Wednesday, December 14, 2011 By: kasihibu

BALIK KAMPUNG......

ni abang sulung mak haji Lajis namanya
 umur ulung sekarang 82 tahun

ni adik sya yang ke-4 kami baru sampai di dusun arwah atok uwan,
pondok tunggu durian pun dah tak serupa pondok dah,
sbb tak ada siapa yang  nak uruskan..sayangnya  :(

sepanjang laluan di dusun arwah ada anak sungai yg mengalir ni,
memenag sejuk dan menyegarkan, dulu dulu masa sya kekecik
 musim durian kami seronok nak tidur di dusun, mandi air sungai ni, berbukit bukit ni
tak dapat sya nak ambik gambar keseluruhan kawasan ni
 tapi memang meriah dusun arwah ni suatu ketika dahulu, semasa arwah masih ada.

ini sahaja rezeki yang kami dapat ,
bayangkan daripada berpuluh puluh pokok durian yang ada,
cuma 2 pokok je yang berbuah lebat
sedihkan tiada penjagaan pada dusun tu



sumber dari fb adik sya gambar2 durian nih


emak sya adalah anak bungsu dari 4 beradik,
yang sulung lelaki , yang 2nd perempuan dan yang ke-3 arwah acik abang mak

Dusun tu tak ada siapa yang menjaganya sebab ulung dah tak berapa larat umur pun dah 82 tahun kan? jadinya sya dah berbincang dengan sepupu  yang lebih dewasa, tentunya mereka adalah anak ulung, sya cadangkan agar kami sepupu sepupu kumpul duit dan jaga semula dusun arwah

Kami nak buat pondok/ rumah kecik bertiang kayu macam tu, dan semak samun belukar2 di dusun tu upah pada orang untuk bersihkan kawasan dusun
enpakwe  dah bagitahu dia sanggup beli kan baja baja untuk di tabur pada pokok buah buahan tu
Kami nak meriahkan semula dusun peninggalan arwah
kami adalah warisan mereka, siapa lagi yang patut menjaga dan mengekalkan tanah warisan tu
kalau bukan genarasi kami sekarang

Harap haraplah usaha sya dan sepupu2 yang lain akan berjaya

17 jeJari meNulis:

mamaijat said...

.....OMG,mamaijat pun ada nostalgia tdo dalam pondok tunggu durian...
best nyer kan.....nak nak time bunyi durian tu jatuh...

anak2 sekarang tunggu durian kat gerai aje...
ha ha ha ....

Acik Erna said...

sya..besarnya durian..kalau ada ang jaga mesti banyak buah durian tu.

al-lavendari said...

elok benarlah dijaga dan dimeriahkan semula. buat pondok ala2 'homestay'. buat empangan kat sungai tu, biar ikan membiak.

kat mana dusun tu ?

Pia said...

"sayangnya dusun takde org jaga...kalau dijaga dgn baik tentu berbuah lagi lebat kan...jadilah dpt juga rasa tu drpd kami yg nak kena beli jer ni...apapun sesekali masuk dusun mmg mengimbau nostalgia.."

aimaniman said...

salam kenal dan dofollow sini,,

seronoknya dapat makan durian dr kebun sendiri.. cerita kita sama je, kebun abah ada 6 ekar tp x terurus sbb abah pun dah 70.. mak 60-an, adik beradik akak semua ada kerjaya memasing so bila nak makan durian kene minta simpati apek jual durian je le kurangkan harga..

mak encik | SZ said...

seronok ada dusun durian tu kak!

sal said...

seronok pergi kebun, anak2 kalau diajak sebenarnya dia pun suka..
tapi memang kena selalu tengok, kalau tidak bersemak ..
moga berjaya dlam misi menaik taraf kebun warisan..

akuzle ayu said...

alhamdulillah, kak. sy sokong sgt2 tuh. syg sungguh kalo hasil titik peluh kudrat atuk akak dlu terbiar begitu shj. biler dijaga, insyaallah! pahala wakaf arwah terus suburrr...amin3....

kasihibu said...

mamaijat
--------
memang seronok, bila durian jatuh tu tercari cari dimana ,tp arwah dah tahu dah pokok mana yg gugur,

kasihibu said...

acik erna
----------
memang kak, sbb dusun tu tak terjaga pokok durian tu merajuklah kaedahnya

kasihibu said...

pakngah
-------
cadngan yg baik,dan buatkan sya teringat lagi betapa meriahnya kami masa kecik2 di dusun tu, menangkap ikan riuh dgn suara jeritan di sebalik deruan air
rindu sungguh saat saat tu.

dusun tu di kg kata pdg lebar

kasihibu said...

pia
---
sayang sesangat dan sedih juga melihat keadaan dusun tu semak samun dah tak terjaga lagi

kasihibu said...

aimaniman
----------
terima kasih sudi di sini..

seronok kan? tp bila dah tak terjaga menyedihkan juga
mungkin betul tu sbb generasi muda dah kerja diluar kawasan, balik pun sesekali saja
yang tua dah tak larat nak menguruskan itu yg jadi terbiar kan?

kasihibu said...

mak encik
---------
masa kekecik sangatlah seronoknya(,")

kasihibu said...

kak sal
--------
insya'allah semoga usaha kami generasi ke-3 dan 4 akan berhasil

kasihibu said...

akuzle ayu
----------
terima kasih kami akan berusaha untuk menjaga tanah warisan tu.

Yasminhamid said...

bestnya.....saya tak ada pengalaman cam tu.. sebab abah tak ada tanah kebun...