Sunday, November 27, 2011 By: kasihibu

BILA DAH DEPAN MATA TAK HARGAI PULAK

bila dah ada di depan mata memang jarang kita menghargai kan?
itu lah biasanya sikap kita sya
Bukan sya sesaja menanam pokok pokok ni,

 dulu masa menanam memang nak hasilnya,
sebab tahu kegunaan sya memang mencukupi walau pun sepasu macam tu,
bila beli mesti akhirnya akan kecut cili yang segar tu
Tapi bila dah ada di depan mata tak pulak berkesempatan untuk menggunakan cili tu.
dah masak sebiji di atas pokok.... 
 selang seminggu...
dah banyak macam ni.

dah banyak masak tapi tak petik pun lagi
kesian dengan cili ni, tapi Mil kata,
 tak apa buat benih pun boleh,
masalahnya sya bukan peladang jaya nak semai dan tanam pokok cili banyak banyak (,")
Sya cuma bercadang sebelum balik kampung minggu depan sya nak petik dan bawak balik
heheheh..macamlah banyak sangat bunyinya kan?


pokok cili sya panjang halus je pokoknya(,")


pokok limau kasturi  bersulam pokok kesum
daun kesum tu dah beberapa kali berjasa tu..

Daun kesum tu jugaklah dah beberapa kali jadi ramuan dalam masakan sya, kalau buat kerabu tomato hiris sekali beberapa helai daun kesum...walllahhhhh...(,")

nota: errrppp..tetiba terkecur mulut taip kerabu tomato...

7 jeJari meNulis:

Yasminhamid said...

best kan?? nak guna petik jer.. sama mcm mak kat kampung... tapi saya kat sini semuanya masih beli. ntah bila nak bercucuk tanam

kasihibu said...

min
---
dah ada depan mata tak terpetik pulak, sbb di rumah ni jarang jarang guna cili api

ainnoraini said...

dulu2 ade jugak tanam tapi sekarang dah tak de... beli jer...

kasihibu said...

ainnoraini
----------
kadang tak sempat nak belai jugak pokok pokok tu.

Dinas Aldi said...

Sepanjang minggu ni saya klik nak baca entri di sini tapi setiap kali google chrome warning bagitau ada malware la pulak kat sini. Kali ni saya tak baca entri tapi laju2 scroll ke bawah untuk komen. Kalau tidak, keluar lagi la notice bagitau pasal malware tu. Napa gitu ya?

kasihibu said...

dinas aldi
----------
sya pun buntu, tak tahu anak buat macam mana, memang ramai yang mengadu masalah tu

Acik Erna said...

salamm maal hijrah sya..tu la..kalau petik buat nasi goreng kampung pun sedap tu.