Friday, January 4, 2013 By: kasihibu

SENTIASA BERPESAN PESANAN ITU SANGAT INDAH

Salam jumaat yang indah penghulu segala hari
Bila kita memaafkan seseorang, biarlah selari di mulut dan ikhlas di hati

Bila sudah memaafkan jangan diungkit jangan disebut, jangan dikenang

Supaya tiada bisikan syaitan yang membisikan
Supaya kita terus membenci
Jangan biarkan syaitan bertepuk tangan
Jangan biarkan hati terus berdetik 

Berdoa yang baik untuk mereka lebih baik dari bersangka sebaliknya

Apa hak kita untuk terus berkeras hati membenci dan tidak memberikan kemaafan?

Kita bukan hanya hidup di dunia ini sahaja
Kita ada dunia yang kekal abadi AKHIRAT yang pasti

Wahai kawan kawan ku...
Entahkan sedetik waktu lagi kita akan menghadap ILAHI
Sempatkah kita saling bermaafan di dunia ini
Ada peluangkah kita bermaafan di akhirat yang pasti?

*sekadarmeluahkanperrasaandihati*

Kalau sebelah pihak saja yang bersungguhsungguh untuk memperbaiki keadaan tp tiada usaha dari pihak yang lain..berserah dan berdoalah kepada ALLAH
Kemaafan adalah kunci keceriaan kehidupan
Hargailah erti kemaafan
Kerana kemaafan adalah dendam yang terindah
Maafkan daku yang khilaf
Bumi mana yang tidak ditimpa hujan
Lidah mana yang tidak tergigit
Kita semua tidak terlepas dari melakukan kesilapan..
Sedangkan ALLAH ampunkan hambaNya
Sedangkan Nabi ampunkan umatnya
Apa lagi kita hambaNya sekadar manusia biasa :'(


Sent from Samsung Mobile

4 jeJari meNulis:

Etuza Ezawarna said...

baguslah kalau anak takut lipas, kalau tak takut nanti dipegang letak kat mulut..anak kan belum berapa ada akal..ibubapa lah yg bertanggungjawab..

Nora Karim said...

betul... memaafkan dengan ikhlas... itu perkara yang paling sukar... sbb kebanyakkan kita lebih suka forgive but hard to forget...

sal said...

anak tak geli tengok lipas???
steady jee..

saifudin abu izzudin said...

nice day :)
hargailah hari kemaren,
mimpikanlah hari esok,
tetapi hiduplah untuk hari ini.
bagi-bagi motivasinya yaah...