Wednesday, May 9, 2012 By: kasihibu

KALAU ORANG LAIN MASAK LAGI NIKMAT!!!!

Sya tak pernah ambik tahu macamana nak buat laksa

Tapi sya sangat suka makan laksa
Pantang terbayang di depan mata, pantang terkenang kenang rupa paras laksa tu
Seboleh boleh nak jugak makan masa tu 

Kisahnya macam kalah orang yang mengidam dan teringin kan?
(,”) tapi sebenarnya sangatlah tak ada maksud apa apa
Dah sya kan pecinta makanan......

pinjam pak cik google punya  

Hari minggu lepas adik ipar datang ke rumah , sebelum dia bergerak dari rumah
sya tanya adik pandai buat laksa tak? Dia kata boleh lah tapi tak tahu tekak alang boleh terima ke tidak
Ok tak  apa adik bagitahu je bahan bahan untuk buat laksa dan cara cara nanti alang cuba buat

Sebab dia ada baby kecik kan? Tak nak lah harap pada dia je yang buat sya nak usaha buat sendiri
Walau pun orang kata buat laksa ni sangat leceh bab bab perisi  ikan tu

Lepas dia sms barang barang untuk buat laksa sya pun berlenggang kangkung ke My Mydin di belakang rumah sya ni untuk beli bahan
Sebab dah jam 1000 pagi lebih kurang malas nak ke pasar kaedahnya di telok tu
Sampai di Mydin mart  sya beli 4 bungkus ikan sardine adalah dalam 12 ekor, cili kering, bunga kantan huhuhu...mahal si bunga kantan tu ye? 2 kuntum rm 3++ dan juga  sardine tin katanya untuk memekatkan kuah laksa tu.
Balik dari  beli barang barang sya pun memunggahlah isi perut ikan tu kasi bersih bersih dan rebus banyak jugak dapat isi si ikan  tu rupanya

Bila dah siap semua petik daun kesum dan daun selom yang sya tanam dalam pasu depan rumah tu untuk buat bunga rampai si laksa yang bakal sya masak 
Sementara nak tunggu ikan di perisi sbb panas kan, sya racik racik si bunga rampai tu, bawang cili api bunga kantan  belah limau kasturi,timun dan kupas telur rebus
Sementara tu adik ipar sya pun sampai
Sya tanya   nak masak laksa camna

Dan barulah hari tu sya tahu masak laksa adalah paling senang
Lebur  saja ikan yang dah di kisar halus tu tp di buang tulang , lepas tu masukan cili kering giling, kalau nak pedas berasap sila campur cili api beberapa bentuk,
campak asam keping yang paling besar, daun kesum,
bunga kantan dan garam biar dia mendidih dan pekat dan siap........
Perghhhh....sangat senang  dan  di sebabkan kuah laksa sya dah pekat tak perlu lagi di tambah dengan serdin tin tu
Maka secara rasminya hari tu sya dah pandai masak laksa selain daripada makan laksa
Tapi kan...........

Kalau orang lain yang masakan lagi sedap kan?
Sbb bila sendiri masak rasa teruja nak makan tu dah jadi kurang
Kenapa ye?

17 jeJari meNulis:

dear anies said...

next time bleh hntr ke sini..

gadisBunga™ said...

itu biasa tu kak. kalau kite yg masa kite dah kurang teruja nak makan sebab masa masak tu segala aroma dah masuk dalam. kenyanggggg~

mamaijat said...

...ayat skema 'ibu2'....
ha ha ha..
ingat kita jer yang pandai guna ayat tu...

Acik Erna said...

nak buat ca,ana sya..kena jugak le buat sendiri..he he

mak encik | SZ said...

tahniah kak!

a'a la kak, saya pun ada sindrom penyakit sama tu, kalu masak sendiri mmg kurang nak makan sgt .. klu orang masak lajuuu je makan...menghayati ke menghargai kot..hihihihiii

Temuk said...

Tahniah, dah pandai cari ramuan laksa dan mahir memasaknya. Selalulah memasaknya. Insya-Allah semakin bertambah kepakaran menyediakannya.

Kita rasa masakan kita kurang sedap, berbanding jika orang lain yang memasaknya, sebab sebenarnya kita sudah keletihan memasak!

maya amir said...

hah? senang jek ye? ok..lps ni nak cuba.. hehe

kasihibu said...

khaiRin
-------
Insya'Allah kalau ada rezeki ye ;p

kasihibu said...

diana
-----
akak tak campur pun sardin tin tu, lagi pun enpakwe tak makan sardin tin
beli pun sbb adik kata untuk pekatkan kuah.

kasihibu said...

GB
--
betul tu kan? satu hal lagi sbb kita dah penat ;p

kasihibu said...

mamaijat
--------
hehehehe (,") dah namanya ibu kan?

kasihibu said...

acik erna
---------
lebih lebih lagi kalau anak anak dan suami suka makan kan kak?

kasihibu said...

mak encik
---------
hehehe..terima kasih ;p
tapi memang kalau org yang masak lagi sedapkan?
menjiwacdan menghargai lagi ye dak?

kasihibu said...

pak cik
-------
betul tu, sbb kita dah letih tapi seronok tengok orang makan
Insya'allah lepas ni sya kena jadikan sebagai menu bulanan

kasihibu said...

maya amir
---------
akk pun baru tahu sangatlah mudah membuatnya

makchaq said...

Salam perkenalan

Makchaq pun suka makan laksa,
tapi jarang buat sebab kat rumah ni makchaq sorang saja yang suka, kalau masak laksa pun kena jugak masak nasik..
Jadi kalu nak makan beli je la..

kasihibu said...

makchaq
-------
salam perkenalan juga, laksa memang sedap dan mengenyangkan

kalau dah sorang je yang makan, berbaloilah membeli saja kan?