Saturday, December 8, 2012 By: kasihibu

SEGMEN BLOGLIST POKOK MANGGIS DEPAN RUMAH

  

 sebenarnya selain nak cerita pasal buah manggis
sya nak cerita jugak pasal jemputan dari .NIH...

Terima kasih dik menjemput akak dan maaflah lambat sesangat sebab
sekarang ini akak di landa penyakit kemalasan nak berblog



NAK SERTAI KEMERIAHAN SEGMEN NI

SEPERTI LEBATNYA BUAH MANGGIS DALAM SATU POKOK?

HAAA......RAJIN RAJINKAN LAH KLIK DI SINI

UNTUK BUTIRAN SELANJUTNYA YE..(,")





                                                    SELINGAN.......

salah satu buah buahan kegemaran sya dan KC adalah buah manggis
HITAM HITAM SI TAMPUK MANGGIS
WALAU PUN HITAM ISINYA MANIS (,")

si KC tak pandai kupas dan tak kenal nama buah ini ialah manggis

kalau dia nak makan, dia cakap gini

gambar kitar semula

KC: Ibu..tolong kupaskan buah warna purple tu, kakak suka

Ibu: Kakak yang ni namanya buah manggis ye anak.

KC: oooo... kakak suka
Ibu: ibu pun suka

memang best makan buah manggis terutama makan di atas pokok
tapi itu dulu lah masa kekecik dulu,
sekarang badan dah besar dah kembang sepokok manggis

kalau nak tahu macam mana bentuknya
cuba tengok pokok manggis bentuknya kembang dan rendang je kan?

jadinya kalau pokok tu kembang dan rendang tentulah lebat berbuah

tapi kalau orang pulak kembang dan rendang apa pulak  ye?

hahahahahhaaa....soklan sengal di pagi raya minggu (,")

ok...baby...love u alll........







27 jeJari meNulis:

Yunus Badawi said...

Bestnya ada pokok manggis sendiri yg berbuah lebat pulak tu. Senang kalau nak makan manggis pada musimnya

Kakzakie Purvit said...

Kakak belum buat lagi segmen ini. Jemputan telah diberikan lama tapi kena ambil masa.

Manggis kakak pun suka.

Unknown said...

pakganh ada kemahiran meneka dengan tepat berapa isi buah manggis hanya dengan melihat dari luar sahaja .. hehe

kasih ibu jua said...

YB
--
kan? sya teringin nak tanam pokok manggis dekat depan taman mainan depan rumah sya ni tp oleh ke yek?
takut di tebang pulak dek majlis tak ko nangis...

kasih ibu jua said...

kakzakie
--------
sya pun naik segan dengan tuan punya blog tu, sebab dah lama jemputan tu
sya suka sangat buah manggis dan suka memetik buah mangis mencari di balik rimbunan daun tu

kasih ibu jua said...

pakngah
-------
pakar sungguh pakngah ye?
hahahah..tak sangka kepakaran kita serupa
nanti sya nak kenakan anak anak lah

sal said...

Meriahnya daun pokok manggis..tentu lebat buahnya..

Susah nak dapatkan buah manggis di sini..dan harganya mahal pula..

kasih ibu jua said...

kak sal
-------
betul tu sekarang mangis mahal lah pulak dulu dulu diorng ikat tangkai tu dengan tali cantik je memanjang jual pun tak kira berat lah ni nak bertimang kilo bagai
kesian kalau kita tak ada pokok sendiri kan?

Chik Att said...

CA pun suka mangis. 2 kilo bleh habis sorang. Nanti kita terjah segmen tu ...

ibuintan said...

pokok manggis umah mak metua akak pun berbuah lebat... tp blom masak lae

kasihibu said...

Chik Att
---------
Best makan buah manggiskan sebelum buka pilih dulu ulas yg kekecik
sila lah sertai ye...kita meriahkan suasana

kasihibu said...

Ibuintan
----------
Dah masak bagitahu sya ye...
dgn muka semanis manggis sya datang (,")

Dr K said...

Saya pun suka buah manggis..
Tapi tak suka mengupasnya...Tangan kena warna kulitnya..hahahaha

Hajjah Noraini @Nanie said...

Salam,

Auntie boleh hadap sekali makan sekilo buah manggis..memang suka sangat...

kasihibu said...

Daddy Ziyyad
-----------------
Hehehe..kan? Tp kalau kena gaya kupasanya x berlegas jugak tangan

kasihibu said...

aunty
------
W.salam sedapkan manggis sya pun suka

Temuk said...

Jadi teringat pula Pakcik Temuk akan sepokok manggis yang ditanam di kampung di Perak yang hidup selama 10 tahun tanpa berbuah. Telah mati pun dia!

gadisBunga™ said...

kalau layan buah manggis, boleh abis seraga pun saya tak sedor!

Yunus Badawi said...

Rasanya MDKL tak akan tebang pokok buah yg ditanam dekat taman permainan selagi ianya tak mengganggu org ramai. Selain memberi teduh ianya juga akan berbuah satu hari nanti di mana bolehlah dikongsi dgn penduduk setempat.

Mungkin elok tanya kpd Pengerusi Persatuan Penduduk (jika ada) sebelum menanam pokok manggis tu.

AtieYusof said...

Sy pun suka manggis...
Singgah follow sini #259..
dari segmen pokok manggis juga...:)

MulutPayau said...

buah manggis peberet saya jugak tu...

wahida said...

saya peminat manggis...suka sgt!!

Irfa said...

manggis buah yg jujur ;)
dr luar dh tahu isi didalam

makchaq said...

Makchaq pun suka makan manggis, makchaq suka yang merah dan belum masak betul tu..
Ada jugak kem manggis masa kecik2 dulu.. tu pun makchaq suka..

mamawana said...

Assalam,
Rindu pokok manggis ku di Kg di Perak

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Terima kasih join segmen saya. blog akak saya dah masukan dalam senarai bloglist pokok2u saya. Tahniah akak.

sal said...

apb anak2 dah masuk asrama..memang rasa sunyi..maklumlah dah lama bersama dgn anak2..makan bersama..