Thursday, October 13, 2011 By: kasihibu

DI LEMA JUGAK YE ?

Esok hari jumaat kan?
pagi pagi lagi enpakwe dah sms
perancangan esok macamana
sebab enpakwe akan bertugas sepenuhnya di kawasan tu minggu depan.

oh.....berdebar jugak rasa hati sebab
walaupun ini kali ke-4 berpindah randah
sya takut nak mula hidup di tempat baru
berpindah tempat kerja, suasana tempat kerja
dan yang paling kesian anak anak
terpaksa berpindah di tempat baru
bersekolah di tempat baru

semua jadi persoalan
semua jadi teka teki

Sya kata lepas habis kerja petang esok baru gerak,
sama seperti jumaat lepas,
sampai di S'ban ambik enpakwe dan kami teruskan perjalanan balik ke kampung

hari sabtu baru tengok kawasan dan rumah tu
kalau tak sesuai
sya dah cakap dengan enpakwe
duduk di rumah yg di Taman desa puteri bahau tu saja
Sya kerja di bahau, enpakwe berulang di rompin
jauh memang lah jauh,  tp yang penting keselesaan

dan yang paling berat sangat keputusan adalah
kalau rasa rasa macam tak sanggup dan dah malas nak pindah pindah
sya dan anak anak tetap di sini
enpakwe duduk disana

tp....
sya rasa sangatlah
tak sanggup.............

biarlah bekorban apa yang ada sekarang asalkan
kami tetap berkumpul berumahtangga satu keluarga.

sebab bagi sya itu saja yang terbaik bagi sebuah keluarga kan?

14 jeJari meNulis:

Kakzakie Purvit said...

Sya macam kakak. Early this year hubby kakak patut kana jaga bhgn operation one of the company building system di Madinah. Huh... kakak kata bawa anak-anak sekali dan kakak ikut kerja di sana jadi admin pun tak apa. Last fikir-fikir balik sebab cuma 3 tahun kami cancel. Tak bolehlah pisah-pisah jauh kan.

kasihibu said...

kakzakie
--------
betul tu kak
dilema jugak pasal berpindah randah ni
banyak perkara yg kena hadapi.

tp ke Madinah tu , peluang yg baik kan?

JunAina said...

suami tulang belakang rumahtangga, kalau suami tak ada memang sangat terasa.

bertahun2 dulu suami aina kerja di kuala kubu baharu. balik 2 kali sahaja seminggu, tuntutan tugasan aina pula tidak membolehkan untuk ikut ke sana. masing2 terpaksa berkorban.

kasihibu said...

junaina
-------
kalau mengikut kiraan, biasanya paling lama pegawai kerajaan ni bekerja di satu satu tempat adalah 5 thn++
lepas tu berpindah lagi samaada mengisi kekosongan jawatan, atau kenaikan pangkat

sebab berkira kira pasal tu jugak lah menjadi salah satu di lema bagi sya.

Izza - Jiejah said...

alamak kak , pindah lagi ?
huhuhuhu sakit otak pikir pindah randah ni tp demi masa depan , bertabah la yer kak ..
pilih yg terbaek tuk semua org .

kaklong said...

eh,duk desa puteri?
dulu kaklong duk taman bahau...



huhuhu...tak jauh guop ea...!

Ibu n Abah said...

Sya..
Akak ni pun puaslah pindah randah... Mana pikiranak2sekolah baru, kawan2 lama yg kita dah mesra kena tinggal..nak cari kawan baru... Tp alhamdulillah.. Semuanya itu mudah nak diatasi... Malah kita akan dapat kawan lagi bagus dari yg kita tinggalkan.....
Yang penting.. Kita dengan suami tetap serumah.. Itu perkara yg paling utama....

kasihibu said...

mommy
-----
berchinta dik....
sedang cuba membuat keputusan yg terbaik

kasihibu said...

kak long
--------
berjiranlah kito kan?
rumah tu dah lamo boli, tp tak pernah duduk lagi, kalau jadi tahun dopan baru boleh duduk

kasihibu said...

akak
----
bila sya baca apa yg akak tulis ni
buat sya rasa kuat semangat sikit nak ambil keputusan yg terbaik

azi said...

Kasih Ibu..
Seeloknya biarlah bersama semuanya dibawah satu bumbungkan...susah sikit tak ape...janji bersama orang yg.disayang.:)

Yasminhamid said...

tak tau nak komen macam mana.. sebab tak pernah lagi berpindah randah banyak tempat.. tapi seanainya terpaksa.. saya lagi rela ikut suami.. tak sanggup kot berjauhan..

Zaitun said...

Kak Zai dah biasa berjauhan dengan hubby,mula2 dulu terasa sunyi tapi sekarang tidak lagi.

IMANSHAH said...

besar tanggungjawab suami kan