Sebab frust kan..
nak balik kampung petang jumaat lepas tak jadi
sebab takut berkampung di jalan raya,
makanya untuk mengubat kekecewaan di hati ,
maka mengigihkan diri masak masak untuk makan makan..
kan ke orang perempuan ni kalau di rundung kekecewaan
makanan adalah teman sejati ?
apam kaler kaler
asalnya sya nak buat apam polkadot tu, dah gigih dah beli semua bahan ,
kena 2-3 adunan ialah buat cantik je dalam adunan tu,
anak anak dara tu pun teruja menolong, tengok jam dah 10.30 malam,
tak boleh jadi malas nak bazirkan masa tidur
sya tuang je adunan dalam loyang...
sonang cerita lapis kaler2 letak filling soberry dan blueberry, lepas tu lapis lapis lagi
masuk dalam kukusan 30 minit dah siap... (,")
dah boleh hidang dan makan, habis jugak seloyang..
Siapa pernah makan gulai durian? masak lomak cili api cam bawah nih
ceritanya sya beli durian timbang kilo sekilo rm 5.00
sebab konon kalau beli yang kilo2 mesti sedap, tak rosak punya
tp dah bukan rezeki !!!!!!
boleh pulak dapat yang mengkal
dah lah yang isi kuning oren2 tu
frust betul......
last last sya buat masak lomak cili api campur ikan bilis
sebab teringgat masa kekecik dulu, arwah uwan buat masak macam ni kalau durian yg isi tebal tu
memula enpakwe ingat kentang,
bila dia makan rasa lain terus tanya ni gulai apa .
Masa masak tu anak anak dara berdua tu teruja nak makan sebab tak pernah merasakan.
gulai doyan campur ikan bilis
last gambar ni adalah bunga yang sama dalam entry ADRY
sila masuk ramai ramai dalam blog adry,sebab memacam info ada , sangat sangat menarik.....
sya tak pernah teringin nak cium bunga tu,nama bunga pun tak tahu..
tapi disebabkan en3 dari Adry buat sya teringin nak mencium bau nya memang wangi.
Nasib KC tak jumpa bunga ni dan buat ramuan mandi bunga dia macamEN3 NIH.....
heheheheee..... (,")
34 jeJari meNulis:
Gulai durian ya? Hmmmm... mungkin boleh cuba nanti. :)
Sya... apam tu jimat masa rasanya tetap sama (good idea). Lemak durian tak pernah merasa dan tak pernah buat lagi (kakak ketinggalan lah). Yg bunga mestilah cantik kan.:)
Pon pon.
Ada lagi ke apam kaler kaler tu. Lapar pagi ni belum sarapan ni
Penjual durian ni pandai. Masa dia tebuk, nampak mcm masak. Bila balik rumah kadang terjadi mcm kes Eja ni. Mengkal huhuhu
Dulu masa saya kecil pernah makan sayur durian muda. Masa tu ada pokok durian tak berapa jauh dari rumah kami.
apam polka dot dah jadi apam loyang. yg penting abis kan kak? :D
cukuplah dulu. Dah 4 dah ni ngeee
Sya...
akak dah selalu terkena beli durian kena yang busoklah..yang mengkal lah..
lama-lama malas nak beli...
balik kampong, pak mertua yang belikan... dia pandai pilih...selalu dapat isi yang baik punya.
First time nampak pokok bunga yg sya tunjunkkan tu...
kakcik
------
sedap lemak lemak manis, cubalah.
kakzakie
--------
memang menjimatkan masa pun, sya terlebih malas nak mengadap lelama benda tu, tuang lm loyang sekali masak je ;p
cubalah gulai durian mengkal tu memang sedap, tang bunga tu sya memang tak tahu namanya.
YB
--
pinn..pinnn....hehehehehe(,")
dah tak ado, habis elek...
YB 2
----
memang gitulah kan, tang dia tnjuk tu ok je, tp selebihnya
rezeki tak do, nak buat camne kan?
tp yg ralat tu sebab beli yg timbang kilo lain kalau kita beli yg longgok kan?
YB
---
sedap kan?lemak lemak manis
kalau terbeli durian mengkal tu jangan buang buat gulailah saja.
GB
--
betul tu, yang penting habis licin ;p
YB 4
------
4 je? mana boleh kena 5 lah (,")
akak
----
kadang sya rasa malas nak beli tp anak anak yg minta
balik kampung minggu ni nak ajak ayah beli durian di segamat
best..best....
bunga tu tak tahu nama, tp memang wangi.
sya..akak tau gulai durian ni..tapi masa dulu..memang durian yang dah mengkal tapi belum masak tu dibuat gulai..masal lemak cili api,kari dan kadang2 buat pajeri lagi..
acik erna
---------
lah io ko? baru hari ni tahu kepelbagaian masak durian tu.
mesti sodap tu kan kak?
K'Eja !
kita ada pokok tu dulu. beli di Sg.Buloh.(dah nama pun keja di sungai buloh kaannn). Nak tunggu bunga 'dia' memang lambat pastu cinonit aje kat hujung.
wah...dlm dok frust masih ada semangat nak masak...ok la tu!
Gulai durian kak amy x pernah buat lagi.pasni boleh cuba nie..
As salam Sya,
Gulai durian yg gna buah durian segar?? Tak penah mkn..kalo gulai tempoyak tu biasa la.. Thanks ye promote blog saya kat sini..
oh... ??
pokok daun mangkuk tu bunganya wangi??
saya akan siasat...
Kak Zai tak pernah makan gulai durian nak juga mencuba.
salam akak..bestnye..terliur dibuatnye..nak..nak..heheh
kreatif tu..tuang sume dlm satu loyang..hehe
reen
----
betul tu bunganya cinonet je, dulu akak tak teringin nak cium, tp bila baca en3 bunga tu, terus terasa nak cium, wangi jugak sangat tak sangka
ana
---
akak memang gini, kalau rasa bosan ke frust ke mesti masak2, macam rasa lega sikit sebab kita jd terleka kan?
kira terapi jugak lah kot? ;p
amy
---
cubalah sedap sangat lemak2 manis tp jangan buat pedas sangat sbb macam sayur jugak kan?
Adry
------
w.salam cubalah, nak nya durian yg kita beli tu mengkal, kalau buang sayang jugak cuba buat gulai sedap je.
blog adry memang wajar di kongsi dgn blogger yang lain,macam amacam ada..
doc
---
pokok daun mangkuk ye nama tu? memang wangi ambik gambar sekali ye, mesti cantik.
Kak Zai
-------
cuabalah sedap kak, lemak lemak manis jangan letak cili banyak pulak.
CC
--
w.salam
dah habis, tp bahan ada lagi boleh je kita buat sesama, kita makan sesama (,")
Aza
---
bukan kreatif tapi MALAS (,")
yg penting habis jugak ;p
Post a Comment