Nur Athirah binti Mohamad Munir
Atok dan KC
Muhammad Faris Al-Hakim Bin Mohd Azmi
Ayahnda A.Kadir Bin Kalam 25hb Mei 1943
Nur Athirah binti Mohamad Munir 25hb Mei 2007
Muhammad Faris Al-Hakim Bin Mohd Azmi 25hb Mei 2009
Selamat hari lahir juga buat semua insan insan yang memang menjadi kesayangan kami semua
Tarikh ini pada setiap tahun adalah
sangat sangat istimewa juga buat kami semua keluarga sebelah sya
Nur Athirah lahir di HTAR, masa tu sya duduk di Shah Alam
Mengandung si kakak chantik sya terlalu berdikari, berbeza semasa mengandung si Ayong
Sya walaupun sedang sarat tapi sebabkan malas nak bawak kereta di Shah Alam tu, selalu jem jalan hendak ke tempat kerja, sya lebih rela bawak motor sampai minggu minggu akhir kerja.
Berulang alik ke hospital tu, tak terkiralah, sbb ada kompilasi, biasalahkan masalah ibu mengandung
Enpakwe masa tu dah bertugas di K.Langat ni, jadi setiap urusan semua kena berdikari
Berulang dari HTAR ke Shah Alam setiap 2x seminggu
Bayangkan memandu di dalam keadaan jalan yang jem, pernah sya menangis bawak kereta selepas balik dari pemeriksaan pakar di HTAR
Bukan enpakwe tak mahu menghantar setiap kali ulangan pemeriksaan, tp sya yang tak bagi dia menemani atau menghantar sebab kesian enpakwe kena berulang alik dari K.Langat ke Shah Alam dan HTAR
Sangat sangat berdikari.
Nampaknya si kakak chantik pun mempunyai perangai yang sama macam tu, boleh urus diri sendiri, mendengar kata dan adakala sya tengok dia adalah seperti seorang ketua pada adik beradiknya
Kalau sya bercakap dengan kakak kakak dia, dan ada pertanyaan faham ke tidak
Nak tahu siapa yang menjawab?
KC..dia yang jawab Faham Ibu, kalau kakak kakak bergaduh si KC yang cakap, ayong kakngah…jangan bergaduh
Ayong..kakngah jangan menangis
Bab pujuk adik, sakat adik..apa sajalah…
Walaupun umur dia baru masuk 3 tahun
Tp bila bercakap dengan si KC,sangat keletah, sangat petah berkata kata
Setiap perkara ada soalan dari mulut KC,kadang tak terjangka umur seperti itu akan bertanya bermacam perkara
Kadang sampai dia menangis sebab sya dah tak tahu nak jawab apa dengan pertanyaan dia
Maksudnya setiap apa yang dia tanya wajib ada jawapan sekali..
Pada tarikh ini juga sya ingin mengucapkan selamat ulangtahun ke-3 perkahwinan adik ipar iaitu adik kepada enpakwe Musyarifah Binti Abdul Kadir
Tragis betul hari kelahiran si KC..
Enpakwe terpaksa tekejar kejar antara majlis perkahwinan adik ipar di Sunway Kayangan dan isteri yang melahirkan anaknya di Hospital…. : (
16 jeJari meNulis:
happy besday to KakakCantik!!!
salam sya..
Happy Birthday si comel KC....
Semuga menjadi anak yang berjaya di dunia dan di akhirat.. ( sama juga dengan doa akak kepada anak2 akak sendiri..)
( masa mula2 nampak gambar KC, puas makcik mencari-cari anak siapalah yang tertinggal gambar kat umah makcik.. sekarang dah kenal pun... nanti makcik ajar masak lidah lembu dgn kerabu pucuk betik)
Tahniah Pada Semua...hepy birthday...:)
26 mei tarikh penting hubby n adik lelaki sy....hampir dgn org2 istimewa sya kan
Pak Su nampak rilek betul duduk di atas pelamin hehehe
Tarikh keramat. Banyak peristiwa pada hari ini.
Selamat hari lahir kakak cantik. Semoga dipanjangkan umur dimurahkan rezeki dan menjadi anak yg solehah.
Selamat Hari Lahir. Selamat menikmati kisah-kisah hidup yang pahit dan manis
selamat hari lahir kakak cantik.
semoga dimurahkan rezeki dipanjangkan usia dan diberi Allah kesihatan yang baik.
sayangibu..tahniah untuk yang menyambut hari kelahiran..memang istimewa sungguh..3 orang berkongsi tarikh lahir..susah nak dapat tu kan..
Selamat hari jadi..semoga sehat..dan sentiasa didalam perlindongan allah..
happy birthday kakak Cantik..mg semakin cantik luaran dan dalaman.
doc
tq ..tq...
dia senyum ketelinga pasal sbeday nih..bebudak memang seronok.. ;o
Akak
t.kasih..sesangat
semu ibu bapa memang dokan terbaik untuk anak anak.. ;p
wah lepas nih boleh buat kerabu pucuk betik.. , lidah lembu tak pernah makan..
ummi
t.kasih..
Alfa:
selang sehari pulak ye...
YB..
terima kasih..memang pun banyak kenangan tarikh ni, masam manis pahit segala ada...
YB lagik
hehehehe..teringgat maso dulu dulu ko?
errpp apo kato YB keluarkan gambar sanding tu... ;o
Pok Li
T.kasih
ialah kisah sehari dalam di bulan Mei.
Nino:
terima kasih...;o
Amin..
Kak Erna:
terma kasih, ialah bertuah atok ada 2 cucu sama tarikh lahir, memang meriah ;p
mudah mudahan
Amin..
Rynas:
t.kasih
moga moga begitulah..
happy birthday utk kakak cantik.. semoga menjadi anak solehah...
alahai comelnyer dier ikat dua
Selamat berbahagia untuk semua...Tahniah.
sungguh bermakna tarikh 25 mei. hepi besday pada semua terutma KC = Kakak Cemerlang !
Yasmin:
Amin..tqvm
Si cantik:
sekarang rambut KC dah pendek, tp dia sibuk gak nak ikat2 ;p
xiinam:
Terima kasih cikgu ;)
al-Lavendari:
tarikh istimewa di bulan MEI setiap tahun
terima kasih bagus jugak tu KC-kakak cemerlang dan segala yang baik untuk 'C'
Post a Comment