialah manggis
kalau dia nak makan, dia cakap gini
gambar kitar semula
KC: Ibu..tolong kupaskan buah warna purple tu, kakak suka
Ibu: Kakak yang ni namanya buah manggis ye anak.
KC: oooo... kakak suka
Ibu: ibu pun suka
memang best makan buah manggis terutama makan di atas pokok
tapi itu dulu lah masa kekecik dulu,
sekarang badan dah besar dah kembang sepokok manggis
kalau nak tahu macam mana bentuknya
cuba tengok pokok manggis bentuknya kembang dan rendang je kan?
jadinya kalau pokok tu kembang dan rendang tentulah lebat berbuah
tapi kalau orang pulak kembang dan rendang apa pulak ye?
hahahahahhaaa....soklan sengal di pagi raya minggu (,")
ok...baby...love u alll........
DUHAI BONDA............DUHAI AYAHNDA............
mari belajar peribahasa baru
"Dimana ada atok dan uwa di situ ada si cicak ini"
makmum tambahan atok (,")
Si cicak ni memang manja teramat manja dengan atok dan uwa
macam tak boleh berpisah,
kalau ayah dan mak tak ada di kampung memang mencari carilah si cicak ni
tak duduk diam
sebab tu atok kalau nak berjalan kemana mana
mesti pesan dulu dengan si cicak supaya cicak tak tercari cari tuan kesayangan dia tu.
Hari hari cicak ni mandi sebab tu kulit bulu dia putih gebus
manja kekadalah awak nih..
seekor adik bungsu(,")
sya akan berdesup balik ke kampung
untuk berjumpa ayah bonda yang di rindui
hrrmmm....betapalah hati ini merindui mereka
Semoga rombongan sya dan anak anak akan selamat sampai hendaknya
Amin.....
KITA PANJANGKAN PERKARA YANG MEMBAWA KEBAIKAN
CATITAN HARI INI ADALAH PANJANG SEDIKIT DARIPADA BIASA
SYA CUMA INGIN BERKONGSI PENGALAMAN SYA SENDIRI
YANG BUATKAN SYA RASA SERONOK DAN TIDAK BOSAN SEMASA MEMANDU
DULU MASA ANAK ANAK DARA DI BAWAH TANGGUNGJAWAB SYA MENGHANTAR DAN MENGAMBIL MEREKA DARI SEKOLAH SYA SELALU DENGAR RADIO .....…
SYA PERASAN SETIAP KALI WAKTU WAKTU BERADA DI DALAM KERETA TU
MEREKA AKAN MENGIKUT MENYANYI NYANYI LAGU YANG MEREKA SUKA DENGAR
BUKAN ANAK ANAK ANAK ANAK SAJA, MALAH SYA JUGAK
JADINYA MACAM MEMANG TERLEKA SANGAT GAYANYA
.BAYANGKAN LAH KALAU SEMASA DALAM PERJALANAN TU ADA TERJADI APA APA YANG TIDAK DI INGINI,
KAMI SEMUA DALAM KEADAAN TERLEKA,
MASYA'ALLAH….SANGAT TIDAK BETUL PEMBAWAKAN SYA TERHADAP ANAK ANAK KAN?
SEHINGGALAH SUATU HARI SYA UBAH KE RADIO IKIM FM,
SETIAP PAGI SEAWAL JAM 7.00 TU AKAN ADA DOA DI AWAL PAGI.
BETAPA SEJUK HATI BILA ANAK ANAK SEKECIL ABANG ARIQ
BOLEH MENGIKUT APA SAJA DOA ATAU BOLEH MENDENGAR APA SAJA PERKONGSIAN
YANG DJ DJ SEDANG BERTUGAS ITU
DAN SERONOK BILA MENDENGAR MULUT MULUT SI KECIL BERTANYA APA YANG MEREKA TIDAK FAHAM ATAU APA SAJA PERKATAAN BARU YANG MEREKA TAK PERNAH DENGAR
BETAPA SERONOK BILA MEREKA LANCAR MEMBACA DOA WAKTU DHUHA
BETAPA LANCAR ABANG ARIQ DENGAN IKLAN AL- BAGDADI “SYA SUKA DENGAR ABANG ARIQ KATA SEMOGA KITA MATI DALAM IMAN BU”
SUKA CERIA DI SEPANJANG PERJALANAN BERSAMA ANAK ANAK
TERUTAMA CERIA PAGI BAB TEKA TEKI
MENCARI JAWAPAN DAN ANAK ANAK MENUNGGU JAWAPAN,
KALAU DIORANG TAK SEMPAT MENDENGAR JAWAPAN TEKA TEKI TU, BALIK SEKOLAH MESTI BERTANYA JAWAPAN PADA SYA DAN ,SEBELUM TURUN DAH PESAN PADA SYA PASAL JAWAPAN TEKA TEKI TU
.ITU BAB ANAK ANAK ,BILA BAB SYA PULAK SETIAP KALI MENDENGAR MOTIVASI PAGI TU BERBAGAI PERASAAN BERCAMPUR BAUR SEDIH DAN KERDIL DIRI DAN DI HATI
SETIAP TOPIK YANG DI BINCANGKAN SECARA TIDAK LANGSUNG MENDAPAT ILMU WALAU PUN SEDIKIT
MENDENGAR MOTIVASI PAGI TENTANG ASAS KEHIDUPAN ,
MENDENGAR SIRAH NABI JUNJUNGAN DAN KISAH KISAH TAULADAN
SEGALA BERKAITAN IKIM FM BAGI SYA ADALAH ILMU
WALAU PUN ADA JUGA SLOT SLOT YANG PROMOSI IKLAN
MEMANG SYA TIDAK BERMINAT DAN KALAU SYA TAK TUTUP RADIO,
SYA UBAH SAJA KE RADIO LAIN.
MARILAH KITA BERSAMA BERKONGSI KEBAIKAN BAK KATA ENTRY PAK NGAH
TAK KAN KITA NAK MASUK SYURGA SEORANG DIRI?
SYA GEMBIRA DAN TENANG DENGAN IKIM
SYA MAHU SEMUA KITA MEMANDU DALAM KEADAAN TIDAK STRES, TIDAK LALAI DAN TIDAK KOSONG
SYA HENDAK KITA CERIA DAN MENDAPAT ILMU
SYA HENDAK KITA SEMUA MENDAPAT DOA DARI SEKECIL KECIL IKAN DI LAUT, TUMBUH TUMBUHAN DAN SETIAP KEJADIAN YANG ALLAH TELAH CIPTAKAN DI ATAS SETIAP ILMU YANG KITA PEROLEHI DARIPADA PROGRAM ATURAN IKIM
SEBENARNYA HIDUP KITA INDAH
HIDUP KITA PENUH DENGAN SENYUMAN
SETIAP DUGAAN YANG KITA TERIMA ITU ADALAH DUGAAN YANG ALLAH BERIKAN UNTUK KITA MENDAPAT KEINDAHAN DALAM KEHIDUPAN
ADA RAHMAT ADA HIKMAH ADA PAHIT ADA KEMANISAN
SEMUANYA ADALAH RENCAH DALAM SEBUAH KEHIDUPAN
MAAF YE SYA BUKAN PENULIS YANG HEBAT UNTUK MEMPENGARUHI SESIAPA
CUMA SYA BERHARAP APA YANG INGIN DI KONGSIKAN DAPAT DI PERTIMBANGKAN
BERHIBUR TIDAK SALAH TAPI ADA BATASAN
BERHIBUR DAN MENDAPAT ILMU DUNIA DAN AKHIRAT BAGI SYA ADALAH DI IKIM
SEMOGA KITA SEMUA MENDAPAT MANFAAT DAN KEBAIKAN DUNIA DAN AKHIRAT JUGA INSYA’ALLAH…..
TENGAHARI RABU SEPARA BISU (,")
WALAU PUN DAH PATAH, DAH RIUK.....
DAH BUTA DAH PECAH KEPALA
TAPI......
BILA DI PASANG BATERINYA BUNYI ADALAH
SANGAAATTTTTTTTTTTT...MEMBINGITKAN ....
" IJA COLETTT.... TETTTT...TTTEEEETTTT......"
HEHEHEHE..... MEMANG HEROLAH OTOMEN NIH (,")
BERJUANG HINGGA KE TITISAN TERAKHIR GAYANYA
BERKUMPUL SEKELUARGA DI HUJUNG MINGGU.
hujung minggu lepas barulah sya dapat berkumpul keseluruhan keluarga
adik beradik anak beranak haji atok dan hajjah emak
kami berkumpul di majlis perkahwinan anak buah ayah di Sg Kantan Kajang
kenduri kawin anak alang azmi dan alang ani yang ke-2
Nampaknya si faiz ni melangkah bendul kaedahnya
hehehehe...biasalahkan dah sampai jodoh macam tu lah gayanya.
Mohd Faiz bin Dato Azmi dan pasangan
semoga kekal bahagia ke akhir hayat dunia dan akhirat (,")
masa ni sya bergenang airmata sebab andak dah tua tak larat dah
berpapahlah masa nak menepung tawar anak cucunya :(
pengantin bergambar bersama kedua dua ibu bapanya.
ruang masuk ke tempat bersanding
persembahan dari anak anak kecil
taraaa.....
~
~
~
~
~
~
~
~
~
perantin lamo pun nak berdua duan jugak!!!! (,")
dan akhirnya
~
~
~
~
~
~
~
konon konon keluarga haji ayah dan hajjah mak
nak bergambar dengan semua ahli keluarga
hrmmm...tak jadi jugak bersepah sepah masing masing,
makanya tak cukup keanggotaan jugaklah gambar ni..
sepatutnya ada 29 orang jumlah keseluruhnya
sekian...
hehehehehe.... (,")
sangatlah malas nak mengarang ceritera kaedahnya....
sepatutnya ada 29 orang jumlah keseluruhnya
sekian...
hehehehehe.... (,")
sangatlah malas nak mengarang ceritera kaedahnya....
CERITA RAMADHAN SYA PADA TAHUN INI.
Kenapa tahun ni sya tak cerita pasal suasana berpuasa ,
sebab suasana dan perasaan sya di bulan ramadhan ni bercampur baur
Awal awal bulan ramadhan sya memang murung suap nasi pun tak lalu
terutama waktu sahur, sebab paling utama adalah
- teringgat pada enpakwe sahur apakah dia, macam mana penyediaan sahurnya
- Anak anak dara di asrama, makan apa diorang, makan sahur ke tidak
Anak anak tu yang buat sya hiba sangat sebab setiap kali sahur
sedaya upaya sya akan suapkan diorang berdua makan,
dan tahun ni kesempatan suap mereka hanyalah di hujung minggu
Rasa seronok tengok anak makan dan melihat enpakwe menikmati
sahur dan berbuka puasa walau pun hanya seadanya sahaja.
Setiap hari wajib sya bangun jam 4.30 dan telefon kejutkan enpakwe supaya dapat bersahur
Dan setiap hari sahur sya cuma mampu minum air jaram sebanyak mungkin,
dan kurma
Berbuka puasa pun sya seadanya juga, sebab teringgatkan
mereka mereka yang tersayang makan apalah mereka agaknya ketika berbuka puasa
sedih sampai bergenang airmata
Bila mereka mereka balik di hari jumaat masa tu lah sya rancang menu yang menarik untuk menjamu mereka
Dan di sebabkan oleh menu istimewa yang sya tak pernah masak iaitu ayam percik
sampaikan enpakwe tanya berapa harga sya beli untuk ayam percik itu ,
dan kerana ayam perciklah sya kenal rempah ratus yang bernama ketumbar
Hehehehehe…selalu rempah 3 beradik tu saja yang sya kenal
sekarang bertambah satu lagi jenis rempah ratus
.
Hanya beberapa hari sahaja lagi kita akan meninggalkan ramadhan yang mulia ini
persoalanya bertemukah kita lagi ramadhan yang seterusnya?
BOLEH KAN KITA BERDOA MACAM TU
buat ujian 29 jun lepas
keputusan adalah :Berat :-72 kg
Tinggi 157 index jisim 29
Obesiti tahap 1 25.0-29.9Tekanan darah 127-85
Glukosa 6.6
Kolestrol 4.63
Sya sengal pagi ni, dari jam 4.30 bangun pagi tadi lepas tu telefon enpakwe
kejutkan untuk bersahur,sampai lah sekarang
Tak sambung tidur pun walau selelap, tak tahulah kejab kejab lagi kalau kalau mata ni tertionggg…
sebab mengantuk. Harapnya tidak lah (,”)
sebab mengantuk. Harapnya tidak lah (,”)
Apa yang sya buat dari jam 4.30 tadi ye?
Mari kita semak
Lepas sya makan ermm..makan ke
Rasanya tidak lah sangat sebab tak ada selera,
dan tak best makan sahur sensorang
dan tak best makan sahur sensorang
Sya cuma ambil beberapa sudu bubur lambuk dan
makan sebiji tomato yang sya potong potong
serta minum 5-6 cawan air masak je
makan sebiji tomato yang sya potong potong
serta minum 5-6 cawan air masak je
sebagai tenaga untuk berpuasa hari ini
Lepas tu dalam jam 5, sya mula kemas rumah, sapu sapu dan
basuh kain guna mesin basuhTidak lah menonyoh kain di tepi gigi sungai
basuh kain guna mesin basuh
Lepas tu mandi solat subuh
Dan yang paling tak sangka sya boleh terfikir berdoa macam ni (,”)
Ya Allah turunkan lah berat badan ku di bulan puasa ini
Hehehehehe….boleh kan di masuk kan di dalam doa ;p
Sya cuba nak turunkan dalam 65 ke kalau boleh lah kan?
sebab enpakwe kata dah macam pisang montel
huhhhhh....tak suka!!!!!!!!
DAH MAHAL BENDA ALAH NI SEKARANG
kecik comel je kan?
Sangat terkejut sya sekarang ni harga sebiji kelapa
yang siap di parut adalah rm 2.20
issshhh....apasal mahal sangat ye? dah lah harga tak seragam
dekat kedai lain lain harga nya
dan yang paling murah sya jumpa rm 1.70
hrrrrmmmmmm...kalau gini gayanya nak tanam pokok kelapalah depan rumah
hehehehe....(,")
.RABU dan tidak SEPARA BISU (,")
Pokok tomato ni dah rajin berbunga
malang nya buah tomato tak rajin lekat
syedihhhh..... : (
Petang semalam enpakwe sampai di rumah masa waktu berbuka,
dia buat surprise lah pulak, sudahnya kami berbuka dengan seala kadarlah saja
dan bersahur tentunya nasi goreng
hehehehee.......itulah balik terkejut terkejut lagi
sudahnya terkejut je menu berbuka dan sahur kita ye sayang.............. (,")
sebabnya di rumah sya barang basah memang dah tak ada,
maklumlah yang tinggal cuma sya dengan anak anak kecik saja
MILIK SIAPAKAH TANGAN TANGAN INI?
Agak agak dapat tak di agak antara tangan tangan dan jejari runcing tu
yang mana satu milik sya?
hehehehe...........
maaf ye en3 tak seberapa ni sebab mengantukkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk...........sangat
al maklumlah bulan ramadhan wajarlah kita bangun sepagi yang pagi daripada biasa (,")
yang mana satu milik sya?
hehehehe...........
maaf ye en3 tak seberapa ni sebab mengantukkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk...........sangat
al maklumlah bulan ramadhan wajarlah kita bangun sepagi yang pagi daripada biasa (,")
Subscribe to:
Posts (Atom)







































