Wednesday, March 21, 2012 By: kasihibu

SYA PERLUKAN NASIHAT DAN KATA KATA SEMANGAT DI ATAS ENTRY INI ..

Kisahnya sekarang sya di sini hanya tinggal bersama anak anak kecil sya yang berdua saja...

kerana anak anak dara sya yang berdua tu telah di masukan ke asrama .........
ini semua sya dan enpakwe terpaksa lakukan demi masa depan dan keselesaan anak anak untuk belajar secara konsisten dan tidak terganggu dengan perpisahan yang terpaksa keluarga sya lalui sekarang

Malam tadi enpakwe maklumkan, kemungkinan besar beliau akan berpindah lagi
Apa pun keputusan demi kerjaya dan masa depan kami sekeluarga
sya tetap berdiri teguh dan menyokong sepenuhnya

Ada kisah sedih yang sya ingin kongsikan
walaupun mulanya sya sangat berat hati untuk berkongsi
kerana ianya memang sangat menyedihkan, mengharukan dan membebankan sesak sebak di dada
sya percaya setiap ibubapa akan merasa begitu

Malam tadi juga membaca sms antara sya dan enpakwe membuatkan air mata asyik bergenang,berlinang membasahi pipi... kalau permintaan PGL dah sah sah sya boleh sumbangkan separuh dari 7 tempayan airmata tu


Anak anak ku...
ini antara sms ibu dan ayah di atas kesulitan yang kita sekeluarga sedang hadapi sekarang

Apa tujuan ibu menulis dan menjadikan ianya sebagai satu tatapan semua?
Anak anak ini adalah sebagai bukti
bukan ibu dan ayah tidak sayang,kasih dan cinta kalian
tapi apa yang ibu dan ayah lakukan ini adalah demi kasihsayang dan masa depan anak anak juga


enpakwe: ok, sy ty ofis sek esok Insya ALLAH, malam tadi tengok bantal dan selimut N.Atika sedih keluar airmata.Pn teringgat Ayong nk jaga diri dia,paling takut terbayang M.Ariq ble ucapan Pengarah cerita psl marah anak clr kereta pkl tangan sampai ke petang kakaknya tanya mana tangan adik, terus teringgat M.Ariq.Sy doakan dia selalu dilindungiNya. Kita pula hrp x keras ajar dia,rasanya dia perlu pendekatan sentimental dan psikologi lebih

2134:55 20.03.2012

ibu: harapan juga sayang tumpukan pada kerja dan t.jawab  di tempat kerja sekarang,hati ini sedih pasal buatkan sayang stress tentang urusan keluarga..kuatkan semangat kita ada hari yang istimewa bersama anak anak wajib pada hari minggu mulai sekarang
2147:42 20.03.2012


ibu: Situasi kita sangat sangat terdesak, malam tadi ibu juga menangis teringatkan anak anak kesian mereka, harap sangat anak anak maafkan ibu,mereka adalah harta permata racun penawar...pagi pergi kerja bengkak mata kerana menangis, harap ayong dan ika boleh uruskan diri  mereka dgn cara yang paling baik, sayang mereka lebih daripada diri ibu sendiri, harap sayang tabah
2244:45 20.03.2012



Malam tadi juga sya terfikir adakah berbaloi sya menjadi seorang ibu yang bekerjaya?
Harapan sya agar anak anak dara dan anak anak kecil sya memahami dan tidak memendam perasaan di atas
apa sahaja kesulitan yang keluarga ini sedang lalui dalam keadaan terpaksa rela atau sebaliknya

Sayang sangat mereka hingga ke hujung nyawa di dunia dan  akhirat

22 jeJari meNulis:

nyanyisunyi said...

Salam

akak tak berapa tahu kisah sebenarnya namun akak tetap berdoa muga segalanya dipermudahkan insyallah.,,
memang2 anak2 adalah racun penawar kita namun kerjaya kita juga penting..lebih2 lagi ibu tunggal mcm akak...buatlah solat istikharah supaya Allah permudahkan..

@cu SaYaNg said...

acu tak berani nak komen sebab tak ada pengalaman benda2 nie semua..maaf kan acu ye kak :)

Admin P@P said...

Salam.
Dilemma ibu berkerjaya dan dilemma pengorbanan ibu/ayah demi masa depan anak-anak.
Kadang-kadang anak-anak tidak memahami katagori dan jenis pengorbanan yang ibu/bapa lakukan.

Suatu lumrah sekarang ini apabila ibu/bapa berkerjaya.

TQ

kasihibu said...

kak ida
-------
w.salam
kak ida, sya dan suami serta anak anak terpaksa berpisah sementara kerana petukaran sya belum di luluskan lagi
yang sya sangat terasa perpisahan dengan anak anak, sbb rasa rugi sangat sangat tidak melihat anak membesar di depan mata
tapi sya sedar semua adalah untuk kebaikan dan masa depan mereka juga

~ yus ~ said...

tak berapa faham duduk perkara sebenarnya. Apa pun yus pasti akak dah fikir panjang sebelum ambil keputusan ini kan. Moga segalanya di permudahkan.

kasihibu said...

@cu SaYaNg
----------
terima kasih,
tak tertanggung rasa rindu bila berjauhan dgn anak anak
sunyi sangat rasanya

kasihibu said...

Admin P@P
----------
di lema dan tekanan juga
itu yang sya takutkan salah faham mereka terhadap keputusan yang sya dan suami buat
mereka masih kecil belum pandai berfikir secara matang, tapi yang membantu memberi kata kata nasihat dan menerangkan apa yg ibu ayah buat adalah demi kebaikan, itu yang melegakan hati sya sebagai seorang ibu.

kasihibu said...

yus
---
kisahnya akak belum dapat tukar lagi,jd kami terpaksa buat keputusan mcm ni

Kakzakie said...

Luruh juga airmata kakak sya dibuatnya oleh N3 ini. Naluri sebagai ibu kakak dapat rasakan.

1. Teruskan kerjaya sya sekarang - sayang jangan berhenti. Lama-lama akan jadi biasa Sya.
2. Insya-Allah anak-anak yg duduk di asrama amat memahami Sya. Untung masih ada lagi yg duduk sama cuma kakak faham sangat detik berpisah dgn anak hati sgt pedih (kakak masih rasa lagi sampai kini)
3. Teruskan munajat setiap malam mohon pada Allah moga proses Sya nak pindah tu disegerakan.
4. Doa juga moga Sya/hubby/anak-anak dapat disatukan dlm satu bumbung seperti dulu jgn lupa. Dari jauh kakak doakan sama sebagai ibu/isteri kakak amat faham sya. Sabar ye...

Maaf dari kakak panjang sangat nie...

Mama Mya said...

Kak...
jgn sedih yer....
lakukan apa saja yg terbaik untuk akak & keluarga. Semoga Allah permudahkan segala urusan akak & suami...

Meleleh air mata baca entry akak... walaupun saya tak tahu apa sebenarnyer berlaku... tp bila bab2 anak2 saya mmg "sensitip" sikit...

mak encik | SZ said...

anak2 dara akak yg masuk asrama umur berapa ye?
InsyaAllah kak, mereka paham dgn situasi / dilema keluarga ... bukan saja2 kita nak dok jauh2 asing2 kan ...

Dinas Aldi said...

Saya doakan semoga anak2 KasihIbu akan memahami apa yg dilalui oleh ibu bapa mereka buat masa ini. Kiranya mereka juga menyumbang dalam membantu meringankan kesulitan keluarga buat masa ini dengan tinggal di asrama kerana itu untuk keselesaan & kebaikan mereka juga.

Saya jugak pernah tinggal di asrama sekolah dulu (tapi bukan sebab perpindahan keluarga). & bila saya dah selesai sekolah menengah, mak saya bagitau dia menangis peluk bantal di bilik saya di rumah masa saya mula2 masuk asrama di Tingkatan 1. Memang sedih & rindu tapi demi kebaikan anak jugak kan.

Saya doakan semoga segalanya akan menjadi lebih baik & keluarga KasihIbu akan bersatu juga nanti bila dah dapat pertukaran tu, insyaallah!

Zaitun said...

Kak Zai faham perasaan sya,rindu dengan anak2 lebih terasa dari rindu dengan suami.
Dari dulu kak Zai selalu ditinggalkan suami sebab bekerja diluar daerah, kak Zai harungi sorang2. Alhamdulillah sekarang anak2 dah besar itu yang membuatkan kasih mereka lebih pada ibubapa.

kasihibu said...

Kakzakie
--------
Terima kasih di atas titipan komen kakzakie sedikit sebanyak membantu, sya cuba tenangkan diri dan pujuk hati
Juga, dan harapkan anak anak berdua tu pandai membawa dan menjaga diri mereka, boleh berdikari dan belajar menghargai masa
Insya’allah lambat atau cepat sahaja lagi untuk sya dapat tinggal bersama seluruh ahli keluarga bila pertukaran sya di luluskan nanti.

kasihibu said...

Mama Mya
---------
Dik akk memang cuba menyibuk kan diri supaya tidak erlalu mengingati anak anak, fikirkan keadaan mereka, dan hanya berdoa semoga mereka pandai menjaga diri mudah mudahan
Terima kasih di atas doa adik.

kasihibu said...

mak encik | SZ
-----------
Tahun 5 dan 4, terpaksa sangat sebab masa ika duduk dgn ayah, dia kata sunyi dan tidak ada kawan belajar, sbb mereka berdua sudah biasa bersama sama, bergaduh,berbaik,belajar,merajuk,bermain segalanya
Hrmmm memang rindu mereka berdua.

kasihibu said...

Dinas Aldi
----------
Memang sya sangat sangat berterima kasih dan terharu dengan pengorbanan anak anak bila mereka setuju untuk duduk di asrama belajar urus diri sendiri, kalau si ayong sya yakin juga, si adik tu kurang berdikari/ ikut angin juga untuk dia buat sesuatu perkara

Perasaan mak DA samalah yg sya rasa, semua milik anak seperti pengubat rindu, peluk cium seperti memeluk si anak rasanya
Terima kasih di atas doa DA

kasihibu said...

Zaitun
------
Betul kan kak zai, perasaan rindu pada anak anak melebihi rasa rindu pada suami
Insya’allah sya juga harapkan anak anak lebih menghargai ikatan kekeluargaan dan mengukuhkan lagi hubungan keluarga.

mRs sYa said...

kak...hope u stay strong...

thats y ade pepatah, u lose some, u get some...

x semua org akan dpt semua benda dlm 1 masa...

syida doakan yg terbaik utk akak dan keluarga

Aine Ainun said...

Walopun tidak melalui, tp sy mengerti.
Setiap perjalanan hdup kita pasti ada dugaanya..awak begini, saya begitu...

Awak dugaan bekerjaya,
saya pula, dugaan tidak bekerja n tidak punya..

Bila mereka kata:
"kau tak rasa..sebab kau takda anak, kau tak keje, senang lenang goyg kaki, takde masalah..."

terasa hati saya..org berkata seolah2 kita punya perasaan,,,

saya harap awak tabah,
fikirkan..ada mereka yg lebih hebat dugaanya.pastinya anak2 akan mngerti nanti..

kasihibu said...

sya
---
terima kasih sangat
inilah kehidupan kan, memberi dan menerima
terima kasih doa
harap sya dan keluarga juga hidup bahagia dan di lindungi di berkati di rahmati olehNya yang Esa.

kasihibu said...

Aine Ainun
----------
terima kasih membaca dan memberi komen di en3 ini
sangat di hargai...
hidup kita memang ada banyak dugaan,ada banyak yang perlu di tempuhi
setiap orang tidak sama kidah hidup dan perjalanan takdir mereka
biarlah mereka berkata kata kerana mereka memberi pahala kepada kita
semoga AA hidup bahagia di smping suami dan keluarga.