Thursday, August 23, 2012 By: kasihibu

CERITERA HARI RAYA DAN ULANGTAHUN PERKAHWINAN KAEDAHNYA....(,") Siri 2

Sya terus memandu sebab enpakwe memang betul betul dah lena, 
dan sya belum rasa mengantuk lagi 
tapi sangat bosan sebab kenderaan adalah laju sedikit daripada siput sedut
sangatlah bosan nak sampai 1km pun dah makan masa berminit minit 
bila dah bosan barulah datang mengantuk tu

Sya cuba cari tempat untuk parking tapi tersangatlah kecewa sebab semua hentian
dan bahu jalan yang berhampiran dengan hentian adalah penuh... memang tak ada  ruang untuk menyelit

Sya sampai di hentian apa tah, tak perasan namanya,  dalam jam 3++ sya berhenti basuh muka , nak sahur tu rasa macam awal sangat lagi jadinya teruskan lah perjalanan.


Di sebabkan kami nak saing dengan adik ipar sya yang menunggu di Teluk Intan, makanya sya kena susur masuk ke Bidor, masalahnya bila kereta bergerak selaju siput gandong 
rasa macam jauh dan lama sangat nak sampai di simpang masuk ke Bidor tu.

di sebabkan semua hentian adalah penuh jam 5 pagi kami terpaksa bersahur
di dalam kenderaan yang bergerak. sebab tak ada tempat nak menyelit untuk berhentikan kenderaan, 
sya suruh enpakwe tolak kerusi ke belakang untuk  kami bertukar tempat duduk 

Lepas enpakwe bersahur barulah sya bersahur dan sya sambung tidur sampai di Teluk Intan 
jam 6++ barulah kami dapat solat dan meluruskan badan yang penat di rumah biras sya.

Kami mulakan perjalanan jam 8.00 pagi dan bergilir gilir jugak memandu 
hingga sampai di rumah tok di Sg Petani jam 1++
Penat dan letihnya memang tak terkata.
Selepas solat kami  terus baring dan lena untuk mendapatkan rehat yang bebetul rehat punya.

pasangan perantin rayalah kaedahnya...(,")

si KC pun sesibuk nak bergambar masa ni ;p

ok lah lepas ni sya sambung ceritera di pagi raya pulak ye....


5 jeJari meNulis:

Kakcik Seroja said...

Sekarang kalau balik ke teluk intan, suami kakcik tak keluar ikut Bidor dah. Kami keluar Sungkai/Trolak Dan ikut jalan pintas ke Teluk Intan.

kasihibu said...

Kakcik
-------
Sya x tahu jalan lain lepas ni dah ada jalan pintas lah kalau gitu

Nieda said...

selamat ulang tahun perkhawinan. Dah sampai CH ke?
sedang menanti cerita bulan madu.

Acik Erna said...

assalam sya..sungai petani tu rumah tok ye..sebaab sya ada kata..mertua diseremban

Maiyah said...

slmt hr rya
seronok berjln-jln
sy sampai x larat
lemah 2/3 hr huhu