ayah dan mak tersayang
Masa kekecik dulu sya suka sangat dapat mandi dengan mak,
paling sya suka bila mak jirus badan dia, sya akan tadah badan mandi dengan
mak,
seronoknya….
Tidur dekat mak, peluk badan mak….
Best kan?
jumaat lepas sya balik kampong, kebetulan ayah pergi bercuti
cuti ke Langkawi,
makanya dapatlah sya tidur peluk peluk mak seronok sangat sambil kami berbual bual sampai ke pagi
Sya tidur dengan KC dan mak , abang ariq sya hantar tidur dekat
enpakwe hehehehehee…
bukan selalu kan?
Sya dah lama berhajat untuk mencoretkan cerita tentang emak
sya tersayang
Emak sya umurnya sekarang adalah 63 tahun,
di usia emas macam ni
hati seorang ibu memang mudah tersentuh,
mudah mengalirkan airmatanya
Sya sedih bila tengok air mata mak keluar
Biasakan kalau mak ayah kita ni bila anak anak cucu balik
riuh rendah meriah lah rumah mereka, tapi bila lepas sekeluarga sekeluarga
beransur balik,
bermula lah episode airmata
Kesian dan sangatlah tidak sampai hati sya melihat begitu.
Emak sya di usia sekarang kesihatan adalah turun dan naik,
sekejapan sihat sekejapan tu sakit menimpa
Tambahan lagi mak adalah pengidap kencing manis tahap
insulin
Alhamdulillah walaupun begitu mak masih mampu untuk berpuasa
di bulan Ramadhan
Masih mampu bersolat walaupun terpaksa duduk di atas kerusi
Sebab itulah sya dah lama teringin untuk memanggil aunty nani dengan panggilan mama
Bila mama update status di fb, tentang keadaan kesihatan
beliau,
sya memang akan teringat pada keadaan mak
Sya tidak lah selalu atau kerap sangat balik ke kampong
dalam
sebulan adalah 2 kali sya melawat mak dan ayah
Bila dah gerak dari sini petang makanya wajiblah sampai di kampong
mak dah tidur
Bila dah sampai sya akan jengok mak dulu,
sya periksa tapak
kaki mak ke dua dua belah,
memastikan tiada luka atau pun keadaan kaki mak
bersih tiada habuk atau pun sebarang kotoran
Dalam keadaan sekarang deria rasa sakit mak adalah tidak sensitive,
kadang mak tak sedar pun ada luka pada tapak kaki mak
Sangat bahaya, ada sekali dah lama tahun lepas
Mak tak sedar ada nanah di tapak kaki mak,
Itu pun sebab sya balik dan periksa kaki mak,
Sya akan cium dan hidu bau tapak kaki walau pun tidak ada
luka
sebab sya nak pastikan tiada bau yang mungkin ada nanah di tapak kaki mak
Bila sampai tahap insulin mata pun jadi kurang nampak,
jalan jauh, duduk lama
lama buat kerja sikit pun dah mula
terasa penat
Kesian mak…… : (
Sya teringin nak jaga mak ayah dan tolong uruskan kehidupan mereka,
tapi sya tidak mampu
sepenuh masa sebab kengkangan masa dan tugas terhadap kerjaya
Apa pun sya cuma mampu
mendoakan kesejahteraan mereka berdua ayah dan mak sya
Semoga mereka berdua di beri kesihatan yang baik
untuk memudahkan mereka
berilmu dan beramal soleh
serta di ampunkan kesalahan kesalahan mereka
Sya sangat…sangat…sangat…sangat…sayangkan mereka berdua
Mak dan ayah kita tidak akan ada galang gantinya ,
mereka tetap satu ,mereka
tetap utama , mereka tetap paling
penting dalam kehidupan setiap anak
Mak dan ayah adalah penawar
Kalau kita kekusutan/ ada masalah atau apa saja tekanan
cubalah telefon hubungi mereka,
Dapat mendengar suara
pun dah menjadi penawar pada kita
Tapi yang paling tidak best adalah
Bila kita tanya tentang kesihatan mereka
mana pernah mereka akan menjawab sebetulnya keadaan mereka
Jawapan yang kita terima bila di tanya mestilah sihat..walafiat walaupun sebaliknya
Sya bertuah kerana mendapat suami seperti enpakwe
yang selalu mengingatkan sya supaya
tidak skip berkongsi rezeki setiap bulan pada mereka berdua
Alhamdulillah
sejumlah rezeki yang sya dapat sya boleh
kongsikan pada mak dan ayah.
Walupun begitu jasa dan bakti mereka memang tidak boleh di
nilai dengan wang ringgit
Marilah kita hargai
mereka , marilah kita gembirakan mereka ,marilah kita kasihkan mereka
Di samping kita menghargai ibu dan ayah sendiri jangan di
lupa juga pada ibu dan ayah mertua kerana martabat mereka berdua adalah sama
tarafnya
*peringatanuntuksemua dan juga dirisendirijuga*
7 jeJari meNulis:
assalam sya..alhamdulillah sya masih ada kedua ibubapa untuk sya berbakti dan menyanyanginya
byk jasa diorg kat kita kan. baca entry ni terus ingat kat Ma dan ayah nik.
setuju. selalu kalau ada masalah mmg ma la tempat mengadu. kalau happy2 pun nak ma gak yg dulu tahu..hehe
Assalam. Apa yang kasihibu lakukan untuk ibu (dan juga ayah) itu amatlah mulia sekali. Selagi mereka ada.... selagi mereka ada.... teruskanlah berbuat baik kepada mereka dalam apa bentuk dan cara pun. Kita lakukan kerana Allah, kerana Dia yang menyuruh kita berbuat demikian. Ganjarannya, insyaAllah, di dunia pun dapat kita rasakan.
Eja anak yg baik. Balik kampung sebulan 2 kali pun dah rasa terlalu lama jaraknya. Ada org dua bulan sekali nak balik kampung pun susah.
Syurga di bawah tapak kaki ibu. Saya terharu mcmana eja mengambil berat kesihatan ibu sehingga sanggup mencium tapak kakinya utk memastikan ianya betul2 dlm keadaan bersih dan sihat.
Semoga mereka berdua dipanjangkan umur dan dilimpahkan kesihatan yg baik.
Betul...cakap ttg ibubapa..kita mudah tersentuh...apatah lagi bila mereka dah berumur...kita cuba sebaik mungkin berbakti utk mereka selagi ada umur ni...
Lamaaaaanya tak singgah sini.. apa kabar dik.. syian kucing tu kena dera ya..
saya ada mak jer...sekarang ni mak saya pun semakin uzur..
Post a Comment