Hari ni adalah hari lahir ayong yang ke 11
Kalau ikutkan 18/5/2001 adalah hari Jumaat juga masanya
Sya ingat lagi sepatut nya hari rabu 16/5 sya dah kena tahan ke wad di Hospital Langkawi masa tu
Tapi sya mohon sangat sangat kebenaran doctor untuk travel balik ke tanah besar untuk bersalin si ayong, sebab due sya adalah 18hb , dah nak bersalin pun masih kerja lagi tak bercuti untuk persiapan pun. Sepatut anak sulung lagi hebat persiapan untuk menyambutnya kan?(,”)
Doktor tu tak benarkan sya keluar sebab dia tak mahu ada sebarang kemungkinan macam tu.
Tapi dah sya ni memenag degil bega kato orang Negeri Sembilan, masih lagi merayu pada doctor supaya sya di benarkan untuk keluar dari tanah besar
Doktor tu mengalah jugak tapi dia remark guna pen dakwat merah dekat buku merah sya tu
Hehehehehe…patut lah ayong keras hati, ikut perangai ibu ghupanya ye
Maka dengan keterpaksa izin doctor tu petang rabu tu bergerak lah sya naik ferri bersama enpakwe untuk balik ke tanah besar.
Masa sepanjang panjang perjalanan dari Alor Star ke Kuala Lumpur, sya tak boleh tidur lena pun sebab sakit di bahagian pinggang dan kesakitan tanda awal bersalin
Sampai di Selayang, masa tu mak cik bertugas di hospital selayang, sya dan enpakwe turun di Greenwood Gombak dan terus ke Hospital Selayang pagi khamis tu.
Bila buat pemeriksaan bukaan adalah 2 cm, tapi di sebabkan wad penuh sya di beri kelepasan dan di suruh masuk wad petang jam 2 hari khamis tu
Balik ke rumah makcik dan sya rehat rehatkan diri, tapi sebab sakit kan, gelisah sajalah
Tiba jam 2.00 petang, bukan sya dan enpakwe ke hospital lagi, tapi pergi berjalan jalan dan shooping terakhir di pasaraya bintang sebelah hospital tu
Teruk betul perangai boleh lagi beriang ria lagi dalam sakit sakit pinggang tu
Dalam jam 4.00 petang baru sya pergi ke hospital itu pun selepas di ceramah dek keluarga (,”)
Sya masuk wad petang tu, dan belum ada lagi tanda tanda untuk bersalin, pagi jumaat doctor masuk ubat untuk buka jalan, enpakwe yang setia menanti di hospital kesian sya tengok dia serba tak kena , sedangkan sya masa tu tak ada rasa apa apa pun cuma rasa sakit tu saja lah
Ingatkan sya bersalin sebelum Jumaat, rupanya sya bersalin jam 4++
Nasib baik ayong tak lahir di lebuhraya utara selatan tu kan?
Ayong masih tak tahu ibu, ayah dan tok ada kejutan untuk ayong ni
Sya kata dengan dia , ibu tak dapat nak jengok ayong minggu ni, ibu ada majlis qiamulai
ayong kata: tak apalah ibu, nanti cuti sekolah kita jumpa ye..( alah…kesian anak ibu )
Pagi esok kami semua akan ke asrama bawak kek yang sya ambik semalam
dan malam tadi sya dah buat agar agar oreo dan brownies untuk menjamu kawan kawan diorang
petang ni nak beli kerepek kerepek sikit di Banting
Esok pagi tok akan tolong ibu buat goreng mee hoon , kuetiaw dan juga buat nasi lemak
Sepatutnya petang ni sya dah gerak balik ke Seremban, tapi
Sebab petang ni hingga pagi esok sya ada program qiamulai,
jadi nya esok selepas habis program qiamulai baru sya gerak ke Seremban
dan kami semua akan gerak ke sekolah anak anak dara
Itu lah di namakan kejutan kan?
28 jeJari meNulis:
selamat hari lahir utk ayong...
Tentu seronok ayong bila ada kejutan utk dia nnti...
Cerita gembira tapi entah mengapa kakak pula terharu Sya...
Harapnya Ayong gembira bila bertemu keluarga esok. Salam kakak buatnya moga jadi anak yg solehah dan tabah macam ibunya juga... Selamt Ulangtahun kelahiran ke 11 buat Ayong:)
opocot! terkejut plak! :)
selamat hari lahir buat ayong, semoga ayong menjadi anak yg membanggakan ibu
akak....eiii akak ni....hahah!
akak ni mmg wanita besi lah! kagum saya.
Happy birthday ayong...
Slmt Hari Lahir Ayong
Semoga menjadi anak yg solehah yer..
Akak degil eh...ish3x.. nak babap?
selamat hari jadi ayong...
Punyalah adventerous...dari Langkawi sampai ke Selayang!
selamat hari ayong..semoga gembira terima kejutan dari ibu dan ayah..
MP
--
terima kasih bebanyak, akk pun tak sabar nak buat kejutan untuk si ayong (,")
kakzakie
--------
sebenarnya kawan kawan sya pun terharu jugak memikirkan anak anak dara berpisah dgn ibubapa di usia sekarang, sebagai ibu dan ayah, kami lagi terasa sedih, kesian dan segala rasa lagi, tp apa kan daya
mungkin itu yang terbaik buat mereka
Sya tak sabar nak tengok muka gembira ayong dan ika esok
acik
----
terkejut sudah ye..
akk pun tak sabar nak tengok riak muka ayong dan ika esok
acik
----
terkejut sudah ye..
akk pun tak sabar nak tengok riak muka ayong dan ika esok
GB
---
hehehehe...keras hati, keras kepala ;p
tp lembut jugak dik
sensitf semestinya
cik SHiNJU
----------
amin...terima kasih ;p
ada kala akak ni keras hati dan keras kepala jugak tau ;p
Daddy Ziyyad
-------------
terima kasih...
nasib baik tak lahir dekat PLUS kan?
.....selamat hari lahir buat ayong...
begitulah kasih seorang ibu.....
rela bekorban apa saja......
happy bornday ayong!
mamaijat
--------
terima kasih
bagi ibubapa semuanya nak buat yang terbaik untuk anak kan?
KhaiRin
--------
terima kasih ;p
Macam mana lah agak nyer Respond Ayong bila nengok Ibu ngan adik2 datang kat asrama esok.. mst "TERKEJUT"...
Selamat hari Lahir Ayong... Semoga jadi anak yang solehah, Bijaksana & taat pada perintah agama...
Mesti Ayong seronok dapat kejutan! :D
slamat hari lahir buat Ayong... mesti terharu Ayong dgn surprise ibunya
selamat hari lahir untuk ayong..moga panjang umur dan murah rezki dan jadi anak2 yg saleh..amin
Hepi besday ayong
semoga membesar jadi anak yg baik & membanggakan keluarga :)
Eppy Birthday....
happy belated birthday utk ayong yer...:)
selamat hari lahir ayong:)
mesti Ayong suka sesangat... happy birthday Ayong.
selamat hari lahir utk ayong..
semoga panjang umur dan senantiasa dirahmati ALLAH SWT
Post a Comment