sukahatilah abang......
asal diam sudah....
semua hero hero abang
Semua hero hero abang yang dah patah kaki,
tinggal sebelah tangan,
kepala tercabut, semua ibu dah buang ye abang...
sebab ibu malas nak tengok banyak sangat part part badan ultromen abang
ibu tinggalkan otomen dan raksaksa yang cukup sifat je
Lagi satu abang patah patahkan kaki tangan barbies kakak
dan abang buang kan sebab abang kata
biar kakak tak payah main,
sekarang giliran ibu pulak kata macam tu pada abang
ha...biar abang tak payah main
Tapikan abang dan kakak,
ibu terkejutlah abang dan kakak bergaduh
kakak kata pada abang otomen tak wujud
abang kata pada kakak barbies tak wujud
pandai anak anak ibu ni ye..siapa yang ajar tu?
mama ye?
memang semua tu tak wujud abang
semuanya hanyalah dunia khayalan
nanti abang dah besar abang fahamlah
sekarang kan dunia abang dan kakak adalah bermain kan?
bermainlah sampai bosan ye...anak anak (,")
Tapi yang paling penting, walau sepah macam mana pun
lepas main main sila berkemas semula ye.....
16 jeJari meNulis:
ehhh...
otromen wujud!!
cuma bila kita dah besar.. dia diam diam hilangkan diri
masa anite kecik kan.. ada otromen Taro..power!!
saya en.hb yang selalu buangkan.. hehehhe
salam kenal ya
Doc
---
hehehehe betul jugak tu
abang ariq lagi terer otomen tiga,mebius apa lagi ntah
semua lagu tu abang nyanyi di telinge ibu,
sampai ibu kata abang diamlah
bosan ibu asyik asyik otomen
syiela
------
enpakwe akak pulak dia suruh biarkan
biarkanlah anak anak tu nak main katanya
Anak-anak boleh ralit kalau main ini semua Sya. Cerdik juga boleh kata semua tu tak ujud tapi dia syok main:)
betul kata doc tu. otomen wujud sejak saya kecik lagi. Jegento dan giant robot pun ada .... ngeeee
eh ganas jugak abg main. Nasib patung dan gambar2 aje yg putus kaki putus kepala.
Jangan buat mcm tu kat baby jiran tau .... hehehe
kakzakie
--------
memang di ralit dengan hero hero
jadinya kalau si KC tak kacau tak bergaduh lah
sya pun terkejut jugak diorang boleh cakap macam tu, sya tanya wujud tu macamana
KC jawab tak hidup
kira dia faham lah tu kan kak?
YB
--
agaknya sebelum yb kecik pun dah wujud kan? ;p
YB-2
----
dengan baby dia layan baik, abang suka dapat main dgn baby, terserlah ke"abang"an dia hehehehehe....
ye betul..lepas main, kemaslah semula...klu tidak pening kita nak kemas yee..
kak sal
-------
anak2 dah tahu kalau ibu pegang beg plastilk tandanya ibu buang
sy suka melayan
kerenah bdk2 hehe
kita ikut jd bdk sekejap :D
hehehe..
anak2 mcm tu la..
suka tampal2 :-)
Tomei tucen2 tu! Sayu jugak baca perbualan 2 beradik tu..
Perbualan anak-anak adalah gambaran keluarga kita. Semoga Terus bahagia
Post a Comment