Tuesday, September 27, 2011 By: kasihibu

KONGSI ILMU PAGI NI..

Masa menghantar anak anak ke sekolah dan ke rumah pengasuh tadi
sya dengar radio IKIM FM

Kisah warna pagi IKIM tadi adalah buli / dera suami
sekarang ni macam dah jadi terbalik pulak, biasa kita dengar isteri di dera / di buli oleh suami tp sekarang sebaliknya pulak

Perkara macam tu sebenarnya bergantung pada sikap suami jugak
sebab sya ada juga nampak
ada sesetengah suami tu terlalu memanjakan isteri, sampai tak sedar diri sendiri macam dah di pergunakan oleh isteri untuk mengarah arah, memerintah  \  bak kata pemanggil lelaki tu

Suami adalah ketua keluarga, kalau dari mula lagi suami tidak menunjukkan sikap sebagai ketua keluarga
senang senang di arah arah oleh isteri
sebab tu yang menjadi  punca penggalak / membuka ruang untuk isteri tu jadi lupa diri

Sebab dah biasa suami mengikut je arahan isteri, bagai cacing naik ke matalah gayanya

Apapun bukan suami tidak boleh membantu isteri, lebih lebih lagi isteri yang bekerjaya
Pada sya setakat ini sya masih berterima kasih dan hargai setiap bantuan yang enpakwe hulurkan pada sya

Walau pun cuma membuka gate bila sya baru balik dari kerja,
atau enpakwe tolong uruskan anak anak
itu pun dah cukup besar maknanya

Harap lah sya tidak menjadi pendera suami
takut rasanya nak menanggung dosa dosa tu
seboleh boleh sya nak menjadi isteri yang baik, melayan suami dengan lemah lembut

tp sya cuma manusia biasa
sedangkan lidah lagi tergigit kan?

Tapi kalau kes  yang macam NI  kira dera ke ni ye?

18 jeJari meNulis:

Kakzakie Purvit said...

Kakak pun dengar rancangan ini. Terasa hairan tapi rasanya memang ada kalau tak mana mungkin isu ini diketengahkan. Moga tidak terjadi pada kita hendaknya. Minta bantuan suami tak salah tapi kalau menghambakan suami rasanya kena cepat sedarlah ye sya siapa yg buat tu.....

aanie said...

dunia dah terbalik....kesian suami tu...patutnya dihormati...

Kak Amy said...

setuju dengan apa yang di katakan kak zaki tue, minta bantuan suami tak salah tapi jangan perhambakan suami..

kasihibu said...

kakzakie
--------
betul tu sedar sebelum terlambat.
haraplah mereka berubah kan?

Zaitun said...

Lagi tak elok kalau dilakukan depan anak2.Kalau dah biasa tak mustahil suatu hari nanti anak2 pula melakukan benda yang sama.
Harap2 janganlah jadi pada kita.

kasihibu said...

aanie
-----
bukan terbalik lagi kacau bilau dah...
sebut aje semua perkara / benda ada.

kasihibu said...

amy
---
betul tu kan? kalau akak nak mintak tolong enpakwe pun ayat"tolong" tu kena ada jugak.

kasihibu said...

kak zai
-------
setuju...
lagi satu jatuh martabat suami tu di depan mata anak anak kan?

Kakcik Seroja said...

Agak susah kakciki nak baca catatan Sya disebabkan Mr Nuff yang duduk kat tengah2 tu. ;-)

Dr. Bentara said...

suami dera isteri tak bagus, isteri dera suami pun tak bagus.

ibuintan said...

memang dah banyak dengar cete suami didera ni sya, terutama suami yg terlalu mengikut telunjuk isterinya

moga kita tidak begitu, takut dengan balasan isteri yg derhaka

Acik Erna said...

assalam sya..semoga kita jadi macam tu kan..
kalau suamia sukarela buat kerja rasany tak termasuk kes dera tu kan..

MulutPayau said...

selalu jugak mnta tlong suami buat sesuatu perkara...tapi rasanya taklah sampai mendera....kena saling bertolak ansur dan bkrjasama..

kasihibu said...

dr ben
------
betul tu kan? asal namanya dera memang tak bagus

kasihibu said...

ibuintan
--------
bagi sya memang tak terjangkau dek akal, sbb wanita ni penuh dgnsikap lemah lembut dan kuat mana sangat kudratnya kan?

kasihibu said...

acik erna
---------
insya'allah moganya begitulah
tak tergamak rasanya

kasihibu said...

MP
--
ialah, sya ingat lagi pesan kakak CC masa nak kawen dulu, kalau mintak tolong jgn lupakan perkataan tolong tu

mak encik | SZ said...

salam kak...

tahniah makcik2 terpilih memenangi ole-ole dari langkawi!
sila email kan biodata diri ke apa yang patut ke cik_sz@yahoo.com