Thursday, March 22, 2012 By: kasihibu

CERITA AKAL ABANG ARIQ ...

Mujurnya keletah dan karenah anak anak kecil ini mengubat kesedihan ibu
walaupun adakalanya rasa ibu nak cepok cepok je punggung si abang ariq yang banyak akal tu

mari kita periksa satu persatu akal abang ariq terhadap ibu


abang:- ibu, banyaknya butang ultromen
mana?
dekat baju ibu

hayakkkk....abang ...............

abang: - ibu butang ultromen abang..katanya sambil tunjukan butang baju melayu dia

abang:- kang abang jadi raksaksa kan? nak tak? nak tak?
ibu pun jawab, abang jadi raksaksa ibu jadi ultromen kalah lah abang
hehehhehehee.....

abang:- Kakak jom balik
KC: tak nak
jom lah balik..
KC: tak nak....
Abang: tak nak sudahlah mengada ngada kan ibu kan?
tinggalkan dia.........

abang:- Kang abang tumbuk kang? nak tak?...nak tak?
haaa.... kan dah kena...........
aduh abang sukahati dia je nak belasah si KC

satu hari iron jatuh dekat peha abang lepas tu dgn muka berkerut dia kata
abang:- aduhhhh...matilah abang ....

abang.....tolong picit kaki ibu
ibu abang demamlah, tak larat nak picit kaki ibu

abang sedang tolong picit kaki ibu (ikut cara dia lah)
ibu: abang syurga tu bawah tapak kaki ibu tau
abang:- sambil tengok tapak kaki ibu
mana bu..mana..?

macam macam lagilah akal abang
tapi yang tak boleh tahan tu
ibu...sorry bu...sorry..maaf..abang tak sengaja (,")

anak anak ni sekejab je dah besar kan?

10 jeJari meNulis:

kakcik said...

Sedar2 nanti mereka rupanya dah jauh lebih besar dari kita. :)

kasihibu said...

kakcik
------
anak anak dara sya dah hampir sama tinggi, tapak kaki dah sama panjang, selipar/kasut sya anak anak dara boleh sarung juga

Kakzakie said...

Baguslah ada Ariq jadi pengubat sendu Sya... semakin besar semakin bijak Sya... tahu-tahu dah bujang..

kasihibu said...

Kakzakie
---------
dia banyak modal, risau jugak sbb tak takut dengan orang, dia boleh berbual dgn atuk2, pakcik2, sesiapa je dia tegur dan ajak borak

Zaitun said...

Keletah anak2 membuatkan kita rindu...sunyi...

kasihibu said...

kak zai
-------
juga sebagai penawar kan?

L said...

hehe, kerenah budak2 kan.. haaa. adik L pun kejap jer membesar..=)

jom tmbah ilmu.=)
http://lolz-l.blogspot.com/2012/03/turunnya-nabi-isa.html

gadisBunga said...

tak lama lagi misti akan jadi tinggi melayup... :D

MulutPayau said...

kaletah anak2 mmng mnghiburkan....sepi hidup ini tnpa mereka....

Temuk said...

kasihibu,
Insya-Allah, anak yang rajin bercakap akan jadi anak yang bijak. Saya sudah sampai peringkat 'sayangkan anak yang sudah beranak-penak'. Lain pula rasa sayangnya. Salam bahagia.