Disebabkan tiada gambar, maka nya mari bayangkan bersama sama ye
Kalau hujung minggu sya pergi pasar basah di Telok tu,
selalunya peneman setia si abang ariq
Jadinya tauke cina tu memang dah kenal sya dan abang ariq.
Tiap kali sya ke sana mesti tauke tu hadiahkan si abang ariq seekor ikan keli yang hidup tu
walau pun dah berkali kali sya kata tak payah bagi pada abang ariq, tp memang dia akan bagi jugak
Minggu lepas dapat lah seekor lagi ikan keli
Kalau sebelum ni, ikan keli tu abang lepaskan dekat lubang air di bahagian dapur rumah
yang sya tak tahu ke mana arahnya air tu
dan sebelum ni juga dah selamat buat lauk sekor tu untuk sya soranglah
Tapi yang minggu lepas punya sya masuk ke dalam akuarium
Hari Jumaat petang masa sya sibuk sibuk nak bersiap balik kampung
abang ariq main main dengan si ikan keli tu
Bila sya keluar tengok air ikan tu dah bertukar warna merah
Sya tanya abang buat apa dengan ikan tu?
Abang cubit cubit ikan tu bu, sebab abang geram
Aduhai anak...
tak lama lepas tu ikan keli yang dah seminggu bernafas tu terus nazak dan meninggal dunia
Sya bawak balik rumah Mil, untuk buat lauk bagi pada kucing mendatang dekat rumah tu
Itulah nasib si ikan keli........Hailaaaaahhh.....abang!!!!!! (,")
13 jeJari meNulis:
sik baik ikan keli..aduihhhh mcm2 hehehe
nanti mak ikan keli marahhh!!!
aiyoooo !!!
Hahaha... nasib awaklah ikan keli. Boleh dia cubit macam mana tak boleh kakak bayangkan Sya:)
Nasib baik tak kena sengat
Assalamualaikum Kasihibu
ikan tu tak ada penyengat dia ke...
berbissa tu....
adoiii..kena cubit ikan keli tu...hahaha
Khairin
-------
dia bukan takut apa pun, geram tengok belum lagi cerita dia kejar monyet di asrama kakak dia hari sabtu lepas
doc
---
kalau ibu yang buat macam tu pandai pulak dia kata "kesian dia tak dapat jumpa ibu dia"
Kakzakie
---------
sya pun tak terbayang dan gambarkan macam mana dia cubit ikan tu, yang sya nampak air dah merah je, bila tanya dia kata abang cubit ikan tu katanya
YB
--
sya dah buang sengat duri tu, baru masuk ikan dalam bekas tu
atuk
----
w.salam...
sya dah buang duri ikan sebelum tu
Daddy Ziyyad
-------------
tak dapat nak membayangkan macam mana dia mencubit ikan, tp yang pasti memang ikan tu jadi nazak terus nyawa nyawa ikan
nasib si ikan keli...huhu
Post a Comment