Thursday, March 22, 2012 By: kasihibu

INI KISAHNYA SEBELUM ENTRY PETANG SEMALAM..

Isnin 19hb dari pagi sehingga selesai urusan anak anak sya uruskan dengan rela hati dan ikhlas
semuanya demi masa depan anak anak
Sepatutnya sya dan enpakwe bersama menguruskan hal tersebut,
tetapi di sebabkan Isnin tu enpakwe ada mesyuarat penting bersama  pengarah di S'ban,
makanya sya uruskan hal anak anak sendiri

Alhamdulillah semasa urusan tersebut di buat semuanya di permudahkan
dari urusan sekolah ke PPD dan dari PPD sya terus ke sekolah mereka yang baru
uruskan pendaftaran, uruskan kemasukan asrama dan uruskan segala keperluan mereka

Hingga jam 2++ baru sya selesai membantu dan mengajar anak anak menyimpan, menyusun barang barang hak milik mereka di dalam loker dan setelah siap berpesan pesan nasihat bergaduh manja merajuk rajuk
barulah sya tinggalkan 2 beradik tu untuk meneruskan hari pertama mereka berada di sana

Alhamdulillah...semasa perpisahan tu, setitik pun tiada airmata yang tumpah baik pada sya
mahupun anak anak
Sya sedar ada hikmah tiada tumpahan airmata di saat perpisahan ibu dan anak
Bayangkan kalau sya menangis semasa tinggalkan mereka, sudah tentu mereka juga akan menangis
dan kalau mereka menangis semasa sya hendak tinggalkan mereka, sudah tentu hati sya tidak kuat untuk meninggalkan mereka berada di situ

Sya sangat tidak menyangka boleh tinggalkan mereka tanpa airmata
sebab hari hari  sebelum tu airmata sya adalah peneman yang sangat setia, tidak kira masa kerana tak sanggup rasanya untuk berpisah dengan anak anak

Namun.....
apabila tiba malam menjelma
tiba tiba sya merasa sangat kosong
sangat sunyi
sangat sebak
sangat sedih

Wahai anak anak ibu, ayong dan kak ngah
tidak sampai satu hari ibu meninggalkan kamu
ibu telah menangis seperti seorang anak kecil
anak anak ku..
ibu menangis berlagu lagu,tersendu sendu

Seingat ibu sepanjang usia ibu dewasa
ibu belum pernah lagi menangis berlagu sendu begitu

Masa itu ibu sedar, perasaan rindu ibu pada anak anak
melebihi perasaan rindu ibu pada ayah
ibu teringgatkan kisah manis , ibu menghantar menjemput ayong dari sekolah
ibu rindukan  petah bicara,ketawa ria rajuk marah ibu dan anak anak

Anak anak ..
ibu rindu tiada teman untuk ke surau di hari Khamis
Anak anak
ibu rindu gelak tawa rajuk marah anak anak pada adik adik yang kecil itu

Segala galanya  terhadap anak anak buat ibu merasa rindu
sebak sesak perasaan ibu
ibu tatap gambar anak anak
ibu cium satu persatu

Sudahnya ibu tidak boleh lena sampai ke pagi, keluar masuk
dari bilik ibu ke bilik anak anak dan terus tertidur di dalam bilik ayong sampai ke pagi

Dan dengan mata bengkak ibu pergi kerja pagi tu
dan sesungguhnya rupa rupanya malam itu ayah pun mengalirkan airmata
di atas perpisahan antara anak anak dan ibuayah

Anak anak mulai sekarang setiap hari minggu adalah hari yang istimewa buat kita sekeluarga
ibu berharap pertukaran ibu di luluskan
agar perpisahan keluarga kita tidak menjadi tekanan perasaan pada kita semua

nota: Hargailah setiap detik dan masa hubungan kekeluargaan yang kita ada

10 jeJari meNulis:

Acik Erna said...

assalam sya..semoga sya dapat bersabar demi anak2 dan keluarga..acik memahmi perasaan yang nsya rasa..

Kakcik Seroja said...

Semuanya demi kebaikan bersama di masa depan. InsyaAllah. :)

Kakzakie Purvit said...

Inilah titisan hati seorg isteri/ibu/pekerja/hamba allah yg punya rasa kasih dan cinta Sya...

Perpisahan dgn anak suatu ujian besar buat kita. Moga ada ketabahan dipihak Sya. Mujur suami walau jauh sentiasa bagi semangat... Kakak doakan permohonan sya pindah dapat cepatlah hendaknya.

Salam kakak buat Ayong dan kak ngah bila bertemu minggu ini..

kasihibu said...

acik erna
---------
sukarnya berpisah dgn anak anak kan?

kasihibu said...

kakcik
------
insya'allah sya cuba buat apa yg terbaik demi mereka

kasihibu said...

Kakzakie
--------
ikatan kekeluargaan tu sangat indah kan kak...
sya harap sangat ini akan merapatkan dan eratkan lagi hubungan kekeluargaan kami

memang tak sabar menanti hari minggu untuk berjumpa dan mendengar cerita mereka.

Unknown said...

ciss .. pakngah pulak yg rasa sebak.

cheqna said...

alololo
cheqna plak yang sedih =(

kasihibu said...

pak ngah
--------
sebak ke? itu tandanya naluri dari seorang yang di panggil ayah

kasihibu said...

cheqna
------
ambil iktbar dan panduan sbb cheqna pun bakal menempuhi hidup sebagai seorang ibu bekerjaya