Saturday, August 11, 2012 By: kasihibu

CERITA RAMADHAN SYA PADA TAHUN INI.

Kenapa tahun ni sya tak cerita pasal suasana berpuasa , 
sebab suasana dan perasaan sya di bulan ramadhan ni bercampur baur

Awal awal bulan ramadhan sya memang murung suap nasi pun tak lalu 
terutama waktu sahur, sebab paling utama adalah

 - teringgat pada enpakwe sahur apakah dia, macam mana penyediaan sahurnya
 - Anak anak dara di asrama, makan apa diorang, makan sahur ke tidak

Anak anak tu yang buat sya hiba sangat sebab setiap kali sahur
sedaya upaya sya akan suapkan diorang berdua makan, 
dan tahun ni kesempatan suap mereka hanyalah di hujung minggu

Rasa seronok tengok anak makan dan melihat enpakwe menikmati 
sahur dan berbuka puasa walau pun hanya seadanya sahaja.

Setiap hari wajib sya bangun jam 4.30 dan telefon kejutkan enpakwe supaya dapat bersahur
Dan setiap hari sahur sya cuma mampu minum air jaram sebanyak mungkin,
dan kurma

Berbuka puasa pun sya seadanya juga, sebab teringgatkan
mereka mereka yang tersayang makan apalah mereka agaknya ketika berbuka puasa
sedih sampai bergenang airmata

Bila mereka mereka balik di hari jumaat masa tu lah sya rancang menu yang menarik untuk menjamu mereka
Dan di sebabkan oleh menu istimewa yang sya tak pernah masak iaitu ayam percik
sampaikan enpakwe tanya berapa  harga sya beli untuk ayam percik itu ,
dan kerana ayam perciklah sya kenal rempah ratus yang bernama  ketumbar
Hehehehehe…selalu rempah 3 beradik tu saja yang sya kenal 
sekarang bertambah satu lagi jenis rempah ratus 
.
Hanya beberapa hari sahaja lagi kita akan meninggalkan ramadhan yang mulia ini
persoalanya bertemukah kita lagi ramadhan yang seterusnya?


28 jeJari meNulis:

Yasminhamid said...

Assalamualaikum...memang rasa serba kekurangankan bila berbuka dan sahur tanpa ahli keluarga yang lengkap? Semoga syawal nanti dapat bergembira kerana semua akan ada di sisi. SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN KAK SYA...dari saya sekeluarga..

Ibu n Abah said...

Ajal maut ditangan ALLAH..
entah2 Raya ni pun kita tak tahu lagi sempat atau tidak nak raikan bersama, kan????

Dr Singa said...

alooohhh...
sedih lak baca..

saya kenal ketumbar tapi!
kalau ada tulis kat label dia laa..

mak encik | SZ said...

Allah maha mengetahui segala yang berlaku kak...
moga ada sinar di hujung sana ...

bila kita lihat kegembiraan orang lain mmg boleh menambah kesedihan kita, tapi bila kita muhasabah diri semula mungkin apa yang kita lihat / tersurat tak menggambarkan apa yang tersirat ...

Sheherazade said...

Assalammualaikum,jgn bersedih ya

semoga kita diizinkan Allah bertemu ramadhan lagi,amin

Dinas Aldi said...

Sayunya baca entri ni..Semoga tabah menghadapi dugaan dariNya ini..

sal said...

selamat menunaikan ibadah puasa..beberapa hari lagi hendak meninggalkannya rasa syahdu pula..

Kakcik Seroja said...

Andai ini Ramadhan terakhir buat kita, mudah2an adanya adalah yang terbaik...

Acik Erna said...

assalam sya..setiap ramadhan memang perasaan sayu sentiasa ada walaupun bersama keluarga.
sya..nanti akak call sya bila dah sampai kerumah hari raya pertama tu ye..sebaba waktu pagi nak kerumah abang2..rasanya lepas asar dah ada dirumah

rieda_ffya said...

InsyaAllah pjg umur kite akan jumpa ramadhan lagi..

kasihibu said...

min
----
sangat sayu terasa sunyi satu hal juga
tengahari tadi mereka dah balik dan tentunya ada bekalan juga untuk diorang berbuka puasa
selamst menyambut syawal buat min sekeluarga maaf andai ada terasa hati secara tidak sedar di sini

kasihibu said...

akak
-----
betul sangat tu sya setuju ,sepupu sya last kami jumpa masa mak dan ayah hendak ke mekkah dan baru khamis lepas meninggal dunia sedangkan kami setiap tahun saling menziarahi di hari raya

kasihibu said...

min
----
w.salam..

kasihibu said...

doc
-----
;-) macam2 rasa bercampur baur
kira hebatlah kenal kita je baru kenal siap simpan label tu dlm bekas isi ketumbar tu hehehe.... malu rasanya:-P

kasihibu said...

mak encik
-----------
betul tu semua yang berlaku ada hikmah dan ada perkara yg tersirat
cuma kita yang tak sedar perkara2 tu.

kasihibu said...

peri pia
--------
terima kasih....
mudah mudahan kita di beri kesempatan lg kan?

kasihibu said...

dinas aldi
------------
terima kasih...selamat berpuasa dan selamag menyambut lebaran yg akan tiba

kasihibu said...

kak sal
--------
selamat berpuasa juga dari sya sekeluarga

MulutPayau said...

sayu jer baca ntry sya....

Semoga kita dipnjngkan umur dan akan bertemu Ramadhan yg akan datang...

kasihibu said...

kakcik
-------
mudah mudahan begitulah hendaknya

kasihibu said...

acik erna
-----------
w.salam kelebihan ramadhan macam macam kita rasa
Insya'allah...sebab kami x jd balik sg petani mil kata raya di sbn saja tahun ni

kasihibu said...

rieda_ffya
-----------
insya'allah mudah mudahan....

Temuk said...

KASIHIBU
Alahai.... hiba pula Pakcik baca entri kasihibu tu. Nak gugur airmata ni... Sebab itu adalah entri mengenai isihati ibu dan isteri yang amat murni! Tapi, usah bersedih terusanlah, ya. Semoga kita memperolehi dari Allah banyak rahmat, pengampunan, dan pembebasan dari neraka-Nya.

kasihibu said...

MP
-----
Mudah mudahan kita akan mendapat peluang untuk ramadhan seterusnya
Amin....

kasihibu said...

Pakcik temuk
---------------
Terima kasih memahami apa yg sya rasa,ibarat naluri seorang ayah memahami anak nya
pengalaman sya terpaksa berjauhan dengan
keluarga memang menduga sampai sya rasa macam bersalah sangat bila fikirkan sya tidak dapat menjaga makan pakai suami dan anak anak sepanjang masa dengan sempurna
apalagi bila mendengar keluhan anak anak sedih dihati dan
apalagi bila melihat anak anak berselera di suap ketika bersahur dan mengatakan suka dan rindu di layan begitu

Cho Zila said...

ala sedih lak bacanyer... gituler perasaan seorang ibukan...
emak kita dulupun gituler kalau anak berkumpul semua nak dimasaknyer..

Darling Pya said...

sedih bila mengenangkan Ramadhan dah nak abis :(

sekadar satu coretan said...

sedih la bacenya ni..
tetiba jd sebak la plk...

selamat menyambut hari raya dari saya..maaf dipinta jika terdapat silap dan salah...maaf zahir dan batin..