Friday, May 11, 2012 By: kasihibu

MEMANG NOSTALGIA SUNGGUH KAN?

Orang kampung macam sya ni, apa je yang tak pernah di makan?
masa kekecik dulu sya lebih banyak duduk di kampung bersama arwah atok dan uwan

Lagilah terserlah kepakaran sebagai budak kampung yang lasak , main dalam hutan, sawah bendang,
tepi tali air, dalam sungai , meriah betul seronok rasanya bila ingatkan suasana masa kekecik dulu.


sumber pakcik google

Siapa kenal ini adalah buah asam kelubi perghh…
cair mulut  tapi sangatlah masam buah tu sya memang tak boleh layan ;p
Tapi teruja lah sangat sebab buah dia banyak di pangkal pokok.


sumber pakcik google

Buah senduduk yang warna unggu tu,
 nostalgia betul lepas makan rasa dia manis manis mulut pun kaler unggulah kiranya

Buah letup leyup yang menjalar warna oren kalau masak
Bila kita makan rasanya masam masam manis macam buah markisa sikit


                                                          sumber pakcik google



 petai belalang pun sedap, masa sya mengandung si kakak chantik
 memang sya suka makan petai belalang ni, tak tahu lah kenapa

Pokok tu kan banyak tumbuh di merata rata belukar,
sya sanggup redah nak makan petai belalang tu, rasa sedap sesangat kiranya masa tu
Hrmmm jadi patutlah si kakak chantik boleh makan petai  macam kunyah kacang je gayanya walaupun sya melarang dia makan petai  (,")

Banyak lagi  makanan nostalgia yang masuk dalam perut sya 
panjat pokok jambu batu putiknya makan dengan garam

panjat pokok jambu air makan dengan sambal kicap
makan limau kasturi cicah dengan asam boi

ermmm..apa lagi ye
lupa lah pulak

Ada apa lagi makanan nostalgia rakan rakan semasa kekecik?
mari kita kongsikan bersama

Dulu dulu je ada nostalgia ni, bebudak sekarang
hrmmmm...anak anak  dara sya yang besar tu  pokok kekabu tu pun dia kata kapas
Ibu..banyaknya buah kapas!!!!!!! 

19 jeJari meNulis:

kakcik said...

Masa kat kampung dulu, petai belalang tu (kakcik panggil petai jawa), dimasukkan sekali dalam sambal tumis. Yang muda pula dibuat ulam makan dengan sambal kelapa. :)

Kakzakie said...

Hehe... lebih kurang kakak aje Sya... makan jambu botol biji kan besar buat baling ayam yg mengiring anak sebab takut kena terjah ibu dia...

Buah kemunting Sya tahu tak, yg montel-montel bila masak warna dia agak maroon. Itu pun kakak makan tau..

KhaiRin : anies said...

buah letup2 n buah api2..fav sy..kalu mkn buah senduduk kena mrh ngan mak sbb lidah mcm drakula heheh

al-lavendari said...

pkangah gemar buah ceri dan buah "lombo" - yang pokoknya kecik macam pokok palas dan buahnya kat pangkal.

gadisBunga said...

buah senduduk boleh makan ke kak? siyes ke nih?

mamaijat said...

...beruntungnya badan..
mamaijat walau dok kampung tapi...x pernah merasa semua tu..
baru2 ni ke pekan sari terjumpa satu buah..dengan bangga tunjuk kat anak2...nilah buah 'kerdas'...
tetiba si penjual kata,mak cik ni buah asam jawa...
kwang3....

kasihibu said...

kakcik
------
sya pernah dengar juga orang masak buat sambal, tp sya tak pernah makan lagi

kasihibu said...

kakzakie
--------
seronok kan ?sya pernah buli anak ayam arwah atok, sya pusing pusing ayam tu laju laju dgn tangan lepas tu lepaskan, terhuyung hayang ayam tu kesianlah pulak nakal betul sya kan?

kasihibu said...

khaiRin
-------
bauah letup letup tu kena yang besar lepas tu letup dekat dahi kengkawan ;p kuat bunyinya kan?

kasihibu said...

pak ngah
--------
buah lombo
ye..sya puas ingatkan tadi pokok tu macam anak sawit sikit kan? masammanis rasanya kan? sya pun pernah makan jugak, buah ceri panjat pokok ceri jatuh patah kaki (,")

kasihibu said...

GB
--
dik..boleh je makan manis rasanya nanti kalau terjumpa tu jgn lupa cuba rasa ye.

kasihibu said...

mamaijat
--------
hehehehe...aduhai sekali tersalah info sudah ;p

pokok kerdas sya tak kenal pulak.

Adry@Daun said...

As salam Sya,
Buah kelubi tu sejak saya duk sini langsung tak nmpk btg hidungnya. Kalo kat kelate, buah kelubi ada jual kat pasar. Petai belalang tu saya ada tnm tepi rmh kat kg.

Kelubi jeruk mmg best.. Kecur air liur la pulak igt jeruk kelubi....

kasihibu said...

adry
----
w.salam tp dekat sana macam macam jenis buah yg jarang dan tak pernah kita jumpa, boleh jumpa terutama dari thailand kan?
dekat pantai timur buah sepanjang musim sya suka jeruk bawang putih sedapnya.

cheqna said...

kak
emelkan no phone akak ke alangfarina@yahoo.com
kalau akak ada di trg pada 26 mei tu cheqna nak jmput g umah suami pada 27 mei tu...

kasihibu said...

cheqna
-----
terima kasih sangat sangat..nanti akk emailkan

Ibu n Abah said...

Sha..
Daunsenduduk tu boleh rebus ngan pucukbetik untuk kurangkan pahit pucuk betik....

MulutPayau said...

meleleh air liur tengok buah kelubi tu...kalau dijeruk lagi sedap...

Zaitun said...

Dulu kak Zai juga gadis kampung macam sya. Semua benda2 dah biasa dimakan.