Friday, November 30, 2012 By: kasih ibu jua

KITA CERITA SATU PERSATU YE?(,")


Hari Isnin akhir sekolah adalah hari kecemerlangan sekolah  tadika KC
Jadinya sya pun hadirkan diri nak melihat muka seronok KC ambik hadiah 

sebagai sebahagian daripada pelajar cemerlang tempat-3 tahap umur 5 tahun.
Oklah tu ye sayang...sebagai permulan untuk keseterusnya Insya'allah

Diantara gambar gambar yang sempat sya ambik(,")

Seronoklah sya tengok anak anak kecil tu,ceria gembira diorang semua.

Hari khamis minggu akhir tu pulak adalah hari kecemerlangan
 anak anak dara berdua tu
Sya  dan enpakwe sempat juga menghadirkan diri
 untuk memberi sokongan dan menceriakan hati anak anak

sebahagian daripada gambar gambar yang dapat di kongsi

berbaju pink tu kak ngah  dapat tempat ke-2 dalam kelas 
dan mata pelajaran terbaik
  dan ayong berbaju purple ayong dapat 6 hadih dan 
ini di cemburui oleh si kak Ngah, 
tambahan pulak ayong di lantik menjadi pengawas sekolah..
lagilaaahhhhh...di cemburui oleh si kak ngah(,")

anak anak dara ni ada buat persembahan di atas pentas 
 sebab tu tak pakai baju sekolah masa ambik hadiah
sya seronok tengok anak anak berdua tu 
 naik pentas berkali kali untuk ambik hadiah 


Lepas acara tersebut anak anak semua di benarkan balik
 dan maknaya hari jumaat mereka dah bermula cuti sekolah.
main susun je beg harta benda diorang dalam kereta itu penuh bonet dan
lipat sebaris  tempat duduk nak letak barang barang milik diorang tu

Sebenarnya ada perkara yang buat sya
sungguh...sungguh rasa terharu
 pada hari khamis ni , 
Bila dah selesai semua acara tu ,
sya dan enpakwe berjumpa dengan guru guru 
untuk ucapkan terima kasih dan bersalam salaman

sepanjang anak anak dara sya bersekolah
dah 2 buah sekolah mereka bertukar
  sekolah petasih ni adalah sekolah yang ke-3
Belum pernah ada seorang guru yang sya jumpa, bagi tahu pada sya

Nanti tolong jangan tukarkan anak anak ni sekolah ye puan,
sebab anak anak ni pandai dan senang di ajar 
saya dah berjanji dengan anak anak puan untuk
 membantu mereka tahun depan

Terima kasih pada Cikgu Ummi dan guru guru yang lain 
 di atas perihatin dan kasihsayang
 mereka pada pelajar pelajar dan terutamanya
 pada anak anak dara sya berdua tu

Bergenang airmata sya bila seorang cikgu berkata macam tu pada sya
memang sya terharu sangat dengan perhatian yang cikgu tu berikan

Bila sya bersalam dengan guru penolong kanan pun ,
cikgu tu perasan anak anak sya naik ke pentas ambil hadiah
Buat ayong dan kakngah...
tingkatkan prestasi anak anak
semuanya adalah untuk kebaikan anak anak juga ye..

ibu dan ayah sayang..sayang..sayang..dan tersangat sayang pada anak anak
terima kasih di atas segala galanya...

ok...nanti kita bersambungan lagi yep(,")



8 jeJari meNulis:

Cho Zila said...

alahai bestnyer punya anak yang membahagiakan.. semoga diaorang akan terus cemerlang hingga akhirnya...

Nurul Ain said...

tahniah kak dpt anak-anak yg bijak

Kakzakie said...

Tahniah dari auntie Ayong dan Angah. Moga prestasi berterusan. Insya-Allah tahun berikutnya Angah pun boleh jadi pengawas juga. Angah masih kecik lagi..

makchaq said...

Tahniah kepada anak2 Sya dan Sya dan en pakwe juga..
Kejayaan anak2 memang membahagiakan ibu bapa..

kasihibu said...

cho zila
---------
amin....terima kasih dik
semoganya mcm tulah..

kasihibu said...

nurul ain
-----------
terima kasih..ada masanya diorang liat juga nak belajar

kasihibu said...

kakzakie
----------
terima kasih kak...
ayong dan kak ngah memang selalu bersaing, kadang ayong lebih dari ika kadang sebaliknya
lepas tu cemburu cemburulah diorang berdua tu

kasihibu said...

makchaq
----------
terima kasih makchaq
sya tumpang seronok tengok diorang gembira