Monday, February 4, 2013 By: kasih ibu jua

BERGADUHLAH PUAS PUAS YE ANAK!!!!!!!

Macam dah penat dan bosan sangat layan karenah anak bunyi tajuk tu kan?
E3 yang tidak bergambar
cuma bayangkan sajalah ye
watak utama si hero Muhammad Ariq dan Kakak Chantik Nur Athirah
watak sampingan ibulah..siapa lagi

Lokasi dalam perjalanan balik ke Jarom
Dah menjadi rutin sya dan enpakwe sejak setahun nan lalu,
kalau hujung minggu memang kena bergerak
kalau tidak kami berkumpul di jarom, sya balik di rumah MIL tak pun kami berkumpul di desa puteri
ceritanya macam ni
Masa tu  sya dalam perjalanan balik ke jarom dari rumah MIL

hari ahad lepas isyak sya mula bergerak balik
bila memandu dalam keadaan anak anak bergaduh ,menangis,mengadu
weeeiiiii...terbakar kesabaran mak nih

memula ok lagi cakap dengan diorang
tolonglah anak anak janganlah bergaduh, menangis, mengadu
ibu sedang memandu ni, tolonglah

Diam kejab, lepas tu bergaduh lagi, mengadu lagi, menangis lagi
dah tak tahan dah ni
ibu dah marah dah ni

Last last ibu jadi bini tarzan
Diammmmmm!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Lagi sekali kakak dan abang bergaduh bising, ibu turunkan dekat tempat gelap tu
biarlah ,ibu tak peduli geram dah nih
ibu nak bawak kereta, janganlah bergaduh faham tak?



Diam lah sekejab beberapa minit
lepas tu bergaduh lah lagi, berbunyi lah lagi, menangis dan mengadulah lagi

Masa ni ibu dah malas nak layan
ibu diiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaammmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm.......
saja, ibu buat tak dengar, ibu buat tak tahu


KC bercakap ibu buat tak tahu
Abang ariq bercakap, ibu buat tak tahu jugak

dua beradik ni berusahalah memujuk ibu  sedaya upaya
nak dengar jugak  mulut  ibu bersuara


yang ibu ni buat tak tahu saja, buat tak dengar saja
last last si KC cakap gini

KC: Abang...ibu marah dengan kita
Ibu tak nak bercakap dengan kita
Ibu tak sayang kita

Nak tahu apa si bujang ni buat?

tetiba sya dengar suara abang ariq .......

Assalamualaikummmm....ibu?

ibu diam lagi

Assalamualaikum........ibu.?

Ibu diam lagi tapi dalam hati dah gelak guling guling dah
rasa nak peluk cium dah diorang tu
tapi ego kan?

Assalamualaikum ibu?

Aduhai...last last ibu lomah dongar eh..............
pandai betul anak syurga ni memujuk ibu
habis camno?

Bila ingatkan balik perangai anak anak ni
boleh senyum sorang jadinya kan?





11 jeJari meNulis:

makchaq said...

Anak sulung & no dua makchaq macam ni jugak masa kecik2 .. kuat bertekak.. depa lebih kurang sebaya.. beza umuq 2 tahun setengan ja..
yang bawah2 ni dah tak gaduh sebab tak dak geng nak gaduh.. yang atas dah ceredik..

atuk said...

Assalamualaikum

Alhamdulillah
tanda2 anak soleh dan solehah

Cho Zila said...

ha.. ha.. memang samaler ngan anak2 akak.. memang sifat anak2 gitukan.. kita yang emak dan bapak kena pandai yerk.. alamak terasa kurang ilmu...

ibuintan said...

semasa anak-anak akak masih kecil dulu akak pernah berhentikan kete di jalan bukit putus dan paksa anak2 turun sebab mereka beegaduh dlm kete... menangis merayu masing2 dan sejak tu mereka tak pernah buat lagi

Hanis Azla said...

salam..

amboi.. bijak betul dia pujuk ibu dia kan.. anak2 mmmg macam tu.. itulah racun itulah penawar hati kita kan..

azieazah said...

Kalu saya, saya berenti jer kat tepi jalan, gertak nak tinggalkan depa. hahahaha

Pokok Manggis Depan Rumah said...

anak-anak..macam ni la kerja mereka di berdekatan. :-)

azhariahzuber said...

X jeb salam berdosa. Haha

gadisBunga™ said...

hahaha!!! nak tak nak kene jawab! hahahaa!!!

wahida said...

bijak sungguh!! tersenyum2 saya baca kak..

Kakcik Seroja said...

Wakakaka...