Tuesday, October 9, 2012 By: kasihibu

KITA PANJANGKAN PERKARA YANG MEMBAWA KEBAIKAN


CATITAN  HARI INI ADALAH PANJANG SEDIKIT DARIPADA BIASA
SYA CUMA INGIN BERKONGSI PENGALAMAN  SYA SENDIRI 

SEBELUM INI SYA SELALU MENDENGAR RADIO APA APA SAJA
 YANG BUATKAN SYA RASA SERONOK DAN TIDAK BOSAN SEMASA MEMANDU

DULU MASA ANAK ANAK DARA DI BAWAH TANGGUNGJAWAB  SYA MENGHANTAR DAN MENGAMBIL MEREKA DARI  SEKOLAH  SYA SELALU DENGAR RADIO .....…

SYA PERASAN SETIAP KALI WAKTU WAKTU BERADA DI DALAM KERETA TU
MEREKA AKAN MENGIKUT MENYANYI NYANYI LAGU YANG MEREKA SUKA DENGAR
BUKAN ANAK ANAK ANAK ANAK SAJA, MALAH SYA JUGAK

JADINYA MACAM MEMANG TERLEKA SANGAT GAYANYA
.BAYANGKAN LAH KALAU SEMASA DALAM PERJALANAN TU ADA TERJADI APA APA YANG TIDAK DI INGINI,
KAMI SEMUA DALAM KEADAAN TERLEKA,
MASYA'ALLAH….SANGAT TIDAK BETUL PEMBAWAKAN SYA TERHADAP ANAK ANAK KAN? 

SEHINGGALAH SUATU HARI SYA  UBAH  KE RADIO IKIM FM,
SETIAP PAGI SEAWAL JAM 7.00 TU AKAN ADA DOA DI AWAL PAGI.
BETAPA SEJUK HATI  BILA ANAK ANAK SEKECIL ABANG ARIQ
BOLEH MENGIKUT APA SAJA DOA ATAU BOLEH MENDENGAR APA SAJA PERKONGSIAN
YANG DJ  DJ SEDANG BERTUGAS ITU

DAN SERONOK BILA MENDENGAR MULUT  MULUT SI KECIL BERTANYA APA YANG MEREKA TIDAK FAHAM ATAU APA SAJA PERKATAAN BARU YANG  MEREKA TAK PERNAH DENGAR

BETAPA SERONOK BILA MEREKA LANCAR MEMBACA DOA WAKTU DHUHA
BETAPA LANCAR ABANG ARIQ DENGAN IKLAN AL- BAGDADI  “SYA SUKA DENGAR ABANG ARIQ KATA SEMOGA KITA MATI DALAM IMAN BU”

SUKA CERIA DI SEPANJANG PERJALANAN  BERSAMA ANAK ANAK
TERUTAMA CERIA PAGI BAB TEKA TEKI
MENCARI JAWAPAN DAN ANAK ANAK MENUNGGU JAWAPAN,

KALAU DIORANG TAK SEMPAT MENDENGAR JAWAPAN TEKA TEKI TU, BALIK SEKOLAH MESTI BERTANYA JAWAPAN PADA SYA DAN ,SEBELUM TURUN DAH PESAN PADA SYA PASAL JAWAPAN TEKA TEKI TU

.ITU BAB ANAK ANAK ,BILA BAB SYA PULAK  SETIAP KALI MENDENGAR MOTIVASI PAGI TU BERBAGAI PERASAAN BERCAMPUR BAUR SEDIH DAN KERDIL DIRI DAN DI HATI SETIAP KALI MENDENGAR PANDANGAN DAN PENDAPAT YANG DI UTARAKAN

SETIAP TOPIK YANG DI BINCANGKAN SECARA TIDAK LANGSUNG MENDAPAT ILMU WALAU PUN SEDIKIT
 MENDENGAR MOTIVASI PAGI  TENTANG ASAS KEHIDUPAN ,
MENDENGAR SIRAH NABI JUNJUNGAN  DAN KISAH KISAH TAULADAN

SEGALA BERKAITAN IKIM FM BAGI SYA ADALAH ILMU
WALAU PUN ADA JUGA SLOT SLOT YANG PROMOSI IKLAN
MEMANG SYA TIDAK BERMINAT DAN KALAU SYA TAK TUTUP RADIO,
SYA UBAH SAJA KE RADIO LAIN. 


MARILAH KITA BERSAMA BERKONGSI  KEBAIKAN BAK KATA ENTRY PAK NGAH
TAK KAN KITA NAK  MASUK SYURGA SEORANG DIRI?
    

SYA CUMA INGIN BERKONGSI
SYA GEMBIRA DAN TENANG DENGAN IKIM

SYA MAHU SEMUA KITA  MEMANDU DALAM KEADAAN TIDAK STRES, TIDAK LALAI DAN TIDAK KOSONG

SYA HENDAK KITA CERIA DAN MENDAPAT ILMU
SYA HENDAK KITA SEMUA MENDAPAT DOA DARI  SEKECIL KECIL IKAN DI LAUT, TUMBUH TUMBUHAN DAN SETIAP KEJADIAN YANG ALLAH  TELAH CIPTAKAN DI ATAS SETIAP ILMU YANG KITA PEROLEHI  DARIPADA PROGRAM ATURAN IKIM

SEBENARNYA HIDUP KITA INDAH
HIDUP KITA PENUH DENGAN SENYUMAN

SETIAP DUGAAN YANG KITA TERIMA ITU ADALAH DUGAAN YANG ALLAH BERIKAN UNTUK KITA MENDAPAT KEINDAHAN DALAM KEHIDUPAN
ADA RAHMAT ADA HIKMAH ADA PAHIT ADA KEMANISAN

 SEMUANYA ADALAH  RENCAH DALAM SEBUAH KEHIDUPAN

MAAF YE  SYA BUKAN PENULIS YANG HEBAT UNTUK MEMPENGARUHI SESIAPA
CUMA SYA BERHARAP  APA YANG INGIN DI KONGSIKAN DAPAT DI PERTIMBANGKAN

BERHIBUR TIDAK SALAH TAPI ADA BATASAN
BERHIBUR DAN MENDAPAT ILMU DUNIA DAN AKHIRAT BAGI SYA ADALAH DI IKIM

SEMOGA KITA SEMUA MENDAPAT MANFAAT DAN KEBAIKAN  DUNIA DAN AKHIRAT JUGA INSYA’ALLAH…..




8 jeJari meNulis:

Daddy Ziyyad said...

Benar..saya pun dgr IKIM FM..Especially slot petang jam 5.15pm, dari Isnin - Jumaat mmg penuh dgn pengisian berfaedah...Slot Mukmin Professional ( Mon)..slot Muamalat Islam ( Wed)..slot Islam AgamaKu ( Thurs)...dan Ad Daurah ( Fri)...6.30 am setiap weekday pun ada slot tafsir Al Quran dgn Ust Zahazan yg sangat berguna...Benar, IKIM FM byk siarkan iklan2 yg saya pun kadang kala naik muak dgr...bila tiba bab iklan, saya tutup radio, or guna masa tu dgr radio lain..

mak encik | SZ said...

InsyaAllah kak...kita slaing ingat-mengingatkan ... dan menyampaikan ilmu yg bermanfaat kan ...
tq kak! :)

Acik Erna said...

assalam Sya..insyaallah..acik dan adik memang dah lama mendengar radio IKIM..siang aatu malam

makchaq said...

Betul tu Sya..lagipun kanak2 memang cepat mengikut.. Kalau benda baik yg disogokkan itu lah yg diikut, begitu jugak sebaliknya..

al-lavendari said...

mula2 sekali terima kasih kerana letak muka pakngah dan link ke blog pakngah.

dulu masa kerja masa pergi dan balik, pakgah akan dengar radio ikim, tapi sejak dah pencen ni dah tak dengar lagi. bahkan radio pun tak tahu letak kat mana.

Ibu n Abah said...

sya...
kiranya memang bagus dikongsi..
akak pun suka dengar ceramah ugama dalam radio ikim setiap pukul 730pagi..

Cho Zila said...

lama tak dengar radio sejak merempit gi opisni..
dulu memang radio peneman gembira... kalau jem memang gembira...

Dinas Aldi said...

Perkara yg baik memang patut dikongsi bersama :)