Wednesday, June 13, 2012 By: kasihibu

KENANGAN MELATIH SI KECIL KE TANDAS

nak  selit jugak gambar abang ariq 
masa peha gebu gebu di usia 5bulan++(,")

Baca cerita pasal pengalaman ibu ibu memisahkan anak anak menggunakan lampin pakai buang
adalah sangat menyeronokan

Sebab memang mecabar kesabaran ibu ibu sementara menunggu anak kecil menjadi mesra tandas
Sya ada 4 orang anak, 3 perempuan dan seorang lelaki buat masa ini lah,
sementalah umur tahun ini adalah 39 tahun, untuk menambah lagi bilangan anak anak adalah satu kemungkinan yang sangat sedikit peratusanya

Seronok dan mencabar mengasuh anak anak menjadi mesra tandas
adalah pada awal awal kita mengatur mereka
Ayong dan Ika mesra tandas pada usia 2 tahun,
sebab mereka berdua selain daripada membesar dengan sya dan enpakwe ,
siang hari mereka membesar di Taska Juwitaku di Seksyen 20 Shah Alam

Dan yang paling bagusnya antara peraturan di taska tersebut
anak anak berusia 2 tahun akan di latih menjadi mesra tandas
Sya sangat tidak menyangka seawal itu sya sudah boleh kurangkan perbelanjaan
penggunaan lampin pakai buang

Mereka kata sebelum tidur bawa ke bilik air, dan bangun tidur terus bawa ke bilik air
Jadi semasa ayong dan ika berada di rumah sya atur mereka
untuk menjadikan satu kebiasaan dan mesra tandas

Tidak mudah mengatur mesra tandas untuk si Kakak chantik dan abang ariq,
sebabnya
Mereka berdua membesar di siang hari bersama pengasuh ,
kakak yang sudi menjaga dan mengasuh mereka berdua
jadi sya pun tidak mahu menyusahkan dan mengharapkan mama yang mengajar si kecik tu

Usaha sya dan enpakwe serta bantuan daripada si ayong dan ika
untuk melatih mereka menjadi pengguna mesra tandas .
Makanya KC dan abang ariq menjadi mesra tandas di usia 3 tahun++

Membawa mereka setiap ½ jam sekali ke bilik air dan meminta mereka hajat kecil jugak
walaupun si kecik tu memberontak tidak mahu ke tandas.
Walaupun adakalanya terlepas juga di dapur, di ruang tamu,
tapi sebaiknya jangan marah mereka.

Cara sya ialah kata kesian anak ibu, tak sempat ye, lupa ye
Tak apa nanti lain kali nak kencing pergi masuk bili air ye..
Diaorang seronok dan tidak tertekan bila kita tidak marah itu yang penting

Lepas mandi masa solek solek diaorang sya kata lah
dah besarkan, dah pandai, bukan baby lagi, baby je yang pakai pempers
Itu saja yang di ulang ulang pada si kecik
Jadi bila kita tanya diaorang akan jawab ikut apa yang kita kata pada diorang
Kiranya macam satu nyayian merdu setiap kali untuk buat mereka ingat .

Abang ariq setiap kali masuk tandas, sya kan tepuk tangan kata dia pandai, bijak
pujilah berbakul bakul memang dia seronok
Ada sekali tu sya terlupa nak tepuk tangan , dia terus kata ibu..tepuklah tangan
Memang seronok bila di ingat ingatkan semula semua tu

Sekarang ni dah tak ada aksi menyorok nyorok di sebalik langsir,
di bawah meja , tepi katil, sebalik pintu sebab sedang hajat besar (,”)

Siapa lagi kalau tak si Kc dan abang ariq,
kalau tiba tiba je hilang dan menyorok diam tu tandanya ada projeklah tu
Kalau kita kacau diaorang ajak berbual ke masa diorang menyorok tu

Minta maaflah diaorang siap suruh kita diam sebab nak projek baik..
Hehehehehhehe.....kenangan yang sangat manis kan?

12 jeJari meNulis:

juelee said...

memang manis.... hehe anak saya pun bakal masuk 2 tahun bulan 10 ni, mmg nak ajar potty train dah.. bukan apa, senang keje kita

Kakzakie said...

Bila kenang itu semua mesti akan senyum sendiri Sya. Sesekali bila semua kumpul cerita pada mereka mesti gelihat sama-sama ketawa...

Acik Erna said...

assalam sya.memang seronok bila mengingatkan masa anak2 kecil dulu

JunAina said...

Banyak pengalaman2 tu Jun dah lupa or mungkin tak ambik port sangat coz anak2 banyak adik yang uruskan. Balik kerja tau ambik kat rumah adik dah siap cantik2 dan dah kenyang...sampai sekarang macam tu walaupun anak2 dah sekolah semua.

kasihibu said...

juelee
------
mencabar serta seronok juga dan harap berjaya(,")

kasihibu said...

kakzakie
--------
betul kak, terutama bab diorang menyorok nyorok tu
boleh senyum bila teringgatkan

mak encik | SZ said...

ihiks, dah berlalu zaman2 manis tu ye kak...
saya masih mengharungi lagi la
memang awal la 2 anak2 dara akak free diaper ye...
ada yang kata melatih anak perempuan free-diaper lebih mudah banding anak lelaki, tapi buat masa ni saya tgk cam lbh kurang je anak2 saya ni...

Jiejah @ Iza said...

adam lambat free diapers la kak padahal duduk taska juwitaku jugak ..ker mommy daddy yg malas sambung ajaran kat rumah hehehe

kasihibu said...

acik erna
---------
w.salam memang seronok kak
anak anak adalah penawar segalanya kan?

kasihibu said...

junAina
-------
sya teringgat pun sebab abang ariq baru beberapa bulan ni saja dah berdikari, kalau tidak risau jugak sebab umur dah 3 tahun

kasihibu said...

mak encik
---------
cabaran mengasuh lelaki ke perempuan tu tak lebih dan kurang pun

permulaan kita kena rajin dan sabar sbb ada jugak rasa kecewa bila diorang terlepas tu

kasihibu said...

mommy
-----
hehehehe...baby adam!!!
akk boleh ingat ke dia sebab daddy dia yg hantar pepagi selalu selisih bahu, lepas tu si ayong dan ika tak habis habis pasal baby adam(,")