kakak janji.....kakak tak buat lagi....
ibu sayang kakak kan?
ibu, ibu..jawablah...............
ibu sayang kakak kan?
------------------------------------------------------------------------
hehehehehe...
seronok jugak membuli anak ni....
tp syahdunya, mendayu dayu si KC mintak maaf dan tanya sayang dia ke tidak
Kisahnya macam ni, si KC ni kadang kadang dia suka buli enariq, terutama masa enariq tidur,
dia mungkin balas dendam kot.
sbb enariq dah mula membuli kakak kakak dia terutama si KC
Enariq sedang tidur, baru tidur pun, tetiba si KC dah duduk atas adik dia, lepas tu kejut bangun
kawan tu belum puas tidur, apa lagi menangis melalak lah
lepas tu sya marah si KC, marah sikit je pun, tp drama si KC dengan ibu,
macam ibu memang tak sayangkan dia
-----------------------------------------------------------------
KC 1
-----
Sya sedang kemas kemas baju baju yang nak di asingkan, memana yg dah tak mahu pakai lagi tu
si KC dah menyelongkar habis yg kita asing jadi bercampur, sya dah geram sangatkan
lepas tu suruh dia ambik kerusi
KC: nanti kakak ambik ye
Ibu: cepat sikit, nanti ibu nak rotan tangan sikitttttttttt saje
KC: sikit aje ye bu
ibu: ok.sikitttt saja.
Kc pun ambik kerusi nak ambil rotan dan serah pada sya sambil hulur tangan kata
sikit aje ye bu...
sya pun pegang tangan dia , bukan pukul sangat pun, cuma letak dan tarik je rotan tu, tp dia punya raung
ibu...sakit..berdarah tangan kakak
sakit bu......
nampak tak ayat dia ? berdarah tangan kakak
aduhai...lelebih betul anak dara ni.
Lepas tu sya katalah, berdarah ye, jom kita pergi hospital biar doktor jahit.
KC 2
------
KC main air dalam bilik air, siap ada cawan sekali tu,
lepas tu enpakwe kata
Atrah...............tolong ayah ambik kerusi ye?
KC:Nak ambik rotan ye ayah?
enpakwe: ia, tolong ambik rotan ye, ayah nak rotan sikit
KC:sikit saje ye
enpakwe: ok..............
KC ambik rotan dan terus hulur pada enpakwe
sambil hulur tangan,
enpakwe pun buatlah macam sya buat tu
nak tahu reaksi dia?
Lepas enpakwe rotan sambil cakap jangan main air dan serah rotan untuk di simpan
KC terus sambung main air lagi
-----------------------------------------------------------------------
kenapa reaksi dia tak sama kalau sya rotan dengan ayah merotan?
sampai sekarang tak ada idea kenapa
mungkin sbb dia manja dengan sya kot
ialah kalau nak susu, dia mintak sya buatkan
kalau nak tidur, celah keti
kalau usik telinge sambil minum susu , cari telinge ibu
-----------------------------------------------------------------------
KC 3
------
masa tu dalam kereta ibu dah marah kc sbb kejab duk depan,
kejab duk belakang, ibu dah rimas kan
sya marahkan dia, lepas tu nak tahu dia cakap apa?
ibu comellllllllll....
ibu cantik.............
ibu baik.............
dia duk ulang ulang sambil usap pp sya
habis nak marah camno?
KC 4
------
KC sedang main main sendiri di ruang tamu
lepas tu enariq dah kacau si kc
memula enariq rebut barang, kc pujuk enariq janganlah ambik mainan kakak
enariq tak puas hati, tarik barang lepas tu tangan pukul kc
kc cakap, janganlah pukul kakak, nanti kakak sakit, nanti berdarah nanti
enariq tarik rambut kc, kc cakap janganlah tarik rambut kakak,
nanti rambut kakak jadi macam rambut ariq (rambut pendek pacak)
tp dia tak lawan pun, ada kala dia melawan juga bila enariq buat tu, adakala dia mengalah jugak
KC5
----
anak dara berdua (ayong ika) tu marahkan enariq kacau diorang,
lepas tu si kc cakap dengan kakak kakaknya
janganlah buat adik kita
nanti adik kita mati
kakak tak ada adik nanti........
alahai sangat terkedu dengan ayat dia
tp itulah si KC yang banyak mulut,banyak tanya
segalanya.
ayat yg keluar dari mulut tu,
kita terfikir dia ni macam diajar je bercakap
walupun sebenarnya tidak.......
the endnya adalah
adakah semua anak anak yang sebaya si KC banyak mulut dan begitu karenahnya?
7 jeJari meNulis:
sya..
Kc perlukan perhatian... bila dapat adik 'boy' lglah dia rasa tergugat.. itu yg dia bersikap begitu...
mana2 pun anak2 ni sama... hati mereka masih tulus suci murni......
Salam Ramadhan Sayang Ibu
umur yg sama dgn KC
sememangnya begitu
kita kena layang
kalau asik marah dia jer
nanti, dia tak banyak soal
Wasalam
hahahaa. teringat GB masa zaman kecik2 dulu..alahai terkena kat batang hidung....
kelakar boetul dialog2 si kc ni.. boleh buat drama...
salam sya..comelnya..manja betul KC...pandai bodek ibu..memang ibu tak jadi marah kalau macam tu..
mak saya cakap..anak2 kecik sekarang sgt pandai bercakap berbanding org dulu dulu..mebi faktor persekitaran ..
Post a Comment