Sunday, January 8, 2012 By: kasihibu

NAK TANYA SIKIT.....

sumber pakcik google
Anak sya yang Ika dah ikut enpakwe berpindah,
jadi nya dia bertukar sekolah kan?

Masalahnya sekarang sekolah yang baru ni di maklumkan oleh guru tu
Ika kena guna buku pinjaman teks yang dia dah dapat dari sekolah SRAI
kalau buku tu sudah di pulangkan, 
Ika tidak layak meminjam buku teks di sekolah yang baru tu

Nasib sya belum pulangkan lagi buku tu

tapi memang macam tu ke peraturanya ye?

17 jeJari meNulis:

OmbakBaik said...

kat perak..kalu pindah dari negeri yg sama..mmg bawak buku teks skolah lame kak...kalu berpindah ke laen2 negeri baru le kene pulangkan..

[PCL] said...

kurang pasti, untung belum dipulangkan buku2 teks tu..

kasihibu said...

OB
--
ia ke? tp Ika bertukar keluar dari selangor
akak pun belum maklum lagi dgn guru sekolah lama sbb petang semalam baru di maklumkan pasal buku tu oleh pihak sekolah baru

kasihibu said...

PCL
---
itulah, dan sebab kan itu dalam minggu ni asyik memandu saja sampai naik bosan dan letih bawak kereta.
terpaksa jugak bawak kereta balik ke kg untuk hantar buku teks Ika

nyanyisunyi said...

kemungkinan bila anak2 akak kena pindah sekolah nanti mcmni lah masalahnya...tak tahulah mcmmana nanti...

atuk said...

Assalamualaikum Sayangibu

yg saya faham..memang kena bawa buku tu kemana2 sekolah dlm Malaysia, kecuali kalau masuk MRSM

L said...

no komeng.. hahaha

jom baca sekejap =)
http://lolz-l.blogspot.com/2012/01/iman-kita.html

Ibu n Abah said...

sya..
dah lama tak pindah randah..
takder pengalaman pun...
dulu pindah randah waktu anak sedang sekolah, belum dapat buku pinjaman.. jadinya beli buku baru di tempat baru sebab melaka dan penang lain pulak bukunya.
masa pindah penang ke selangor pun buku yang berbeza sikit...

Daddy Ziyyad said...

hmmm..entah..saya tak dapat bantu, sebab anak saya pun belum sekolah..hehehe..

mamaijat said...

....betullah yang macam OB kate tu..whatever SPBT nowadays dah diberikan percuma..how come ada kata x layak pulak........

Cik SHiNJU said...

Wallahualam...Yun tatau pasal ni...
X dapek nak nolong..hehe

KhaiRin - anies said...

yg d pinjam wajib dipulangkn

Papa Mifz said...

tak pasti...sorry x dpt tolong...huhu

DrSinga said...

Tak dapek den nak nolong.
tak tau laaa

Aida Ali said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Aida Ali said...

Salam ssibu. Dasar sekarang menghendaki buku teks yang diterima di sekolah lama perlu dibawa ke sekolah baru. Dan sek baru memang akan minta murid baru bawa buku teks yang diterima di sek lama. Hal ini termasuk semua negeri di seluruh negara.
Kalau murid tu dah pulangkan, memang dia kena minta semula di sek lama. Andaikata tak dapat, sek baru boleh beri tapi ambil masa. Sek baru kena mohon dari stor daerah dahulu yang biasanya lambat. Bincanglah baik-baik dgn sek lama.
Kes ssibu SRAI - sama kot sistemnya. Harap dapat membantu.

kasihibu said...

pn GB
----
terima kasih sangat sangat memang membantu sya sangat puashati dgn jawapan dari pn GB
dan terima kasih juga kepada yang memberi komen di entry ini, boleh juga kita semua berkongsi pengetahuan tentang buku pinjaman kan?