TERIMA KASIH EN_ME KERANA
BERKONGSI CERITA DAN GAMBAR GAMBAR YANG SANGAT MENARIK
dan yang paling tersentuh adalah di en3 yang tu
Teringgat perkhabaran mak dan ayah di sana
Ada suatu hari ayah telefon
masa tu sya sedang memandu jam 7.10 pagi lebih kurang
hantar anak anak dara ke sekolah dan di sana ayah kata jam 2.00++ pagi
Sya tanya ayah tak tidur ke?
ayah kata dah sampai sini mata mesti terjaga waktu waktu macam tu
lagi pun boleh pergi masjid awal awal katanya
Bila sya semak selak semua en3 dalam blog en_me tu
sya kagum, dan macam macam lagi yang di rasakan
tak boleh di gambarkan pun sebenarnya perasaan tu.
Enpakwe ajak sya ke Mekkah umur 40 tahun
maknanya beberapa tahun saja lagi untuk kami pergi,
masalahnya bila dia daftar di LTH sya kira kira umur sya masa tu adalah 69 tahun?
oh...masih sempat ke?
Bagaimana pulak keadaan kesihatan sya di usia itu?
Kalau kami hendak pergi bukan pekej LTH boleh saja
sebab mampu dan ada rezeki
tapi bila di fikirkan tentang pengurusan
abang ariq, kakak chantik (KC) , ayong dan kak ngah masih kecik tu...
Rasa sangat tak sampai hati
Tapi mana tahu kan? kalau dah rezeki
sebab sebelum ayah dan mak pergi ke Mekkah
masa berkemas kemas masukan barang barang keperluaan tu
Tiba tiba ayah hulurkan pada sya buku buku panduan haji tu
Mula mula sya menolak, kata isshh...awal lagi
entah bila alang nak sampai ke sana
Tapi memang beria ia ayah suruh sya ambik
Adakah itu tanda awal seruan untuk sya dan enpakwe ?
*terharu......*
nota: tak sabar menanti 13hb Nov jam 9.00 malam , ayah dan mak akan sampai di KLIA..
semoga semua jemaah haji mendapat haji yang mabrur...Insya'allah...
14 jeJari meNulis:
samalah kak...
saya pun terleka juga baca coretan2 blogger yang dapat menunaikan ibadah haji ni...terasa2 bila la dapat ke sana...
Insyaallah sya..kedua yah mak sya akan dirahmati dan dapat haji yang mabrur..
acik pun suka baca n3 en.me seronok dengan gambar sekali disertakan..
InsyaAllah, tiba waktunya akan sampai juga kita ke sana. :)
Salam, kalau dah sampai seru, tiada aper jadi halangan.
SZ
---
tak tergambar perasaan sendiri sebenarnya kan?
acik erna
--------
mudah mudahan begitulah hendaknya
menarik en3 di sana kan?
kakcik
------
harapan begitulah hendaknya..
Siang malam pagi petang amy berdoa semoga satu hari nanti amy dapat sampai di sana...
"wahh nak balik dah jemaah kita yg ke mekah tu kan..insyaallah...smga sampai waktu giliran kita pulak menjadi tetamu allah di sana.."
terimakaseh mak baca blog me yg xde apa2 tewww..
salam dr me live dr mekah almukarramah..
Aunty
-----
insya'allah jika ada rezeki sampai juga
amy
---
insya'allah mudah mudahan...
pia
---
tak sedar masa berlalu,
rasa macam cepat betul masa berlalu kan?
en_me
-----
terima kasih sesangat berkongsi dengan kami disini...
semoga mendapat haji yang mabrur seronok baca pengalaman en_me di sana.
tp sangat sedih en3 tidak nampak kaabah tu.
Post a Comment