Sunday, January 27, 2013 By: kasihibu

SEGALA GALANYA TENTANG MAK DAN AYAH ADALAH TERBAIK DALAM HIDUP SETIAP ANAK ANAK KAN?


ayah dan mak tersayang

Masa kekecik dulu sya suka sangat dapat mandi dengan mak,
paling sya suka bila mak jirus badan dia, sya akan tadah badan mandi dengan mak, 
seronoknya….
Tidur dekat mak, peluk badan mak….
Best kan?
jumaat lepas  sya balik kampong, kebetulan ayah pergi bercuti cuti ke Langkawi, 
makanya dapatlah sya tidur peluk peluk mak seronok sangat sambil  kami berbual bual sampai ke pagi

Sya tidur dengan KC dan mak , abang ariq sya hantar tidur dekat enpakwe hehehehehee…
bukan selalu kan?

Sya dah lama berhajat untuk mencoretkan cerita tentang emak sya tersayang
Emak sya umurnya sekarang adalah 63 tahun, 
di usia emas macam ni hati seorang  ibu memang mudah tersentuh,
mudah mengalirkan airmatanya

Sya sedih bila tengok air mata mak keluar
Biasakan kalau mak ayah kita ni bila anak anak cucu balik
riuh rendah meriah lah rumah mereka, tapi bila lepas sekeluarga sekeluarga beransur balik,
bermula lah episode airmata

Kesian dan sangatlah tidak sampai hati sya melihat  begitu.
Emak sya di usia sekarang kesihatan adalah turun dan naik, 
sekejapan sihat sekejapan tu sakit menimpa

Tambahan lagi mak adalah pengidap kencing manis tahap insulin
Alhamdulillah walaupun begitu mak masih mampu untuk berpuasa di bulan Ramadhan
Masih mampu bersolat walaupun terpaksa duduk di atas kerusi

Sebab itulah sya dah lama  teringin untuk memanggil aunty nani  dengan panggilan mama
Bila mama update status di fb, tentang keadaan kesihatan beliau,
sya memang akan teringat pada keadaan mak
Sya tidak lah selalu atau kerap sangat balik ke kampong 
dalam sebulan adalah 2 kali sya melawat mak dan ayah

Bila dah gerak dari sini petang makanya wajiblah sampai di kampong mak dah tidur
Bila dah sampai sya akan jengok mak dulu,
sya periksa tapak kaki mak ke dua dua belah,
memastikan tiada luka atau pun keadaan kaki mak bersih tiada habuk atau pun sebarang kotoran

Dalam keadaan sekarang deria rasa sakit mak adalah tidak sensitive, 
kadang mak tak sedar pun ada luka pada tapak kaki mak

Sangat bahaya, ada sekali dah lama tahun lepas
Mak tak sedar ada nanah di tapak kaki mak,
Itu pun sebab sya balik dan  periksa kaki mak,

Sya akan cium dan hidu bau tapak kaki walau pun tidak ada luka
sebab sya nak pastikan tiada bau yang mungkin ada nanah di tapak kaki mak

Bila sampai tahap  insulin mata pun  jadi kurang nampak,
jalan jauh, duduk lama lama buat kerja sikit pun dah  mula terasa penat
Kesian mak…… : (

Sya teringin nak jaga mak  ayah dan tolong uruskan kehidupan mereka, 
tapi sya tidak mampu sepenuh masa sebab kengkangan masa dan tugas terhadap kerjaya

Apa pun  sya cuma mampu mendoakan kesejahteraan mereka berdua ayah dan mak sya
Semoga mereka berdua di beri  kesihatan yang baik 
untuk memudahkan mereka berilmu dan beramal soleh 
serta di ampunkan kesalahan kesalahan mereka

Sya sangat…sangat…sangat…sangat…sayangkan mereka berdua
Mak dan ayah kita tidak akan ada  galang gantinya ,
mereka tetap satu ,mereka tetap utama , mereka tetap  paling penting dalam kehidupan setiap anak

Mak dan ayah adalah penawar
Kalau kita kekusutan/ ada masalah atau apa saja tekanan cubalah telefon hubungi mereka,
Dapat mendengar suara  pun dah menjadi penawar  pada kita

Tapi yang paling tidak best adalah
Bila kita tanya tentang kesihatan mereka
mana pernah mereka  akan menjawab sebetulnya keadaan mereka
Jawapan yang kita terima bila  di tanya mestilah sihat..walafiat  walaupun sebaliknya

Sya bertuah kerana mendapat suami seperti  enpakwe
yang selalu mengingatkan sya supaya tidak skip berkongsi rezeki setiap bulan pada mereka berdua
Alhamdulillah sejumlah rezeki  yang sya dapat sya boleh kongsikan pada mak dan ayah.

Walupun begitu  jasa dan bakti mereka memang tidak boleh di nilai dengan wang ringgit
Marilah kita hargai  mereka , marilah kita gembirakan mereka ,marilah kita kasihkan mereka

Di samping kita menghargai ibu dan ayah sendiri jangan di lupa juga pada ibu dan ayah mertua kerana martabat mereka berdua adalah sama tarafnya

*peringatanuntuksemua dan juga dirisendirijuga*


7 jeJari meNulis:

Acik Erna said...

assalam sya..alhamdulillah sya masih ada kedua ibubapa untuk sya berbakti dan menyanyanginya

nik ros said...

byk jasa diorg kat kita kan. baca entry ni terus ingat kat Ma dan ayah nik.

setuju. selalu kalau ada masalah mmg ma la tempat mengadu. kalau happy2 pun nak ma gak yg dulu tahu..hehe

Temuk said...

Assalam. Apa yang kasihibu lakukan untuk ibu (dan juga ayah) itu amatlah mulia sekali. Selagi mereka ada.... selagi mereka ada.... teruskanlah berbuat baik kepada mereka dalam apa bentuk dan cara pun. Kita lakukan kerana Allah, kerana Dia yang menyuruh kita berbuat demikian. Ganjarannya, insyaAllah, di dunia pun dapat kita rasakan.

Yunus Badawi said...

Eja anak yg baik. Balik kampung sebulan 2 kali pun dah rasa terlalu lama jaraknya. Ada org dua bulan sekali nak balik kampung pun susah.

Syurga di bawah tapak kaki ibu. Saya terharu mcmana eja mengambil berat kesihatan ibu sehingga sanggup mencium tapak kakinya utk memastikan ianya betul2 dlm keadaan bersih dan sihat.

Semoga mereka berdua dipanjangkan umur dan dilimpahkan kesihatan yg baik.

Daddy Ziyyad said...

Betul...cakap ttg ibubapa..kita mudah tersentuh...apatah lagi bila mereka dah berumur...kita cuba sebaik mungkin berbakti utk mereka selagi ada umur ni...

che mid said...

Lamaaaaanya tak singgah sini.. apa kabar dik.. syian kucing tu kena dera ya..

ainnoraini said...

saya ada mak jer...sekarang ni mak saya pun semakin uzur..