Monday, September 26, 2011 By: kasihibu

MEMORI YANG TAK AKAN LUPUT......


Hari ni sya teringin nak berkongsi serba sedikit kisah kisah hidup sya masa kekecik
Dulu masa sekolah rendah, mak atau ayah sering hantar sya ke sekolah

Kalau mak yang hantar ,  dengan gigih emak mengayuh basikal tengah hari panas  tu,
semata mata untuk menghantar sya ke sekolah

Kalau dengan ayah sya naik motor
Masa tu ayah ada motor Honda 100 tu

ada masanya sya jalan kaki jugak jauhnya lebih kurang 4km lebih kurang
Masa masuk darjah 3 sya dapat basikal

Jadinya pergi sekolah naik basikal beramai ramai dengan rakan rakan sebaya
sya suka berjalan kaki dengan rakan rakan sekolah sambil jalan sambil borak singgah kedai beli aiskrim Malaysia

Masa tu ayah belikan payung sekaki untuk buat pelindung panas dan hujan
Sangat seronoklah dapat sekaki payung yang cantik dari ayah  

Naik sekolah menengah  sya ke sekolah di Gemas  setiap hari dengan menaiki bas,
merasalah berhimpit2, kadang kadang dapat duduk, kekadang tak adanya berdirilah

Letih kena bangun awal, balik pulak lewat, tak lama pun 3 tahun je,
berbagai kisah suka duka jugak lah masa tu

Lepas tu masuk tingkatan 4 sya duduk asrama di Seremban
Sedih weeiiiii...hari pertama tepisah jauh dari mak dan ayah

Sya nangis giler giler punya, sebak je hati ni
Kurung diri dalam tandas asrama
Sebab sangat sangat sedih

Hari minggu adalah yang paling best sebab ada jugak mak dan ayah datang melawat walaupun dalam setahun tu entah berapa kali je mak dan ayah serta adik adik datang melawat

Tp itu adalah saat yg palingggg....... seronok, bangga tu jangan katalah

Kadang anak saudara mak yang datang ambik pada hari minggu tidur rumah dia di Seremban


Masa sekolah rendah tu, sebelum ke sekolah kena makan dulu, nangis nangis nak habiskan nasi, sebab susah nak makan, sekarang ni perangai sya dah turun pada anak dara yg 2nd tu,

Mak suap baru nak makan, samalah dgn si anak dara yang 2nd tu.
Sya ingat lagi mak suruh makan, punya liat sya nak habis makanan tu, lepas  tu sya letak kicap cap ayam tu , terbanyaklah pulak, jadi  hitam pekat, takut mak nampak sya makan laju laju
sampai licin
heheheheheheh...........

Huhuhu...panjang lagi ni memori di alam persekolahan, nanti nantilah kita sambung ye
Memori yang paling manis kan?
Yang lain apa memorinya
Sya nak tahu jugak (,")

14 jeJari meNulis:

Yasminhamid said...

saya pi sekolah jln kaki jugak mulanya... sebab sekolah dekat jer ngan rumah. dah besar sikit naik basikal....hihihi...

kakcik said...

Teringat zaman 'cinta monyet'. :)

Amy Syaquena said...

Amy masa sekolah dulu kak pergi sekolah jalan kaki, jauhnya hampir same dengan akak, time balik sekolah pun sama..cuma kadang tu kalau terlambat ayahanda akan hantar naik lori durian., bayangkan la bau durian melekat sampai bawa ke sekolah..kenagan sungguh la..

Acik Erna said...

assalam sya..memang paling banyak keanngan masa kita sekolah le..
kalau akak banyak yang sedih dari gembira..

kasihibu said...

Min
----
masa baru baru sekolah tu akak pernah jalan kaki nagis nagis sebab panas dan malas ;p

kasihibu said...

amy
----
balik sekolah pepetang lajulah nak berjalan sebab tak panas kan?
wahh....kenyang kengkawan dapat bau baju sekolah berperisa durian tu ;p

kasihibu said...

acik erna
---------
macam macam kenangan kan?

JunAina said...

aina gi sekolah jalan kaki, sekolah dekat ruamh. bila sekolah menengah aina naik besikal...kat perlis bila hujung tahun hingga awal tahun ada musim angin kuat. bila angin menolak seronok...laju je. bila angin melawan arah mau menangis...

al-lavendari said...

sayangnya pakngah tak ada memori yang manis masa sekolah untuk dikongsikan.

kalau masa boleh diundur kebelakang, pakngah tak ndak. sapa yang nak undur, silakan.

Dr. Ben said...

gi sekolah naik bas sekolah

kasihibu said...

JunAina
-------
berkayuh ramai ramai tu seronok kan, berlumba lumba ;p
kalau LDT tak bolehlah buat masa angin melawan arus, mahu nangis peserta2 LTD tu mengayuh ;p

Zaitun said...

Dulu kak Zai pergi sekolah naik bas dari sekolah rendah sampailah ke sekolah menengah.Banyak memori hehe....

kasihibu said...

pakngah
-------
sya tahu kalau yg baya baya ayah sya atau selang 5-10 tahun tu, betapa susahnya hendak ke sekolah, dgn bukunya bajunya kasutnya
ayah ada cerita jugak tu, tp ayah sya adalah antara pelajar yg pandai jugak,sya tengok sijil ayah sampai sekolah menegah sijil apa namanya tu, b.i, mate bak kata kawan sekolah ayah hari kenduri hari tu
"ayah kau ni kalau arwah atuk dan uwan kau berduit entah entah jadi orang ponting sekarang"

tp bg sya ayah tetap orang penting walaupun hanya sekadar menjadi seorang peneroka sahaja.

kasihibu said...

dr ben
------
mesti sekolah jauh kan? tp sangat tak best ke sekolah naik bas, berhimpit himpit, semua kaum ada, jadi macam macam bau ada ;p