Thursday, July 5, 2012 By: kasihibu

KADANG KADANG HILANG KESABARAN SAMPAI LUPA KETAKUTAN KAN?

 Sya baru saja lepas   klik tajuk tajuk dalam senarai blogger sya
terus masuk ke dalam ini.......... 
sya baca dari awal sampai nak ke akhir sikit tu
terkejut jugak lah

sebab sya ingat sya je yang berimaginasi macam tu
rupa rupanya ramai lagi srikandi yang sejiwa dengan sya ye (,")

sebenarnya ada kala ragam pemandu ni memang menghilangkan kesabaran orang jugak
yang sya nak kongsi disini ada satu petang sya baru balik kerja  nak ke Banting ambik si anak anak
lepas tu dalam perjalanan balik singgah di bank nak ke ATM

Tahu sajalah pekan Banting ni sesak, kereta parking ikut sempat ada tempat kosong diorang masuk,
kalau masuk ikut parking yang betul tak apa lah ni
aduhai...
sya pun pusing pusing 2 kali bangunan tu semata mata nak cari parking tak jumpa,
sekali pusing lagi adalah ruang parking


Tapi yang nak angin sangat tu, kitalah penat, panas lagi dengan lapar pun ia jugak, kereta yang hebat sangat tu parking ambik 2 ruang 
hahahaha...siap lukis daaaa..... 

 Kira macam ni lah parking tu  , lepas tu siap bersenang lenang bertelefon lagi,
sya tunggulah sikit dekat belakang kereta dia dengan harapan dia faham
dan alih  betulkan parking dia kan

Tapi memang hampeh!!!!

Sya pusing lagi sekali bangunan tu, dan nampak pemandu tu masih lagi bersenang lenang dan tak betulkan parking dia dan kebetulan pulak sya dapat parking selang 3 buah dari kereta tu.

Hati sedang panas kan..sya tak tunggu dah,  keluar dari tempat parking terus sya pergi dekat kereta dia ketuk cermin kereta dia , orang tu terkejut agaknya dia turunkan cermin
lepas tu sya kata dengan dia "U tak pandai parking ke tak tahu nak parking?
Cuba u tengok macaman u parking, menyusahkan orang lain tahu
Agaknya dia terkejut kot, terus minta maaf dengan sya dan betulkan parking kereta dia

Lepas tu  bila sya masuk kereta anak dara sya tanya, ibu cakap apa dengan orang tu  bu?
Ibu  katalah “ u tak tahu parking ke” ibu dah geram sangatlah tadi
Dah lah susah nak cari parking geram ibu.
Lepas tu anak dara sya kata ishhh..ibu tak takut ke buat macm tu bu

La…………….. masa tu baru teringat, agaknya sebab marah sangat kot terlupa pada ketakutan
Bayangkan kalau orang tu naik angin jugak macam sya masa tu kan?
Dalam perjalanan sya kata dengan anak anak, lain kali jangan ikut perangai ibu yang tadi ye anak anak….

23 jeJari meNulis:

faraherda. razalan said...

Memang pun! Klu ikutkan hati baran kite, kan? Tapi akak berani tegur. Sy cuma hon jelah. Nak tegur pun, kete byk. Beratur2 kat blkg. Seme gara2 org degil tu la.

Terima kasih kak sbb pampangkan gambar Aydin tu. Hehehehehe!

Daddy Ziyyad said...

org malaysia mmg ramai yg takde sivik bila di jalanraya..saya dah lama fed up

kakcik said...

Mula-mula tengok gambar Aydin tu, kakcik ingat kakcik salaqh masuk blog... hehehe...

Tapi bila angin dah naik ke kepala, memang boleh lupa segala kan? :)

kasihibu said...

Fara
----
bila dah hilang sabar tu terlupa jadinya sebab geram kan?
gambar budak cute yg hensem tu ok je maaflah bawak lari kesini pulak ;p

kasihibu said...

Daddy Ziyyad
------------
betul tu, nak nya yang potong line lepas tu himpit kita pulak, dulu masa akk di shah alam, orang yang buat gitu, akk kejar balik, lepas tu bawak dekat2 je, memang brutal masa tu geram, kita dah lah penat lepas tu jem lepas tu ada pulak yg buat macam tu
sekarang ni dah baik dah lantaklah kau nak buat apa, tp sesekali tu berangin jugak

kasihibu said...

kakcik
------
hehehehehe... dah betul dah cuma sya bawak lari muka si hensem tu saja

Kakzakie said...

Kakak macam kakcik ingatkan masuk blog fara..

Itulah Sya mana-mana di M'sia nie perkara ini dah jadi macam biasa. Apa lagi kalau di pasar malam tu aduhai boleh pengsan tak boleh lalu orang parking kanan-kiri nak lalu tinggal satu di tengah-tengah habis jln dua hala memang parah:(

Maiyah said...

salam..

bab parkir ni mmg sensitif huhu.. sama le kita.. lagi plak dorang parkir selamba kat oku punya yg sy ni keneeeee le byk sabarrr.. sabarrr je la kita ya

MulutPayau said...

kalau dah sakit hati dan geram tu mmng lupa segalanya.....Saya tabiklah ngan sya yg berani pergi tegur.....

cik lala said...

Amboi garangnyer..
tp xpe..kita tegur pun sbb org tu buat slh...
nsb baik org tu tak melentingkan..hehehe...baguslh jugaklh dia...

Sz said...

cayalah kak!
klu saya konpem tak seberani akak..heeee

Ibu n Abah said...

sha...
bila tengah marah memang kita nampak org yg kita marah tu makin kecik2 dan kecik..
itu yg kita tak hengat2 apa-apa dah...
:-)
bagus!! memang kena bagitau pemandu yg parking sampai 2 petak dan leka bercintan dlm telephone...

kasihibu said...

kakzakie
----------
hehehe...en3sya adalah sambungan dari kisah fara..kejadian tu lama awal tahun ni masa anak2 dara sekolah di sini..
kalau di pasar malam lg masalah sbb tu sya x suka parking susah

kasihibu said...

w.salam
ha...yg tu satu lg KEPANTANGAN sya.... akal kurang berfikir atau tak tahu berfikir orang yang jenis macam tu memang tak ada rasa segan dengan orang lain kot?

kasihibu said...

sebenarnya sya segan nak tulis en3 ni, lebih lagi buat depan anak2 tp memang dah geram sangat rasanya masa tu

kasihibu said...

betul tu dik nasib baik lah,mungkin sbb dia sedang leka bertelefon dan terkejut kot tiba tiba ada org ketuk cermin kereta

kasihibu said...

bukan berani sangat tp kiranya situasi adalah seperti tajuk lupa pd ketakutan

@cu SaYaNg said...

kalau dah geram & sakit hati memang lupa pada rasa takut tu kan??
tabik spring pd akak sebab berani "sekolah" kan pemandu tu :)

atuk said...

Assalamualaikum Kasihibu

baik ibu..saya tak buat macam ibu...(menurut perintah...he he)


saya pun ada alami....tapi tak berani nak tegur..sebab badan saya kecik...he he

kasihibu said...

Akak
------
Nampak mcm keciiiiiiiiikkkkkk.....sangat kan,lg dasyat kalau nampak kelam hehehe..

kasihibu said...

Acu
-----
Betul dik...memang x ingat dah buat baru teringat.

kasihibu said...

Atuk
------
hehehe...pandai pulak ibu tu larang anak dia kan?hrmmmmm.....ibu siapalah tu

JunAina said...

Saya paling2 honkan aje dari dalam kereta tanpa turunkan cermin, bukan apa kat Malaysia ni ramai org sakit mental sekarang ni.