Agenda pertama adalah menjemput ayong dan kak ngah di rumah MIL,sepanjang cuti sekolah diorang berada di rumah tok.. cerita disini
Sampai di S'ban lebih kurang dalam jam 11.30, terus pergi beli lauk siap dimakan sajok sbb dah lambat kalau nak beli barang basah dahlah penat nak masak pulak
Lepas Zohor baru gerak balik ke Taman Desa Puteri Bahau. Nasib baik dalam perjalanan chinta hari enariq dan si KC tak buat perangai. Sampai di simpang tugu Za'aba Jempol tu, ada pulak lori jual durian
bebudak ni memang peminat tegar durian tu, dah berkali kali menyebut pasal durian, jadinya sya pun berhentilah membelinya. Harga sekilo rm 5, 6, 7 dsbgnya.
maka eh disobabkan diorang teringin,
Sampai di rumah dalam jam 6++
------------------------------------------------------------------------------------------
Sabtu 19hb agenda lain pulak menyusul
pepagi kami masak masak mak masak gulai sardin campur pucuk gelugur...
arrggg.... sodap... sangat sodap
Sya goreng mee hoon..
Semua tu untuk bekalan makan di tanah kebun ayah di kampung dan konon nak terus berkelah mandi manda di jeram tengkek.
Kami sampai di kampung jam 9.00++
Fuhhh....seronok sesekali berkebun, tp sangat penat barulah sodar kekuatan badan bukan untuk berkebun bertani rupanya, tp semangat totap ado.
kita melayan gambar dulu ye.. ;o
keledek, omak kato hasil eh nak buek kue
maso kenduri kawen apeh bulan oct nih
pokok peria
pisang dan himpunan serai
kangkung
pegaga
daun kesum
bunga kantan
pokok cempedak di dalam pagar
anak pokok getah
---------------------------------------------------------------------------------
Antara gambar yang sempat diambil, tanah tu luas 1ekar setengah gitulah
seekar tu ayah buat tanam pokok getah sebab ayah kata nak motong gotah. lagi 1/2 tu ayah buat tanam tanam pokok dan cadang nak bina rumah di tapak rumah pusako tu.
Kiranya lepas ni kalau balik kampung sah sah tak balik Palong Satu atau balik Bahau,
lopeh ni kami akan berkumpul di kampung ayah ni.
Oklah..lain lain aktiviti akan di sambung episod seterusnya.
9 jeJari meNulis:
omak aii..bestnya kampung..macam2 ado..hihihi..jeles den!
uiiiiiieeee bestttnya ado kebun.
kat mana tu k.eja? leh la terjah kutip sayur ekekeke
salam singgah. sejuk mata memandang kehijauan pohonan. Insyaallah, jika berjasa kepada bumi akan mendapat hasilnya nanti.
sojuk tangan omak...
tanam apo pun jadik....
ekau??
boli jo....
:)
Sya....
(bisik...)
Hmmmm... sya tau.. akak dok eksen dgn dusun akak sekangkang kingkong... bila tengok kebun/dusun sya (yg betul2)... terngangah akak dibuatnya... Macam-macam ada...
( Tak teringin ker sya ajak akak ker datang petik cempedak ker... tak pun petik pucuk pegaga pun boleh... )
ooooooo rupa2nya tanam peria katak pun boleh atas tanah jer.. tak payah guna pagar??....
Assalamualaikum Sayang Ibu
semuo ado
kalau balik penoh bonet
he he
Wassalam
sayangibu.akak kan..tak tau la,..kalau tengok atau baca cerita orang rajin tanam tanam ni..suka sangat..dah keje pert. agaknya..
bila tengok gambar2 pokok tu..terhibur rasanya..
Kauthar
-------
Hehehehe....dah namo eh
kampungkan.. ;p memacam ado, rajin tak rajin yo.
Mommy
-----
Sobab tu ayah dan mak akak tak duk diam, diorang kato kalau duk sesajo sesakit badan eh.
DrSam
-----
Singgahlah....
memang pun masa duduk di kebun tu rasa saujana mato memandang, redup suasana.
Doc
---
Tangan omak memang camtu, tangan sya errpppp.....
menjadi jugak tanah saja yang tak ado(alasan)
Akak
----
Jom..masuk kampung, real punya kampung.. tp masa musim buah buahanlah ye... sbb sekarang pokok buah buahan cuma berdaun dan berbunga blm berbuah lagi kecuali pokok cempedak tu.
Atuk
----
Iolah, kalau balik kampung
masa musim, saratlah bonet tu, nak tak nak yo bawak balik.
Kak Erna
--------
Ayah dan mak memang camtu, tak boleh duk diam, ado saja projek yg nak di usahakan pado tanah sekangkang gorila tu ;p
akak
----
lupa nak jawab, pokok peria tu tumbuh sendiri mak kata, dah sebabkan tumbuh mak baja sajalah
tak dibuat para boleh jugak, tp nak dapat hasilnya kena kuak lentang daun daun tu, baru boleh jumpa.. ;)
Post a Comment