Thursday, May 10, 2012 By: kasihibu

SERBA DAN SALAH DI BUATNYA KAN?

Sya dan enpakwe memang dah berbincang dan ada kata sepakat
perkara perkara yang melibatkan kewangan walaupun dengan saudara mara adik beradik sendiri
Tp sya jenis kesian dengan orang
lebih lebih lagi kalau masalah kewangan
Bukan ada duit yang banyak berkepuk kepuk pun, cumanya adalah simpanan
Alhamdulillah  berkat menyimpan dah 3 kali sya dan enpakwe boleh gunakan
duit simpanan tu sebagai bayaran 10% perumahan jadi kuranglah nak kena buat pinjaman perumahan

Kisahnya adalah minggu lepas kawan lama
yang memang dah lama sesangat tak dengar khabar
mula mula hantar sms tanya khabar,
seronoklah sya sebagai seorang kawan kan
bila tetiba ada kawan lama hubungi kita kan?

Lepas tanya khabar, borak borak sesaja pasal keluarga anak anak
Lepas tu baru selit sikit sikit ada masalah nak bagitahu

Sya katalah ceritalah kalau sya boleh tolong boleh je menolong
Lepas tu baru dia kata ada masalah kewangan
Sya kata nanti nak tanya enpakwe dulu, dia izin atau pun tidak

Walau pun sebenarnya kami dah sepakat pasal pinjaman kewangan ni
kami tak mahu terlibat
Sebab pasal duit boleh jadi gaduh gaduh kan?
Itu yang kami nak elak kan juga

Dan yang penting walaupun kita pemberi hutang,
kalau kita tak minta orang yang berhutang tu bayar semula
kita pun sama berdosa,
jadi langkah yang baik eloklah kita tak memberi dan membuat hutang
Kalau boleh di elak, kita elak kan saja

Jadikan menyimpan sebagai satu amalan
Memang banyak kebaikanya
Dan bila dah korek akaun tu, silalah  timbus semula ye...(,")

15 jeJari meNulis:

@cu SaYaNg said...

acu pernah hilang kawan gara-gara berhutang nie...kita bagi pinjam bila dia susah tapi bila kita pula susah and nak dia bayar balik duit hutang tu dia sanggup putus kawan dengan kita drp bayar balik hutang..sedih :(

mak encik | SZ said...

betul kak, tambah plak kita yang beri hutang ni biasa2 je tapi yang nak pinjam hutang kat kita tu lebih lagi aset2 nya ada keta lagii besar rumah lagi besarrr, agaknya sebab tu hutang pun lagii besar la tu ...

KhaiRin : anies said...

ms g seminar dr azizan osman dia ada kata, kalau nk betul2 manage kewangan perkara pertama yg perlu kena buat ialah JGN BERI PINJAM. sbb kalu reda utk beri pinjam means REDA UTK DIHALALKAN..

kakcik said...

Kakcik pun pernah putus kawan disebabkan hutang berhutang ni. :(

Kakzakie said...

Setuju benar dgn Sya... bapak kakak muqaddimah selepas anak menikah adalah wang simpanan. Walau besar/kecik pendapatan simpanan mesti ada. Kakak lahir dari keluarga miskin sebab itu kami memang menabung.

Selagi boleh kakak tak akan meminjam (selain bank kerana beli rumah/kereta). Kalau saudara-mara yg mahu meminjam biasanya kami akan anggap sedekah kerana tak mahu menagih. Kalau dia pulang kita boleh sedekah tempat lain itu saja cara yg tak membebankan otak...

kasihibu said...

@cu sayang
----------
itu yang nak di elak kan, bermasam muka hilang kawan, w.pun setakat ni akk tak pernah mengalami, tapi cara yang terbaik elak dari memberi pinjam kan?
dan anggaplah itu bukan rezeki

kasihibu said...

mak encik
---------
kita yang segan di buatnya kan?
mungkin jugak betul kata pepatah besar periuk, besarlah juga keraknya

kasihibu said...

KhaiRin
-------
betul tu, bila dah bagi kita kena reda kan?dan halalkan kalau tak mahu berpanjangan

kasihibu said...

kakcik
------
serba salah jadinya kan?

Daddy Ziyyad said...

Zaman sekarang ni, saya fobia kalau ada kawan yang dah lama sangat terputus hubungan , tetiba call/SMS kita....kalau nak eratkan silaturahim takpa lah...ni tidak, cari kita semata mata:

- nak pinjam duit
- nak ajak join MLM

kasihibu said...

kakzakie
--------
sepakat sya dgn enpakwe pun macam tu, kalau adik beradik saudara mara tu kira kita sedekahkan saja, mungkin memang itu bahagian bagi mereka kan?

kasihibu said...

daddy Ziyyad
------------
yang ke-2 tu pangkas je laju laju ;p

TF said...

cakap pasal hutang nie..masa susah semua cari kita nak pinjam...tapi bila nak bayar hilang kemana..kita pulak risau kalau hutang ngan org..

So Shy Lady (SSL) said...

agak mncurigakn d situ eceh..... ada mslah baru nk contact kwn? hmm hmmm

t.bri pinjam lbih baik rs nya kan

gadisBunga said...

tak kira la melibatkan kawan atau sedara mara pun - yg penting berhutang ni mmg byk keburukan dari kebaikan.