Friday, July 27, 2012 By: kasihibu

PERTAHANKAN DIRI TIDAK SALAH, TAPI ADA PERBUATAN BELIAU TERSEBUT ,YANG MEMANG MENJADI SATU KESALAHAN

Dipenjara Kerana Pertahan Diri Dari Di Rogol

KUALA LUMPUR: Kisah seorang surirumah, S. Kalaichelvi yang dijatuhkan hukuman penjara dua tahun kerana membunuh orang yang cuba merogolnya mendapat perhatian banyak pihak.

Ramai yang bersimpati dengan nasib beliau itu dan tidak berpuashati dengan hukuman yang terpaksa beliau hadapi kerana mempertahankan diri dari dirogol.

Namun ada juga yang berpendapat hukuman itu wajar kerana pembunuhan itu dianggap kejam berdasarkan kesan luka kepada kepala perogol itu.
Di Ipoh Isnin lepas,  seorang isteri yang cuba dirogol oleh seorang lelaki yang dikenalinya telah dihukum penjara kerana tindakannya menetak perogol dengan parang sehingga menyebabkan kematian. 

Dan kerana perbuatan mempertahankan dirinya itu, Mahkamah Tinggi Ipoh telah menjatuhkan hukuman penjara dua tahun ke atas S. Kalaichelvi, 24 tahun, selepas dia mengaku bersalah menyebabkan kematian seorang lelaki yang cuba memperkosanya pada tahun lepas.

Hakim Datuk Zainal Adzam Abid. Ghani memerintahkan S. Kalaichelvi menjalani hukuman tersebut selepas mengaku bersalah menyebabkan kematian M. Kumaran, 29, di dalam rumahnya di Taman Bistari, Ayer Tawar, Manjung di antara pukul 3 hingga 3.30 pagi pada 7 Januari 2010.

Mengikut fakta kes, lelaki yang dikenalinya itu menceroboh rumahnya kira-kira jam 3 pagi dari pintu belakang ketika suami wanita itu tiada di rumah. 

Lelaki itu cuba memperkosanya tapi dia dapat melarikan dirinya ke dapur dan sempat mencurahkan serbuk cili ke mata perogol itu. 

Dalam keadaan matanya yang pedih, perogol itu masih cuba untuk mendapatkan Kalaichelvi, tapi wanita tersebut dengan pantas mencapai sebatang besi dan memukul kepala lelaki itu.

Apabila lelaki itu berjaya merampas batang besinya, wanita itu mencapai parang dan menetaknya beberapa kali sehingga mati.

Beliau dengan bantuan suaminya kemudian membungkus mayat lelaki itu dan membuangnya ke parit di tepi jalan menjelang pagi.

Hakim Zainal Adzam dalam penghakiman bertulisnya berkata, Kalaichelvi sepatutnya dihukum lebih berat kerana melakukan 'pembunuhan kejam' terhadap perogol tersebut.

Seorang pengguna facebook telah memasukkan cerita ini dalam dinding facebook dan mendapat sambutan hangat para pengguna laman sosial itu.

Tidak sampai satu jam ia dimasukkan, 6,536 orang telah berkongsi cerita ini manakala 5,470 menyatakan 'like' kepada cerita ini.

Cerita ini juga menerima 4,341 komen dalam masa 40 minit.

Hampir semua komennya tidak berpuashati dan meminta kes ini dikaji balik untuk memberikan keadilan kepada wanita yang berani mempertahankan dirinya ini.


sumber : Harakah Daily 




Anonymous said...




hukuman bunuh boleh disabitkan sek. 302 kanun keseksaan boleh dihukum gantung mandatori,bagi hukuman di bawah seksyen 304 Kanun Keseksaan bagi membunuh tanpa niat yang memperuntukan hukuman maksima sehingga 25 tahun penjara. walaupun untuk mempertahan diri,mangsa mampu elakan daripada membunuh tanpa menetak suspek berkali2 hingga mati. mangsa juga tidak menghubungi polis dengan membuang suspek ke dalam longkang untuk memgembunyikan kematian. bagi suspek pulak jika disabitkan kesalahan merogol boleh dihukum 20 tahun penjara dan sebatan..walau apa pun mangsa telah melakukan pembunuhan dan mengaku bersalah. jadi sebagai manusia yang berakal adakah 2 tahun penjara keatas kesalahan membunuh diangap kejam. setiap kesalahan ada hukuman nya.
Ramai yang pertikaikan 
bila baca komen dari seseorang itu
baru lah sya faham dan dapat menerima 

ada kesalahan yang di lakukan oleh individu tersebut
sekadar pendapat duapuluhsen dari sya saja......

12 jeJari meNulis:

doc said...

suami dia ada kena dakwa jugak tak..?
sebab subahat buang mayat?

KhaiRin : anies said...

kiranya dia da bersubahat dgn suami dia bla menyorokkan mayat tu..suppose dia kasi pengsan pon da ckp...

mmm dunia2

kasihibu said...

Doc
----
Tidaklah di ketahui,nanti nak tanya pakcik google nasib suami dia mcm mana

kasihibu said...

Khairin
---------
Yg sya faham itulah dia

atuk said...

Assalamualaikum Sayangibu

Hakim yg lebih bijaksana


Insyaallah, iftar ikut sunnah

nn lylyn said...

die patutnye call polis lepas kejadian..mesti leh bebas..

ibundo said...

Cuba letak diri kita dalam keadaan mereka. Bolehkah kita berfikiran waras masa itu? Apa yang terlintas di kepala kita cumalah untuk menyelamatkan diri. Hukuman patutnya lebih ringan.

rieda_ffya said...

susah kite nk cakap...hanya pemangsa yg boleh gambarkan..dia yg alami.. silap dia membuang mayat tu bersama suaminya..then cube kalo kite yg jadik mangsa

Cho Zila said...

payah nak katakan kalau kita berada di tempat dia... maruah ingin dipertahankan... berdoalah selalu semoga Allah memelihara kehidupan kita sekeluarga...

sudipVSsenduk said...

hidup susah, mati pun susah

Papa Mifz said...

oh kalau betul mempertahankan diri tak perlu la sorok2 mayat...

@cu SaYaNg said...

ngeri lak terbayang dia tetak orang tu..eeeeee