Friday, October 14, 2011 By: kasihibu

TAJAM PEDANG TAPI LEBIH TAJAM LIDAH BERKATA KATA...

Macam biasa sejak beberapa bulan yang dulu, sya mendengar IKIM .FM


Tak rugi dengar IKIM tu kan?

Sebab dapat juga mengasah ingatan ilmu yang jarang jarang, kadang kadang dan mungkin tak pernah kita buat atau amalkan

Kira macam ulangkaji ilmu agamalah gamaknya


Yang sya nak ceritakan hari ni pasal peranan seorang ketua keluarga dalam membentuk/ membimbing keluarganya mengikut landasan islam

Sya tak nak bagi contoh sesiapa

Tp sya cerita tentang diri sya sendiri

Biasa kalau hari cuti sya ada jugak keinginan untuk bangun lewat sikit dari hari hari kerja

Kadang enpakwe dah bangun mandi dan sedia untuk solat subuh

Dia nak masuk mandi kejut sya bangun

Keluar bilik air tengok bini dia masih tak bangun lagi

Kejut lagi

Lepas tu bila dah azan kejut lagi

Macam liat liat

Akhir sekali enpakwe guna ayat gini



Kalau tak bangun macam ni, habis abang nak sembahyang dengan siapa?



Walaupun ayat tu ringkas dan bunyi nada suara   tu perlahan saja

Tp menusuk… jadi tak kan dah  dengar macam tu masih nak tidur bersenang senag lagi kan?

Berat tanggujawab seorang suami ni pada isteri dan anak anak
membentuk keluarga ni kalau kita mengikut landasan yang di tetapkan boleh menjadi mudah  kan?

18 jeJari meNulis:

azieazah said...

Beruntung bila suami masih bersabar dan tabah... rajin mengejutkan bila kita diserang malas.

Syukurrr

Sz said...

menikam kalbu ye kak....
takpe untuk kebaikan :)

kasihibu said...

kak azie
--------
enpakwe sya tu memang berlembut je bila mengajar
itu yg buat sya segan tu
kadang bila nak buat apa apa pun mesti terfikirkan dan tanya pendapat dia dulu.

kasihibu said...

sz
--
kan? yg penting apa yg dia cuba sampaikan tu, dapat kita terima

Acik Erna said...

alhamdulillah..sya daapt yang sabar dan menunggu jugak sya bangun untuk solat berjemaah..

Yasminhamid said...

syukur.... ada yg mengingatkan.. suka cara tu...

kasihibu said...

acik erna
---------
syukurlah kak
sebab tu sya tak terbayang ada suami2 yg sepak terajang isteri
ohh..tak sanggup

kasihibu said...

min
---
enpakwe akak memang caranya gitu

munna said...

syukur dpt suami yg sentiasa ambil berat dan mengingatkan kita....

akuzle said...

ehhehehe... mmg bisa berbisa owh...

Zaitun said...

Hubby kak Zai selalu solat subuh ke masjid atau ke surau tapi sebelum dia pergi mesti nak tengok kita dah masuk bilik air.

ibuintan said...

lembut tapi berhemah... itu yg buat segan kan Sya


untung Sya

kaklong said...

selalunya isteri yg kejutkan suami...
untuk betul sya ni erk...

kasihibu said...

munna
-----
sebab tu bila duduk asing ni memang sangat terasa

kasihibu said...

akuzle
------
untuk is3 tercinta ;p

kasihibu said...

kak zai
-------
enpakwe nak anak2 dara ber2 tu jemaah sesama sbb tu dia tak ke surau

kasihibu said...

ibuintan
--------
betul tu kak, selalu kalau berlembut tu yg manjadi kan?

kasihibu said...

kaklong
-------
bila cuti cuti memang mengada betul malas tu ;p