sumber pakcik google
Semalam ramai warga emas berurusan di tempat kerja sya.
Ada seorang pakcik tu umur lebih kurang sebaya hj atok atau mungkin berumur sikit dari itu
Yang sya rasa sayu tu , pak cik tu kata
Pak cik ni kalau anak anak muda bersopan santun layan baik pada orang orang tua,
pak cik ni mudah hiba ,cepat terharu sedih aje tengok orang muda layan baik pada orang orang tua macam pakcik ni, sebab rasa sangat di hargai , di sayangi
lebih kuranglah macam tu katanya
Pak cik tu kata lagi, orang orang tua ni
Hidup tak tahu selama mana,
tak ada apa harta benda yang orang tua hendak
Cuma perhatian kasih sayang hormat itu pun dah cukup
Huhuhuhu……..masa sya dengar pakcik tu cakap macam tu
sya teringgat pada hj atok dan hajah emaklah pulak L
Kesimpulanya berbudi bahasa tak rugi pun,
dapat pahala lagi sebab kita memberi kegembiraan pada orang kan?
Sayangilah orang orang yang lebih tua dari kita,
hormatilah mereka....gembirakan hati mereka
Mudahnya mendapat pahala dan mudahnya juga mendapat dosa
Hidup kita memang sesuatu yang indah kan?
15 jeJari meNulis:
alhamdulillah bila dilayan dengan baik..kita pun akan tua nanti kan..kalau panjang umur..insyaallah
Kita akan tumpang seronok bila tengok di wajah 'emas' itu terukir senyum bahagia, :)
hati acu mudah tersentuh bila jumpa orang tua...tak sanggup nak kurang ajar dgn orang tua sebab terbayangkan mak & arwah ayah
Sedih pulak akak teringat emak kat semenanjung. Kekadang menangis kerana anak menantu punya perangai tapi dia tak pernah membenci...terasa pula kalau kita tua nanti macamana anak kita layan.
Kakak rasa sayu pulak Sya. Tapi jelas dia amat berterima kasih dgn layanan yg Sya berikan. Syukur ada doa darikanya tanpa Sya sedari...
tetiba teringat mak ayah kat kampung.....
hehehe....saya membaca pun turut rasa sayunya sbb setiap hari kami juga berurusan dengan warga2 emas
acik erna
---------
betul tu kak, kita ni macamanalah agaknya bahagian di hari tua kan?
kakcik
------
betul tu kakcik, sama sama gembira kan?
@cusaYang
---------
betul tu acu, rasa nak je membantu diorang kan? kalau tengok warga tua yg masih bekerja tu, lagi sedihkan? kesian je
~~zana@pb~~
-----------
hubungilah mak, bila kita dengar suara mereka pun dah lega hilang resah di hati kan?
Kakzakie
--------
masa pakcik tu cakap macam tu sya memang rasa sayu
aanie
-----
hubungi mereka, mesti diorang rasa gembira juga
eelobor
-------
layanlah dan bantu mereka semesra mungkin
Assalamualaikum Kasihibu
memang betul kata atok tu
mereka perlukan kasih sayang ajer..
Post a Comment