nasi tak tahu nak bagi nama(,") kuah dalca
pengat pisang , ayam masak merah
dan papodam
laksa mama yg bagi sedap....
Menu2 tu masak petang semalam, sebenarnya sebelum balik kerja tu tak tahu nak masak apa,
puas di fikir fikir akhir sekali , tekak terasa nak makan yang macam kenduri kenduri punya menu
terus je dengan gigih jam 6++ mulakan operasi masak memasak, kiri kanan dapur kena guna
ada pulak pisang 3 ketul, dah masak pulak, nak goreng tak berbaloi pastu buatlah pengat
sms kawan macamana nak masak dalca, sbb sya memang tak pernah masak dalca
sangat senang rupanya, anak anak pun suka.
sebab selera suka pedas kan, sya patah patahkan cili api nak bagi rasa pedas
minta tolong anak anak dara yang besar tu sekali,
ayong dan ika goreng papodam dan sediakan untuk buka puasa.
Masa makan tu enpakwe tanya masak nasi apa ni?
sya kata tak tahulah nasi apa, tp ada letak rempah rempah (,")macam biasa memula tumis segala adik beradik bawang dgn butter,
lepas tu masuk bunga lawang, kayu manis dan rempah apa tah lagi tak kenal....
tp si kecik muhammad ariq tu makan nasi saja bertambah tambah
Sesekali masak macam tu kan, penat jugak
sbb dah nak berbuka puasa baru selesai masak
Lepas tu sya kata, lain kali kalau kita nak makan macam best2 sikit dari biasa,
harus masak waktu cuti cuti tak lah terkejar kejar masa
nasib baik nak anak dara berdua tu suka nak menolong
Nilah untungnya anak anak dah besar kan?
hari ni masuk 6 hari puasa, maknanya kena ada banyak lagi senarai menu2 untuk berbuka puasa
Setakat ni tak membeli lagi di PARAM
Kalau boleh nak kekalkan sampai ke hujung puasa
Harap harap lah..
nota: orang perempuan ni bila dah berkeluarga memang superwomen kan?
18 jeJari meNulis:
Kita memang superwoman. Dalam sakit pun masih boleh bangun untuk sediakan hidangan. :)
Assalamualaikum Sayang Ibu
Alhamdulillah...masih tak ke param lagi
tahniah mewakili hubby sayang ibu atas menu semalam...he he
SELAMAT BERPUASA
Wassalam
wahh...syiok nye,best la leh jadi superwomen mcm akak..
kakyong yg dok rumah, x masak byk menu pun. paling2 byk pun 2 jenis jer...
gigih tu, x per as long anak2 makan kan...
1. tahniah kerana dapat mengelak dari mengunjungi PARAM.
2. beruntung ada anak dara yang suka menolong.
3. selamat meneruskan puasa.
mmg superwoman betullah kol 6 sempat lasi masak semua tuh. saya tak sempat memasak lagi sampai rumah pun dah 6.30 dan dua hari lepas 7.30 baru sampai umah huhuhuhu..
cayalah kak!
memang tak dinafikan tang "superwomen" bagi ibuk/isteri ...semua jawatan kita boleh sandang tanpa extra allowance ;)
yeszaaaaa...mmg superwomen :)
wani plak jarang masak sblum berbuka. Biasa minum air +mkn murtabak/kuih je. Lepas magrib baru bersilat kat dapur. Kdg2 kenyang lagi, tengah malam baru masak...sekali utk sahur.
Baru semggu, ada lg 3 mggu yg jenuh nak mikir menu :(
Yup...
Superwoman indeed...
dalam masa kurang sejam dapat nasi dan dalca,...
hebat...
Clap-clap-clap
kakcik
------
betul kan kak cik, walaupun kita tak sihat, tp fikirkan yg sihat mahu makan, gagah kan jugak kan?
atuk
----
w.salam
kalau boleh memang tak mahu pergi, sbb rasanya masih gagah lagi untuk masuk dapur dan masak
lagi satu tak sanggup kalau diorang makan esok sakit perut lagi kesian kan?
zura
----
bila anak anak dah mula makan, kita memang tak duduk diam
kak yong
--------
duduk rumah lagi penat kan? dari buka mata sampai nak tidur ada je kerja yg nak di buat.
tp sangat seronok dapat urus keluarga sendiri kan?
pak ngah
--------
terima kasih
sebenarnya memang sangat sangat di elakan untuk ke param tu, kalau boleh semua benda nak
tp sedap nya tak tentu kan?
2. sangat sangat beruntung, diaorang memang suka tolong2 masak masak ni
3. selamat berpuasa juga buat pak ngah sekeluarga
rynas
-----
kadang kadang kita pun tak sangka boleh buat benda2 macam tu kan?
sz
--
betul tu, ada ganjaran tp di sana nanti (,")
wani
-----
anak anak kalau dah mula makan, memang kena buat jugak
w.pun masa berbuka kami cuma minum dan makan kurma tp lepas magrib kami mesti cari nasi punya (,")
akak
----
rasanya semua perempuan memang superwomen kot? ;p
gigih kan? bila ada semangat dan keinginan semua boleh jadi kan?
Post a Comment