Wednesday, April 4, 2012 By: kasihibu

SEKADAR BERKONGSI PASAL EMAS MACAM MAMI JARUMLAH PULAK KAN?

sumber pakcik google

Sya cerita bukan sebab nak bangga bangga atau menunjuk nunjuk
Sya  ada barang barang kemas yang ayah beli 2 utas rantai
masa sekolah rendah dan menegah
Cincin bertunang dan kahwin belah rotan dan batu berlian kecik je pun

Sya tanya pada enpakwe kalau kalau sya tolak 2 bentuk cincin tu di ganti baru sebab sebelum ni
saiz jari adalah 12 sekarang ambik!!!!! saiz berganda ke 15 (,")
disebabkan batu cincin tu dah jatuh beberapa biji, maka nya sya ambik keputusan untuk tukar yang baru

Campur tolak 2 rantai anak anak yang putus,1 rantai tangan yg putus, 2 cincin anak anak dan 3 cincin sya dan subang dapatlah Rm 2K++ jugaklah,
sya tukar ambil  cincin batu mata satu, dan cincin belah rotan serta rantai tangan

Sebelum tu rantai tangan di ambil dengan di kira emas 916 rm155 1grm,
berat rantai tangan tu 6.5g jadinya harga tu dah dapat rm 900++,
tapi di sebabkan oleh sya sendiri tanya jenis emas tu
diorang dah periksa semula rupanya emas tu paun jadi harganya rm 130 untuk 1 gram jadinya harga dapat rm 740 macam tu.

Sya cadang nak ambik sebentuk cincin untuk hadiah pada mak untuk
cukupkan harga tebus barang barang kemas tu
tapi di sebabkan tak ada saiz 18 yang cantik dan buat sya berkenan jadi tak jadilah beli.
Dapatlah semula baki dari barang kemas tu rm 370.00

Ceritanya adalah di sebabkan urusan berjualbeli emas tu sya tertarik untuk membuat simpanan emas
sebab menguntungkan sungguh, harga tu berganda ganda bila di jual balik

Hrmmmm...kalau jadi tokey  kedai emas best jugak kan?
hehehehehe...sessi verangan!!!!!!!

nota kaki: sebenarnya sya bukan peminat memakai barang kemas ni, semua yang sya dapat pun adalah pemberian ayah dan enpakwe lah saja (,")

26 jeJari meNulis:

Kakcik Seroja said...

Buat masa ini kakcik tak ada seurat emas pun. Semua yang ada dulu telah kakcik jual untuk keperluan yang lebih mendesak. Nak beli yang baru rasa macam dah tak mampu. :(

pena rozie said...

x minat brg kemas tp emas bagus untuk simpanan

kasihibu said...

kakcik
------
itu adalah salah satu cara untuk kita gunakan emas, macam pelaburan jugak kan? boleh guna sewaktu sangat sangat memerlukan
sya pun tak minat dan tak mampu juga, tapi benda dah ada, dan sya tak pakai sangat, sampai enpakwe selalu ingatkan sya pasal zakat barang kemas tu

kasihibu said...

PR
--
betul tu, emas jadikan pelaburan memang menguntungkan
rantai tangan tu dulu harganya tak sampai rm300, tapi boleh dapat semula harga ganda

Kakzakie Purvit said...

Kakak pula sebab hubby dulu kerja dgn YungKong Holdings yg melibatkan emas, adalah juga simpanan emas yg kami simpan. Sya tahu dulu hubby beli baru RM36/gm dan kakak rasa sekarang emas 916 dah RM157/gm. Kakak belum ada keperluan nak jual tunggulah anak-anak besar mana tahu masa belajar kelak diperlukan utk jual.

Beli gold cert. pun baik sya... bank sekarang dah ada implemented tau...

Dr K said...

Bagus menyimpan emas ni, baik dalam bentuk jewellery , mahupun pelaburan..

Cumanya, kalau nak melabur emas, pastikan ianya syariah compliance, yakni ada fizikal emasnya (jongkong) kalau nak di ambil pada bila bila masa...macam tu jugak urusan jual beli emas, supaya tak jatuh hukum riba, perlu dibeli secara tunai, tak bertangguh...Ini pendapat Majlis Fatwa Sedunia..cuma baru2 ini, Majlis Fatwa Kebangsaan keluarkan fatwa pula kalau beli emas utk tujuan hiasan(jewellery), boleh lah hutang..cuma kalau tiada keperluan, elakkan lah..sebab menjauhi yg syubhah itu yg terbaik..

Itulah sedikit perkongsian yg saya nak kongsi..itupun hasil membaca dan belajar..antaranya di website Ustaz Zaharuddin, dan juga slot beliau di radio IKIM jam 5pm setiap Rabu..haaa..petang ni lah ada slot beliau, Muamalat Islam...

kasihibu said...

kakzakie
--------
sebab tu sya terfikir untuk membuat pelaburan emas
berbeza harga setiap kedai kan kak?
sya kena bincang dengan enpakwe, sbb dia menteri kewangan sya (,")

kasihibu said...

DD Z
----
terima kasih di atas info, memang akk pernah baca tentang pembelian secara ansur tu,
setakat ni memang tak pernah buat sbb bukan berminat sangat menggunakan barang kemas, yang ada ni sekadar ada dan pemberian saja.
IKIM memang sumber ilmu dan hiburan yg terbaik!!!

sudipVSsenduk said...

tak berapa 'bernafsu' bila ada sale di kedai emas berbanding kedai kasut... mungkin sbb duit yg tak berapa nak ada kot.. hahaha

Darling Pya said...

mahal kan emas sekarang?
sian bakal suami acu nanti...hehehehe

kasihibu said...

SS
--
akk bukan peminat tegar pun barang kemas ni, tp pengalaman tu yg buat akk tertarik dengan pelaburan emas

kasihibu said...

@cu sayang
----------
hehehehe...memang mahal dik,
tapi pelaburan yang bagus untuk waktu yang sangat sangat memerlukan

Bunga Angkasa @ ooaea said...

sy suke emas yg design simple. dan lbh suke emas putih berbanding emas merah...

kalo ade duit, bagus juga simpan emas ni.. cume kalo sesape smpn lebih tu, jgn lupe zakat

Acik Erna said...

sya..acik tak mapu dah nak beli..acik memang dari kecik kalau pakai mas asek hilang je..ada sekali balik kampung arwah mak tanya..subang mana..acik jawab dah hilang..terus dia kata..dari kocik sampai ketuo tak lokek omeh..he he
dah ada anak 3 pun pernah 3 kali hilang..baru2 ni hilang cincin..tak berani dah nak beli..cincin yang ada tak muat pun malas nak ganti dah..

sal said...

emas sekarang dah naik harga,kan..mahal sungguh

Aine Ainun said...

Awal taun haritu, saya tgk emas 180; skarang berapa?

Sy pn terasa nk buat pelaburan emas;)

kasihibu said...

ooaea
------
emas putih memang cantik, rekaan pun terkini, tp kalau jual semula murah harganya

betul tu, zakat emas jangan di lupa

kasihibu said...

acik erna
---------
hehehehehe....perkara biaso tu kak ;p
sbb tu sya pun tak minat memakai, kalau hilang tu ralat pulak rasaanya

kasihibu said...

sal
---
memang mahal, berganda dari awal tahun 2000 dulu.

kasihibu said...

Aine Ainun
----------
lagi mahal di sana, di kuala langat ni masih rm158 macam tu

emas putih cantik tp nilai jatuh kalau di jual

So Shy Lady (SSL) said...

rugi t.bli dlu2 kan, skrg dh mlambung naik!

tp wardina tak minat emas - ayat saje2 nk ubat hati ssl hahaha

Ayu said...

harga emas skrg...perghh...rugi tak buat pelaburan emas dr dulu....huhuhu..

MulutPayau said...

dah lama tak intai kedai emas...mahal sangat skrang ni...bgnda2...mmng tak mampu nak beli...

h4ni3 said...

ada la simpan seutas dua
dah mahal sangat harga emas skrg ni :(

azhariahzuber said...

sy tak minat juga tapi kena ada sbb menguntungkan

Temuk said...

As-salam, kasihibu
Wow, bagusnya kalau boleh jadi taukeh emas, ya.

Nampaknya saya kena berpuashati dengan hanya mempunyai pokok pisang emas, cadangan membeli ikan emas, dan angan-angan mencari kain samping berbenang emas, sebab yang ada tu dah amatlah lusuhnya.