Tuesday, July 24, 2012 By: kasihibu

MAIN MAIN TERSELIT!!!!!!

Malam  tadi sya sangat geram dengan abang ariq sebab dah hampir jam 12 malam dia tak mahu tidur lagi
masih main, bila padamkan lampu dia menangis, dan ambil kerusi bukak lampu

masa ni dah mula minta tolong

Jadi sya masuk bilik  anak dara tidur baring baring
dia main main dengan kerusi kata abang muat..abang muat

Lama sikit sya dengar
ibu............abang tersangkut
ibu tolonglah abang tersangkut

Sya tengok saja,sambil bebel 
itu lah ibu suruh tidur tak nak
abang keluar sendiri dari kerusi tu ibu tak nak tolong

Ibu....tolonglah abang bu, abang tersangkut
sambil nangis
muka minta simpati

Sya kata lain kali kalau ibu suruh tidur tu tidur je lah, esok pagi ibu nak keje
Dah bebel bebel tu sya kata abang tidur ye, ibu buatkan susu ye
Baru dia kata nak

Dah siap susu bawak tidur dalam bilik sya dan tutup lampu,
dia pun macam biasa  tidur di celah ketiak ibu
sambil minum susu
dah habis susu dia tak tidur jugak dah jam 1 masa tu
Sya kata abang tidur lah.ibu dah mengantuk ni

Lepas tu dia depangkan tangan
suruh ibu tidur dekat ketiak dia
Ibu.angkat lah kepala letak dekat ketiak abang

Aduhai..anak ibu ni banyak songel sangatlah pulak!!!!
Tak mahu lah ibu, nanti patah pulak ketiak abang, kepala ibu berat
dia ketawa je
lepas tu dia nyanyi nyani lagu otomen nabius lah , otomen tiga lah
sya kata tidur lah abang.............
dan yang pasti sya tak sedar ntah jam berapa dia tertidur
nasib baiklah ibu boleh bangun sahur jam 4.30,

sebab nak telefon kejutkan enpakwe sahur
kesian enpakwe kena urus diri sendiri : (

haaa.....itulah padahnya bila tidur petang ye abang...........

21 jeJari meNulis:

cheqna said...

hadoi..macam2 tau =)

Ibu n Abah said...

heheheheheh
akhirnya beralah jugak si ibu.. kan..
memang dalam marah pun memang tak sampai hati..
** Selalu tengok kat cina saja yang jadi selit2 macam tu...

Kakcik Seroja said...

Itu yang kakcik tak bagi anak2 tidur petang sebab bila malam memang dia orang akan berjaga. :)

Izza - Jiejah said...

ahahahha sabar je kak yer ,bebudak tgh melasak .nasib baik bleh keluar ,kalau x kene panggil bomba ekekke

kasihibu said...

cheqna
-------
memang macam macam, geram ibu..sampai akak letak status dekat fb lagi sebab geram ;p

kasihibu said...

akak
----
sya senyum baca komen akak
ni kenyataan bukan dekat china tp dekat taman sejahtera ni ceritanya ;p

mana nak sampai hati kak, siap buat muka lagi

kasihibu said...

kakcik
------
abang ariq tertidur masa memandu balik ke rumah dari rumah pengasuhnya
sya kejutkan lepas tu dia sambung tidur lagi kesian pulak tengok dia masa tu.

kasihibu said...

mommy
-----
hehehehe lepas tu ramailah peminat abang ariq dan ibu abang ariq ;p
hahahha...penuh perasan kan?

Darling Pya said...

hahahaa...macam2 kerenah abang ariq nie...nasib la ada orang kat rumah kalau terselit sorang2?? naya je

dear anies said...

hehehe mcm2 kerenah..

Kakzakie Purvit said...

Gelihati pulak kakak baca N3 ini Sya. Konon nak balas jasa ibu lepaskan dia terselit tu nak suruh ibu baring lengan dia hihi...

Betul-betul bijaklah Sya...

Dr K said...

ahaha..anak saya dua dua org tu, pukul 1pagi pun masih ligat lari lari dalam rumah tau...sorang umur dekat 4 tahun, sorang lagi baru setahun sebulan!

Dinas Aldi said...

Kehehkehkeh mintak maaf saya gelak pulak bila tengok si abang Ariq tersangkut kat kerusi tu :D

kasihibu said...

@cu
------
Memang banyak akal,kalau akak kata abang banyak akal
dia jawab abang x buat akal lah bu....
Pasal itulah nasib ibu x lena dkt bilik sendiri sbb dia main di bilik kak ngah

kasihibu said...

Khairin
---------
Kalau dia x ada memang sunyi,tp bila dia ada memang penat;-)

kasihibu said...

Kakzakie
----------
Dia memang selalu suruh ibu tido dkt ketiak abang
sbb Kc dgn dia tido dkt ketiak ibu

kasihibu said...

DZ
----
Budak lelaki membuas sedang nak besar

kasihibu said...

Dinas
-------
Ibu x marah pun...ibu sama gelak abang masa abang tersangkut dkt kusi;-) siap leter2 lg

Unknown said...

kalau dah pukul 1 tu, baik makan sahur terus ..

Pok Li said...

Letihnya melayan budak-budak :)

Pokok Manggis Depan Rumah said...

hehehe..
dah tersepit baru minta tolong...
biasa la akak budak2..
dah mmg sifat dorg suka main.
main sampai penat baru tido..huhuhu..