Saturday, October 22, 2011 By: kasihibu

SUKA SUKI JE KOMEN KOMEN YE ?

Masa duduk di Langkawi kami tinggal di Taman Desa Permata
dekat belakang stadium jalan Ayer Hangat tu

Sya sangat suka pergi ke pasar malam sebab duriam siam memang tak putus putus musim,
 murah pun murah sekali beli sebiji / 2 boleh makan berkali kali.

Gambar yang pertama tu Ayong masa 7-8 bulan kot,
tak ingatlah pulak, kami bawak berjalan di Langkawi Underwater World

ayong mendongak tengok ikan berenang renang riang atas kepala
malamnya dia mengigau heheheehe....

kelakarnya cara dia mengigau sama macam reaksi dia masa tengok ikan atas kepala dia tu.


Gambar yang ke 2 tu ayong dan Nur Atika 
 lokasi di masjid Al Aisyah dekat Sg Menghulu
berhenti solat Zohor, masjid ni meriah kalau bulan puasa
bertarawih dekat sini memang ramai..
Al marhum Sultan Selangor selalu datang sembahyang Jumaat dekat situ

dan gambar last tu enpakwe dan ayong di sekitar dataran Lang di jetti kuah.

awal tahun  2000 tu memang tak banyak bangunan lagi di Langkawi tu,
sya pernah isi minyak RM 5 je untuk kereta dah  boleh meronda ronda satu langkawi tu (,")
itu dululah..cuba sekarang ni  ada berani ?

--------------------------------------------------------------------------------------------------

 lepas kahwin terus berpindah ikut enpakwe,
sebab dia kerja di IPP tu , kalau ada kursus atau seminar di anjurkan
 alamat berkampunglah seharian  enpakwe dekat tempat kerja

Bosan menunggu, sya ikutlah lepak lepak dekat pejabat enpakwe,
 kadang dia kemaskini komputer2 yg ada di bilik kursus
 jadi sya pun menghabiskan masa di sana.

Dan dari situ jugaklah sya belajar cara cara program
 dan buka pasang sambung sambung kabel pada komputer.
Itu perkara pertama enpakwe ajar sya pasal komputer.

bila dah bosan berhujung minggu kami suka
berlepak lepak dekat Pasaraya Samudera di pekan kuah,
ada kolam ikan kaloi dekat dalam tu
  coklat jangan cakaplah meriah ..
memang sya wajib beli dekat pasaraya Teoh Soon Huat dkt jalan Pokok Assam
weeeiiii............kecur mulut bila cakap pasal coklat ;p
------------------------------------------------------------------------

Dan tak di sangka pulak di sebablkan komen suka suki dekat blog kawan kita yang  NIH

keluarga  bahagia
5 "S"


Sya dapat  FM dari Langkawi.. tapi kalau dapat coklat pun best hehehehe... (,")
terima kasih banyak banyak ye....(,")


taraaa...dah lekat dekat pintu petiais
dulu banyak FM dekat situ,
tp enariq ambik kerusi panjat satu satu patah / pecah  gewam....

pemandangan indah di petiais sya, biasalah kan hasil kerja anak anak ,
kadang nota mintak tolong pun dia lekat dekat situ

nampak tak gambar 3D enariq tu? heheheheh...(,")
masa ni dia sedang tidur dalam perut ibu...kiut kan?

23 jeJari meNulis:

mak encik | SZ said...

ahahaa...
sungguh kiut la enariq dlm peyutt mak ye...

tu la kak, tak sangka plak akak penah berkampung kat langkawi...
pulau langkawi memang tak penah tak menggembirakan hati saya di sana..hihihihi... baru 4 kali pegi ... ;)

Kakzakie Purvit said...

Sya macam kakak kadang-kala bila lihat balik gambar anak-anak masa kecik teringat kenangan lama. Bayangkan COmelnya Ayong masa di Langkawi. Sekarang dah pun jadi anak dara...

Tahniah dapat FM:)

kasihibu said...

SZ
--
kiut kan? masa 3d tu dia sedang tido dgn nyenyaknya
suka tengok gambar tu dan sekarang dah 2thn ++ depan mata..
pernah berkampung, tapi tak rela duduk lelama, bosan gilerrr
heheheheh.....

kasihibu said...

kakzakie
--------
suka tengok gambar anak2 masa kecik semua gebu2 tembam putih mulus dah besar dah sekolah hrrmmmm..
bersalin warna kulit kaedahnya ;p

zino said...

lama dah tak ke langkawi.. last dulu masa kakak tadika.. dia pun dah lupa dah kisah2 kat sana hehe

Dinas Aldi said...

Saya suka tengok gambar lama2, rasa nostalgia gitu :)

IMANSHAH said...

erm, saya teringin ada rumah di langkawi

Adry@Daun said...

As salam Sya,
Langkawi dh byk berubah skrg... Pasaraya Samudera dh jd Langkawi Fair. Kolam dlm tu masih lg ada ikan koi dn air terjun buatan. Dpn balai polis trafik yg dulunya pantai dn laut, kini dh jadi bandar baru, ada Pekan Rabu, kompleks perniagaan dn hotel kat situ. Pasaraya2 baru dh mkin btambah.. Dh byk pilihan. Underwater World pn ada penguin dn dh pn beranak pinak dlm tu.. Sekian, laporan terkini dr Langkawi...

OmbakBaik said...

besnye merase dok langkawi..coklat tu je yg trus lekat kat kaple..tp da kawen ni g sana da jd cm mak2 la..pinggan mangkok...

gamba wajib saya rase..sape g langkawee mesti amik gamba dengan lang besar tu..hehhehe

OmbakBaik said...

besnye merase dok langkawi..coklat tu je yg trus lekat kat kaple..tp da kawen ni g sana da jd cm mak2 la..pinggan mangkok...

gamba wajib saya rase..sape g langkawee mesti amik gamba dengan lang besar tu..hehhehe

kasihibu said...

zino
----
sya pun lama dah tak ke sana mungkin kena pergi jugak tahun depan kot?

kasihibu said...

dinas aldi
----------
kan? suka jugak tengok gambar lama2 masa memuda remaja hehehe.. ;p

kasihibu said...

imanshah
--------
sangat tidak rugi ada rumah disana, kami tak teringgat nak beli rumah dulu, rugi pulak rasanya

kasihibu said...

adry
----
heheheh..terima kasih
banyak jugak perubahan tu ye? balai polis trafik tu depan jln besar kuah kan? dulu sya dan enpakwe suka makan roti boom dekat depan hotel istana tu, makan air batu ke cendol dekat bangunan tm
nasi ayam semestinya dekat pokok assam tu kan dan pasembor yg sangat best..

kasihibu said...

ombak baik
----------
gambar wajib dgn en helang
akak pulak tak berapa minat shooping barang2 macam tu, tapi suka tengok orang datang shooping

gadisBunga™ said...

isi minyak rm5 je????? masyaAllah. syurganya!!!!!!


sekarang ni.....huwaaaa nangis nak pegi petrol pam!

kasihibu said...

GB
---
ia dik tak tipu punya....
cuba sekarang cuba ada berani? ;p

Hanis Azla said...

pengalaman indah stay kat langkawi dulu yer kak.. bila dapat FM dari langkawi terus teringat nostalgia semalam yer..

seronok dapat jumpa semalam.. InsyaAllah, ada rezeki boleh kita jumpa lagi..

kasihibu said...

hanis
-----
banyak kenagan pahit manis disana
tak sanggup berkampung lama lama kalau adahal hal kecemasan di tanah besar alamat pagi esoknyalah baru boleh bergerak keluar dari pulau tu.

sal said...

alhamadulillah syukran dapt jumpa rakan2 blogger..
moga ukhuwah berpanjangan..ameen

Anonymous said...

salam dari pembuat apam dot2 :)

dan salam kenal jugak dr MDT..smlm tak sempat nak berbual byk2 sbb malu..haha

kasihibu said...

sal
---
w/pun salah drop komen, sya balas jugak nih..
memang menyeronokan dapat berjumpa dan berkenal kenalan semalam.

kasihibu said...

MDT
---
terima kasih..salam kenalan jugak
apam dot dor tu buat si bujang akak duk diam layan makana(,")
biasalah kali pertama berjumpa kan?
malu malu miau kaedahnya ;p