Thursday, April 12, 2012 By: kasihibu

SYA HENDAK MINTA TOLONG NASIHAT DAN PANDANGAN DARI SEMUA

Semalam hari cuti jadi sya ambil kesempatan untuk berjumpa dengan anak anak dara sya

Semalam sya berbual dengan Nur Atika, anak dara sya yang ke-2 tu
K.ngah berkongsi apa yg dia lalui dekat sekolah baru

Ibu kak ngah kena jumpa 2 orang guru
Sya ingatkan sebab apa

Rupanya sebab sikap dia yg suka bersendirian dan adakala bercakap seorang
Ayong pernah bagitahu perkara tu pada sya akhir bulan lepas

31hb mac petang tu, sya keluar dengan k.ngah berdua di bandar seremban berjalan jalan dan makan makan sambil berbual masalah dia berbual sorang dan tidak berkawan tu

Ibu: kak ngah kenapa bercakap sensorang?
Kak ngah: kata dia bosan, sunyi katanya

Ibu: kak ngah cari lah seorang kawan, tak pun berbual dengan ayong
K.ngah: k.ngah tak suka berkawan dgn diaorang yang suka bising bising, main main.. menganggu katanya, kak ngah tak suka bising bising

Ibu: ok lah tak apa , tapi kak ngah jangan bercakap sensorang
kalau bosan atau pun sunyi tu, kak ngah berzikir ke, menyanyi ke
tak apalah macam tu, nanti orang kata kak ngah tak betul pulak

Berbalik pada cerita dia kena berjumpa guru tu
rupanya dia berjumpa dengan guru kaunseling

Sbb dia kata cikgu tu suruh kak ngah cerita kan apa saja, sbb cikgu tu boleh simpan rahsia murid
Cikgu kata kak ngah tak boleh berbual dengan dinding, sebab dinding tidak memberi tindak balas kata cikgu

Sya pun nasihat kan dia juga dan ingatkan kalau dia bosan dan sunyi buat apa yag sya pesan tu
Sya sedih bila dengar cerita sampai tahap di rujuk ke guru kuanseling, sampai sekarang sya rasa sedih sangat.

Apa yang sya perlu buat untuk membawa jiwa Nur atika supaya bergaul dan bukan menyendiri?
Risau juga perkembangan sosial kak ngah macam tu : (


24 jeJari meNulis:

Kakzakie Purvit said...

Sya... kakak rasa sedih juga bila terjadi begini. Sebenarnya kakak rasa ia satu kejutan budaya kerana selama ini di rumah dia hanya ada kakak,adik-adik dan ibu-ayah je - tenang dan tak adalah ikatan utk berbuat sesuatu seperti nak makan/menonton sbg. Pelan-pelan minta tolong kak Long utk perhatikan dia dan temankan dia selalu...

Kakak pun tak pandai sya dlm hal ini.

dear anies said...

dia tak ada kwn baik ke?kalau ada kwn baik, ajk la kwn2 dia tu dtg umah..at least dia ada kwn utk berbual.. x pon msk kn dia ke kelas belajar piano ke, kelas bhs asing ke.. rs nyer kak ngah perlu didedahkan dgn benda yg baharu..

Izza - Jiejah said...

umur berapa yer kak ngah ni ?
bebudak ni kadang² mmg ada "kawan imaginasi" dia . biasa tuk budak² tp kalau dah masuk sekolah rendah rasanya kawan dia tu makin menghilang.. akak slow² up kan social skill dia . time cuti sekolah akak hantar la mana² camp xtvt tuk dia .. sian plak kalau sampai kene rujuk cikgu kaunseling .

kasihibu said...

Kakzakie
---------
kak ngah dari sekolah SRAI lagi memang cikgu bagitahu perkara yang sama, dia suka menyendiri, kurang bergaul lagi satu dia jenis cikgu kata macam tak menumpukan apa yang guru ajar, tapi bila di tanya dia boleh jawab soalan tu

lagi satu dia tak minat buat kerja sekolah, setakat ni prestasi paling teruk pun 4a 1 b, apa pun sya tetap risau dgn nur atika

Memang sya minta tolong ayong untuk memantau adiknya di sana

kasihibu said...

KhaiRin : anies
---------------
masa di sekolah lama dia ada seorang kawan baik,
sekarang ika dan ayong sekolah dan duduk di asrama
terpaksa sbb akk belum dapat berpindah lagi dari sini
memang ada rancangan di musim cuti sekolah untuk masukan ika dan ayong aktiviti cuti sekolah, program motivasi atau apa saja yg boleh membantu perkembangan sosial dia

kasihibu said...

Jiejah @ Iza
-------------
dik umur ika 10 tahun
memang kesian dan buat akk rasa sedih juga
memang ada perancangan untuk hantar
dia dan ayong ke program motivasi cuti sekolah ni

Zaitun said...

Anak kak Zai Mimi seorang yang tak suka berkawan dari sekolah tadika sampai ke sekolah menengah.Pernah juga kak Zai kesekolah berjumpa cikgu sebab2 ini.Alhamdulillah setelah masuk ke uni dia dah berubah, pandai berkawan dan punya ramai kawan.

ibuintan said...

assalamualaikum Sya.. sian jugak dgn kakNgah ,, rasanya dia kejutan budaya tu, cubalah sya jenguk dia setiap minggu

akak lupa nak bgtau masa sya tanya dulu, Sk Batu kikir pun ada asrama untuk mrd sek ren... kelas rancangan khas, bagus sek ni

Yasminhamid said...

agaknya dia tengah cuba sesuaikan diri dengan keadaan baru.. mungkin ambik masa sikit. minta along sentiasa temankan dia.. insyaalah semuanya akan baik..

Ros said...

Assalamualaikum Kasihibu,

Mungkin sebelum ni dari kecik Kak ngah Tak besa dengan bising2 ni kot....pasai tu lah dia tak suka berkawan...

Kesian keadaan kak ngah ni....Apa pun kena pujuk lah dia supaya bergaul dengan kawan2,kalau tak nanti susah la masa depan dia kan....

Acik Erna said...

assalam sya..insyallh nani bila dh jumpa kawn yang serasi kak ngah akan berubah..doakan aje kak ngah..

kasihibu said...

k'zai
-----
masalahnya dia bercakap seorang, lagi satu dia boleh bercakap dengan kucing,ayam, ikan siap ada nama pada haiwan2 tu, sya rasa bersalah mungkin sikap dia macam tu sbb dia kesunyian..haraplah perkembangan sosial dia berubah

kasihibu said...

ibu intan
---------
w.salam terima kasih
memang sya usahakan jumpa anak anak setiap minggu
sebelum masuk diorang di sekolah tu, sya memang dah cari dan tanya pejabat pendidikan tp mungkin mereka pun terlupa pasal sekolah bt kikir tu agaknya
Sya cuma berharap kak ngah dapat sesuai kan diri dan mendapat kawan baru

kasihibu said...

Min
---
memang akk minta tolong sangat dengan si ayong perhatikan dan jangan lupakan adik,
selepas ni setiap kali melawat diorang akk memang suruh bawak kawan baik mereka untuk kenalkan pada akk, masa melawat diorang rabu lepas ayong je yang bawak kawan dia jumpa dan kenal dgn akk

kasihibu said...

ros
---
w.salam harap juga dia akan mendapat kawan dan boleh membawa diri

kasihibu said...

acik erna
---------
w.salam insya'allah semoga kak ngah dapat kawan baru dan serasi dgn dia
sebagai seorang ibu perkara ni merisaukan jugak kak, lagi pulak dia jauh dimata

Temuk said...

KASIHIBU
Pakcik jangka dia perlukan masa. Bila lebih terlibat dgn aktiviti sekolah + "kawan2 baiknya" selalu mendampinginya, insya-Allah dia akan berubah. Pemantauan & motivasi famili pada peringkat penyesuaian dia ini pastilah kritikal. Guru kaunseling punyai rancangan membantu yang macam mana? Semoga masalah terurai secepat yang mungkin.

MulutPayau said...

Assalamualaikum Sya...

Kesiannya kak ngah...mngkin dia perlukan masa utk sesuaikan diri....

Aida Ali said...

Salam. Tak apa, sekarang ni fungsi guru kaunseling sangat luas bukan setakat menyelesai masalah peribadi. Jangan risau + sedih sebab hampir semua murid akan dirujuk ke kaunseling dalam tempoh mereka bersekolah. Insya Allah masalah kak Ngah kecik je tu, masa akan memulihkan keyakinannya.

akuzle ayu said...

cian baca luahan akak neh. sy rasa bole ikut nasihat depa yg lebey berpengalaman seperti dlm komen neh semer.

kasihibu said...

pak cik temuk
-------------
Insya'allah sya pun berharap ianya selesai, tapi hujung minggu semalam ayong pulak yang merengek ini yg buatkan sya tak tahu nak buat tindakan apa, selain dari berusaha mengikuti perkembangan urusan pertukaran sya untuk keluarga kami berkumpul semula

kasihibu said...

MP
--
w.salam harapnya begitulah, kak ngah memang jenis tak banyak mulut, risau juga kalau menjejaskan pelajaran dia dan ayong juga.
tekanan apa yg mereka rasakan sya pun tak pasti, hujung minggu 20hb ni mereka akan balik,mungkin kesempatan juga untuk berbincang dan memberi semangat pada mereka berdua

kasihibu said...

Pun GB
-----
w.salam, terima kasih sangat sangat di atas komen ni, sya sedih sbb sebagai seorang ibu sepatutunya sya yg cuba selesaikan masalah dia,di samping peranan guru juga
masalahnya k.nagh memang jenis pendiam dan memendam, risau pembawakan diri dia yg mcm tu.

kasihibu said...

akuzle ayu
----------

terima kasih, bersamalah kita belajar cara untuk menangani masalah yg melibatkan anak anak