Thursday, January 26, 2012 By: kasihibu

DARI SUNGAI KE PULAU, DARI PULAU KE SUNGAI LAGI....siri 3

Pagi pagi di Sg Besar dah jam 7 pagi pun macam bukan jam 7,
 gelap je lagi, sejuk pun ia jugak,

lepas solat subuh kami adik beradik dah menglap pinggan mangkuk kenduri malam tu,
bukan apa keluarga besan mak ayah ni semua 4 adik beradik adalah lelaki,
kami adik beradik dah ada di situ,

menolong apa yang patut dgn seorang anak menantu keluarga besan ayah,
abang long dan juga along pulak part buat sarapan pagi,
jadinya macam kami di rumah sendiri pulak rasanya masa tu... ;p
bak kata ayah mertua kak teh dapur tu dah penuh dgn keluarga kami je..
hehehehe...mak mertua mak teh kata
kalau kami tak bantu tu 2 -3 hari baru siap mengemas kaedahnya(,")

kue kue dan kepala kamben masak palembang tp tak sorang pun usik (,")

ini sebahagian menu sarapan pagi kami masa tu, nasi goreng ,
kue dan kek lapis teh o dan jugak air teh

daging kambing masak pelembang sedap ye, tak ada bau kambing pun
enpakwe tegur sya makan daging kambing banyak sangat katanya
dia kata tak mahu dengar sya mengadu sakit kepala ;p
bukan selalu pun makan daging kambing kan?

Selepas sarapan dah siap siap kemas masa untuk balik ke Sg Jarom lah pulak agendanya,
yang lain along ayah dan angah dan pak ndak masih berkampung di sana
sya sekeluarga saja yang bergerak balik
tak larat nak kejar abang ariq yang sangat aktif dan macam macam agenda dia buat penat...

Memang kena pantau si abang ni, macam macam dia boleh buat,
 yang buat jantung sya kencang masa dia dah berlari menuju ke jalan besar tu
ya Allah...abang abang....sangat menakutkan

atok memang melayan je abang ni
pantang dia nampak motosikal dan topi keledar pekej terus




sekarang tak payah guna tarik upih dah kan anak anak..
.kita guna cara baru tolak kerusi gitu..
kreatif anak anak nih.



Memang seronok abang di sana, dengan aktiviti dia sendiri, dah tak peduli orang lain pun dia
ada bapa saudara adik ipar bawak abang naik motor keliling kampung tengok sawah,
atok tu kata abang seronok dia riuh mulut cakap dengan atok tu cantik katanya
sebab masa tu padi sedang menguning
Eh...napa sya tak ajak enpakwe meronda ronda ke dalam masa nak balik tu ye? aduhai boleh lupa lah pulak...

kalau tidak mesti ada gambar sawah padi sedang menguning
errppp... terlupa lah pulak!!!!!!











10 jeJari meNulis:

Kakcik Seroja said...

Pasal apa tak ada orang usik kepala kambing tu?. Takkan takut kena tanduk kot! :)

Kakzakie Purvit said...

Cerita balik kampung ni Sya kalau nak details lagi memang tak habis. Anak-anak lagilah seronok mana ada pagar. Bebas sebebasnya....

Hanis Azla said...

kalau saya pun agaknya tak usik lauk kepala kambing tu kot.. he..he.. bestnya suasana kampung tu..

kasihibu said...

kakcik Nur
----------
hehehe...sya kalau diorang tak kata kepala kamben, dah usik dah kot..tp diorang dah cakap dulu
takut tercongkil mata kemben ;p

kasihibu said...

kakzakie
---------
sangat sangat setuju
seronok dan yang paling best aktiviti anak anak dan keluarga kita tu kan?

kasihibu said...

hanis
-----
hehehehe...takut tercugkil matanya gitu ;p

kasihibu said...

pcl
----
kan? sbb di k.langat ni memang sebahagian menu kenduri jugak

Kak Amy said...

seronoknya kak suasana kampung , rindunya suasana macam nie... kalau saya pun pasti saya x akan sentuh...

sekadar satu coretan said...

tiba-tiba teringat kat kampung plk..

anak2 la paling seronokkan bile berkumpul ramai2 mcm tuu...

munna said...

kepala kambing... munna pun tak berani nak makan... budak2 mmg seronok klu berkumpul mcm ni