Saturday, December 10, 2011 By: kasihibu

POKOK LAGI.....

ni pokok tenggek burung sya
seronok tengok dah hidup dan bercambah
kiranya berbaloilah sya melangkah tali air semata mata nak dapatkan pokok nih.. (,")

 dalam pasu ni ada pokok pandan dan kangkung secoit,
 berguna jugak pokok kangkung tu, 
sebagai rencah nasi goreng kaedahnya hehehehehe.... (,")

  pokok daun kesum sya nampak gemuk2  sejak tabur hampas kacang soya minggu sebelum tu
sayang pulak nak petik tp mengembang macam tu nampak semak pulak kan?
 pokok kunyit tu pun dah gemuk jugak sejak letak hampas soya tu,
 isinya belum cuba korek sebab belum nak guna kan lagi.

pokok cili kurus dan panjang sedang lebat berbunga gayanya

di luar pagar ada serumpun serai yang belum sempat sya potong daun tu
nampak selambak pulak gitu, sayang benda ada depan mata tp tak di gunakan 
 tak ada pulak jiran jiran nak ambik, 
sebab memasing ada menanam serai macam tu.

pisang nangka di tanah rizab taman ni, 
belum boleh di tuai lagi hasilnya
lepas ni kalau ada rezeki mengagih lagi 40 jiran kata ayong (,")

 sekian laporan dari peladang jaya daerah jenjarom kaedahnya ye ;p

nota: rajin ke terlebih rajin satu hari ada 3 entry?
 hehehehe... hati gumbira sebab
petang sikit  sya  gerak balik  ke kampung !!!

12 jeJari meNulis:

Cik SHiNJU said...

Akhirnya dapat jejak juga blog kak eja neh...Puas cari link..sib baik bukak nuffnang n check'rujukan pautan' heheh...


Rajinnye peladang jaya nih...kalau kita jiran boleh gak menumpang hasilnye..huhuhu

sheila said...

rajinnye akak menanam...sy ni mama dah tanamkan..dia post je kat saya sepasu daun kari.. huhuhu hampeh mati daun tu sampai kat saya

Yunus Badawi said...

Pokok tenggek burung Eja tu kecik lagi. Burung belum boleh bertenggek.... hehehe

mak encik | SZ said...

senang nak masak2 kak! sumer ada kat sekeliling rumah!

MulutPayau said...

Rajin sya menanam yer....kalau nak tak perlu susah2 g pasar...kat umah dah ada...

ainnoraini said...

Suke ulam tengek burung tu... Tapi selalu beli jer bila nk mkn...

Rumah saya pun ada tanam pokok pandan tapi tulaaa... Kurus kering jerr...

Acik Erna said...

rajin sya tanam..harap2 sya dapat berpindah nanti dan bawak sama poko2 sya yang dalam pasu.

sal said...

suka tengok pokok2nya yg menjadi2..subur menghijau, tahniah ye..teruskan usaha

gadisBunga said...

akak! pokok tenggok burung tu benihnya dapat kat mana? mak saya mmg cari sgt benih pokok tuh.

pastu kan....sume pokok taruk hampas soya ke? kalau pakai baja soya sama tak efeknye?

byk saya nak tanya akak ni...

kasihibu said...

gb
--
nanti akk tengok lagi kalau boleh ambik benih tu akk bawak 18hb ni ye.


cik shinju
----------
hehehe...pandai menerjah ye ;p

YB
---
gitulah kaedahnya, berani berani burung tu nak bertenggek

kasihibu said...

gb
--
nanti akk tengok lagi kalau boleh ambik benih tu akk bawak 18hb ni ye.


cik shinju
----------
hehehe...pandai menerjah ye ;p

YB
---
gitulah kaedahnya, berani berani burung tu nak bertenggek

DrSinga said...

perati perati serai tu..
kot kot berbunga..

keluor batu permata kang!!!!