Monday, June 21, 2010 By: kasihibu

AKTIVITI DI AKHIR CUTI SEKOLAH EPISOD 1

Sebabkan enpakwe keje luar dari Jumaat lepas di Sekudai dan esok baru balik, makanya sya dah bercuti hari Jumaat  tu, urusan penjagaan anak anak sepenuhnya dibahu sya yang sasa dan gagah ini... ; o

Agenda pertama adalah menjemput ayong dan kak ngah di rumah MIL,sepanjang cuti sekolah diorang berada di rumah tok.. cerita disini

Sampai di S'ban lebih kurang dalam jam 11.30, terus pergi beli lauk siap dimakan sajok sbb dah lambat kalau nak beli barang basah dahlah penat nak masak pulak opss macamlah masak sangat kan..

Lepas Zohor baru gerak balik ke Taman Desa Puteri Bahau. Nasib baik  dalam perjalanan chinta hari enariq dan si KC tak buat perangai. Sampai di simpang tugu Za'aba Jempol tu, ada pulak lori jual durian
bebudak ni memang peminat tegar durian tu, dah berkali kali menyebut pasal durian, jadinya sya pun berhentilah membelinya. Harga sekilo  rm 5, 6, 7 dsbgnya.
maka eh disobabkan diorang teringin, omak eh pun samo.. ;p sya pun belilah 5 buah durian hargo eh tanpa kompromi sebanyak rm 55.
Sampai di rumah dalam jam 6++
------------------------------------------------------------------------------------------

Sabtu 19hb agenda lain pulak menyusul
pepagi kami masak masak mak masak gulai sardin campur pucuk gelugur...
arrggg.... sodap... sangat sodap
Sya goreng mee hoon...pun sodap sangat sodap.. 


Semua tu untuk bekalan makan di tanah kebun ayah di kampung dan konon nak terus berkelah mandi manda di jeram tengkek.

Kami sampai di kampung jam 9.00++
Fuhhh....seronok sesekali berkebun, tp sangat penat barulah sodar kekuatan badan bukan untuk berkebun bertani rupanya, tp semangat totap ado.
kita melayan gambar dulu ye.. ;o


keledek, omak kato hasil eh nak buek kue 
maso kenduri kawen apeh bulan oct nih


pokok peria




 pisang dan himpunan serai

kangkung 
pegaga
daun kesum
bunga kantan
pokok cempedak di dalam pagar
anak  pokok getah

---------------------------------------------------------------------------------
Antara gambar yang sempat diambil, tanah tu luas 1ekar setengah  gitulah 
seekar tu ayah buat tanam pokok getah sebab ayah kata nak motong gotah. lagi 1/2 tu ayah buat tanam tanam pokok dan cadang nak bina rumah di tapak rumah pusako tu.

Kiranya lepas ni kalau balik kampung sah sah tak balik Palong Satu atau balik Bahau, 
lopeh ni kami akan berkumpul di kampung ayah ni.

Oklah..lain lain aktiviti akan di sambung episod seterusnya.

9 jeJari meNulis:

Kauthar said...

omak aii..bestnya kampung..macam2 ado..hihihi..jeles den!

Izza - Jiejah said...

uiiiiiieeee bestttnya ado kebun.
kat mana tu k.eja? leh la terjah kutip sayur ekekeke

DrSam said...

salam singgah. sejuk mata memandang kehijauan pohonan. Insyaallah, jika berjasa kepada bumi akan mendapat hasilnya nanti.

Dr Singa said...

sojuk tangan omak...
tanam apo pun jadik....
ekau??
boli jo....
:)

Ibu n Abah said...

Sya....
(bisik...)
Hmmmm... sya tau.. akak dok eksen dgn dusun akak sekangkang kingkong... bila tengok kebun/dusun sya (yg betul2)... terngangah akak dibuatnya... Macam-macam ada...
( Tak teringin ker sya ajak akak ker datang petik cempedak ker... tak pun petik pucuk pegaga pun boleh... )
ooooooo rupa2nya tanam peria katak pun boleh atas tanah jer.. tak payah guna pagar??....

atuk said...

Assalamualaikum Sayang Ibu

semuo ado

kalau balik penoh bonet
he he

Wassalam

Acik Erna said...

sayangibu.akak kan..tak tau la,..kalau tengok atau baca cerita orang rajin tanam tanam ni..suka sangat..dah keje pert. agaknya..
bila tengok gambar2 pokok tu..terhibur rasanya..

kasihibu said...

Kauthar
-------
Hehehehe....dah namo eh
kampungkan.. ;p memacam ado, rajin tak rajin yo.

Mommy
-----
Sobab tu ayah dan mak akak tak duk diam, diorang kato kalau duk sesajo sesakit badan eh.


DrSam
-----
Singgahlah....
memang pun masa duduk di kebun tu rasa saujana mato memandang, redup suasana.

Doc
---
Tangan omak memang camtu, tangan sya errpppp.....
menjadi jugak tanah saja yang tak ado(alasan)

Akak
----
Jom..masuk kampung, real punya kampung.. tp masa musim buah buahanlah ye... sbb sekarang pokok buah buahan cuma berdaun dan berbunga blm berbuah lagi kecuali pokok cempedak tu.

Atuk
----
Iolah, kalau balik kampung
masa musim, saratlah bonet tu, nak tak nak yo bawak balik.

Kak Erna
--------
Ayah dan mak memang camtu, tak boleh duk diam, ado saja projek yg nak di usahakan pado tanah sekangkang gorila tu ;p

kasihibu said...

akak
----
lupa nak jawab, pokok peria tu tumbuh sendiri mak kata, dah sebabkan tumbuh mak baja sajalah
tak dibuat para boleh jugak, tp nak dapat hasilnya kena kuak lentang daun daun tu, baru boleh jumpa.. ;)