Thursday, August 23, 2012 By: kasihibu

CERITERA HARI RAYA DAN ULANGTAHUN PERKAHWINAN KAEDAHNYA....(,") Siri lah pulak

Sepanjang perjalanan balik dari  Sg Petani ke Seremban raya ke-2 tu  enpakwe borak dengan sya perancangan sebenar dia sempena hari ulangtahun perkahwinan kami

Perancangan dan kejutan dia adalah, 19hb selepas sambutan hari raya, beliau bercadang nak pergi bawa mak mertua dan keluarga adik berhari raya di sekitar Seremban dan Port Dickson dan malamnya dia bercadang hendak meraikan ulangtahun kami di Cameron Highland hanya sya berdua dan anak anak di tinggalkan di Seremban
hahahahahahha....tak agak agak betul perancangan beliau ye (,")

Tapi dia kata bila fikir fikir macam tak sesuai pulak sya dan dia beromantika diamor di tanah tinggi tu, sedangkan mak bersusah payah menjaga anak anak anak dan anak kami

Jadinya dengan perancangan yang tidak di rancang pun untuk balik ke Sg Petani. enpakwe kata akan bergerak balik selepas tarawih akhir Jumaat 17hb tu, kalau ikutkan perancangan sya nak gerak balik selepas bersahur aje sebab tak sanggup nak menahan ngantuk meneman enpakwe memandu

Kami bergerak dari Seremban tetepat jam 12.00 malam hari jumaat tu dan dah tentu enpakwe yang memandu dulu, sebelum bergerak tu sya dan mak mertua dah siap siapkan bekal untuk bersahur nasi, sayur dan rendang ayam.

Masa perjalanan dari Seremban ke arah utara kami seronoklah  sebab perjalanan tersangat lancar tak banyak kereta
Selepas tol Lata enpakwe kata dia dah mengantuk minta sya pulak memandu.Masa tu mata ok lagi sebab dah tidur petang hari tu.
Sya pun memandulah ke arah Utara dan enpakwe merehatkan mata.Anak anak dah lama tidur lena di belakang, Mil pun dah lena masa tu.

Selepas keluar tol yang pertama tu tetiba sya nampak berderet deretan kereta
haiyaaaaaaa..............sangat sesak ,sangat jam yang berpanjangan
huhuhu...rasa nak nagis bila tengok suasana jalan macam tu, kekonon balik tengah malam kenderaan dah surut, rupa rupanya tenat lah sangat...

gambar adalah kabur sebab guna henpon saja

Ok lah nanti sya sambung lagi ye...

14 jeJari meNulis:

Daddy Ziyyad said...

Kalau dah musim raya...mmg akan sesak punya jalan...hehe...pukul berapa sampainya kat SP tu?

kakcik said...

Hahaha... baru je kakcik nak khusyuk membaca, sekali bersambung la pulak... :)

Acik Erna said...

assalam sya..tahan nya memandu malam2..acik memang tak pernha malam..sesekali kalau terlewat sampai je.
acik tunggu sambungan kisah ulang tahun ni..jadi ke ke CH he he

ckLah @xiiinam said...

Jauh perjalanan rayanya tu. Tapi tak apa, jumpa saudara mara tu yang penting.

Selamat ulang tahun juga ya!

:-)

kasihibu said...

DZ
--
itulah pasal, ingatkan diorang diorang semua balik awal rabu atau khamis kan ada diskaun tol 30% kan?
jadinya jam 1 ++ petang tu baru sampai mungkin sebab berhenti rehat sejam lebih di teluk intan

kasihibu said...

kakacik
------
heheheheh...sebab banyak sangat nak di kongsikan ;p

kasihibu said...

acik erna
---------
sya tak tahan juga mata ni, tpi sebabkan dah tidur dulu dan rehat cukup petang tu boleh lah sya dayakan juga

kasihibu said...

ckLah
-----
jauhnya ke utara saja, walau pun penat tapi seronok jugak
terima kasih ucapan(,")

MulutPayau said...

sya...selamat mnymbut ulang tahun prkhwinan..semoga terus kekal bahagia hngga ke akhirnya...

p/s..tengah syok2 baca..tetiba ada sambungan pulak..hehehe..tak pe, kita tnggu sambungannya....

✽ ⓔ ⓔ ⓘ ⓨ ⓢ ⓢ ✽ said...

selamat hari raya aidilfitri ye, maaf zahir dan batin dari teratak siFaqir 'ilmu (^___^)

Dinas Aldi said...

Selamat hari raya, maaf zahir batin & selamat menyambut ulangtahun perkahwinan juga :)

kasihibu said...

MP
----
Amin....terima kasih
hehehe....ceritara kan mestilah bersambung kaedahnya(,")

kasihibu said...

Eeiyss
-------

Salam lebaran juga bersama kita saling bermaafan

kasihibu said...

Dinaa Aldi
------------
Salam lebaran yang indah bersama kita bermaafan...
Terima kasih ucapan